Peluang 1 atau 2?

Salam.

Oh hari ni jadi rindu pulak nak tulis artikel. Kejap rindu blogging, kejap rindu tulis artikel -_-” .

Baru-baru ni kami sekeluarga suka tengok iklan Allianze Insurance ke apa tu. Yang budak tu suka sangat main bola. Sebab Aiman suka bola jadi saya pun tersuka tengok Mencari Ramli bagai. Sekarang dah kenal si Safiq Rahim. Oh yang ni pelakon iklan Calcalcalcalpis (susu yogurt) mesti korang tak perasan kan. Aiman cakap Safiq Rahim ada iklan lagi satulah Mama iaitu makanan kucing tu, Power Cat ke apa. Oh kemain hafal nama iklan, game bola mana lawan mana Timor Leste bagai. Sifir 12 dah hafal ke belum???

Oh back to iklan Allianze tu kitorang gelak gila sebab peel budak yang suka gelecek bola kat koridor atau kat mana-mana tu sama sangat dengan Aiman. Gaya gelecek pun sama. So kalau tengok kitorang cakap Haaa Aiman cam tulah always kaki dia gaya nak menggelecek aje. Kadang-kadang dia cakap Mama abang suka sangat main bola Mama, abang tak tahu nak cakap macamana. Saya faham juga sebab saya suka menulis walaupun tak tahu mula-mula dulu saya belasah aje mujurlah sekarang ada cikgu yang memantau dengan penuh kesobaran feel anak-anak muridnya hehe. Susah tau nak kendalikan murid-murid tua ni. Saya dulu kan belajar dengan Irfan Khairi macam-macam peel memasing. Yang banyak tanya, yang senyap, yang emosi, yang tak hantar assignment semua ada. Saya rasa saya baik aje tak caya tanya cikgu-cikgu saya tehehe.

Bila tengok Mencari Ramli atau iklan Allianze tu kita macam bersemangat juga. Macam kau rasa diri kau kecil sangat tak setanding orang lain sampai nak pergi main ke oversea. Tapi kau cuba juga. Buat-buat berani. Setiap orang yang berjaya tu semua ada cerita yang tersendiri untuk dia sampai ke tahap tu. Masa saya mula menulis dulu saya rasa diri saya kecil sangat sebab pemilik website tu aje dah bukan calang-calang orang, tu belum termasuk lagi penulis tamu, barisan penulis serta team editorial dia. Tapi seseorang pernah beritahu saya bahawa saya ada kelebihan untuk menyelesaikan sesuatu, to finish something that I started. Itu ajelah kelebihan yang saya ada, the ability to start and finish.

And I wrote 16 articles till todate. Terima kasih cikgu-cikgu semua. Baca balik artikel yang mula-mula dulu nak terpitam pun ada sebab boring T_T. Kecelaruan identiti sikit masa tu. Jadi diri sendiri aje waktu menulis sebab setiap orang ada suara penulisan yang tersendiri.

Ayat paling membenam dalam hati dari iklan Allianze tu adalah:

“Kalau ada peluang

Beranikanlah diri!”

It is about you actually bila kita dapat satu-satu peluang. Peluang tak datang setiap hari. Ia satu anugerah dari Dia kepada kita. Kau kecil tapi kau dapat peluang.

Sama untuk Ramadhan kali ini, kita rasa diri kita ni kecil tapi kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri. Some people travel fast, some are slow (like kura-kura) but at least we are travelling. And Allah knows.

Bye!Screenshot_2015-04-15-15-48-32_1

3 thoughts on “Peluang 1 atau 2?

  1. Yezza.. kalau ada peluang.. boleh kasi masuk Aiman.. hehe..

    Bolehlah ni akak tulis buku kalau da 16 artikel menaip.. hehe..

    Peluang, kalau sudah namanya peluang, maksudnya benda baik. Kalau peluang mencuri, itu bukan peluang.. tapi cari nahas.. haha.. Macam Ramadhan, peluang yang datang selalu kita anggap setahun sekali.. tetapi bagi saya, selagi masih hidup, selagi tu lah berpeluang nak rasa Ramadhan..

    Bak kata Nouman Ali Khan, progress yang dilihat, hasilnya, menjadi atau tidak, belakang kira.. hehe
    Aretikz recently posted…Hidayahnya Menerjah Berpuluh Tahun KemudianMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge