Intro : Projek makeover meja kopitiam

Assalam.

Saya ada banyak benda nak tulis tetapi kekurangan masa. Listnya seperti semakin panjang dan bersusun-susun. Dari artikel, review, bla bla bla T_T .

Pengunjung blog ni ada juga yang suka dekorasi. Post-post dekorasi saya yang lama-lama tu masih ada pembaca. Saya suka berkemas, deko dan projek DIY, dan berkongsi hobi yang sama dengan Papa.

Cuti sekolah lepas ni kami ada projek DIY meja kopitiam. Asalnya nak cari meja makan untuk anak-anak belajar. Selama ni anak-anak saya belajar dekat meja lipat yang rendah tu, sebab saya senang duduk bawah boleh tengok dorang study —> cikgu tuisyen kononnyeee. Tapi bila fikir balik Aiman dah besar tahun depan peksa takkan nak guna meja lipat kartun-kartun lagi. Saya nak dia ada satu space yang dia boleh study dan saya pun boleh lalu-lalang tengokkan sambil buat kerja rumah. Oh bilik dia memang ada meja study Ikea putih (yang dah kepam tu) tapi dia susun miniatures or patung-patung hero dia. Orang lelaki memang lambat matang khens. Muka macho je sekali ada kumpul patung dinosaur bagai tehehe.

Plan asal nak beli meja, survey punya survey sekali Papa cakap ada satu meja lama dekat rumah Mama. Dipendekkan cerita selepas meminta kebenaran, Papa pun telah menspray meja tu dengan guna teknik water gun ke apa nama dia agaknya. Biasalah akak pengarah projek, dia CEO. Akak pilih kaler kegemaran, putih. Papa tolong spraykan. CEO kenalah kerja lebih sikit dapat pengarah Puteri Gunung Ledang gini tehehe.

IMG-20160612-WA0004

Inilah meja kopitiam yang dimaksudkan. Pondok belakang tu yang kami plan nak buat untuk anak-anak dulu. Expectation dulu kemain lagi nak macam mat saleh, tapi budak-budak suka tau dorang main masak-masak kat situ sambil makan pisang goreng. Belum siap lagi katanya nak buat ala-ala pagar kat tepi tu. Pondok ni kat rumah mertua saya, biasanya spray-spray memang dekat sana.

Kali ni saya ada gambar turutan acara spray meja ni sampai selesai. Tapi saya takde masa sekarang. Updating photos selalu jadi kelemahan saya sebab saya malas resize gambar phone (guna Pixlr), email, lepas tu letak SEO sikit, lepas tu update. Kenapalah saya malas T_T. Sebab nilah blog lagi satu pun tak berupdate.

Total makeover meja ni hanya RM70 sahaja.

Meja free.

RM20 untuk cat putih, dan RM50 untuk tempah cermin bulat di atas.

Alatan memang dah sedia ada biasalah ihsan bapak mertua.

Nanti saya update ya insya Allah. Harap-harap saya rajin dan ada mood.

deko ruang tamu minimalis

Meja besi putih di tengah ni pun kami spray dulu (dan tempah cermin), dan juga meja kopi separa bulat di hujung sana tu. Meja-meja ni dulu dah tahap orang nak buang sebenarnya. Tapi tulah kami suka fikirkan possibilities.

Ok jumpa lagi. Bye.

3 thoughts on “Intro : Projek makeover meja kopitiam

  1. puan saya ada kabinet tv jenis dulu2 punye style.besar gabak.warna kayu oak. rasa nak buang sebb macam memenuhi ruang apartment saya. tapi bile tengok puan diana cat nampak putih nampk cantik pulak. just nak tahu kalau sati tin cat bole cover perabut seperti apa ye. nak buat anggaran

  2. Shema : Sorry saya lambat reply. Jangannn. Kalau spray mesti cantik tu. Biasa 1 liter cat gloss boleh spray 1 meja bulat saya tu. Nanti saya share post meja tucuma skrg saya busy gila T_T
    Dalin recently posted…#lepas tuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge