Salam Ramadhan

Salam.

Selamat berpuasa semua pembaca blog saya.

Melaka cuti hari ni jadi kita rilek-rilek aje kat rumah.

Cerita tentang Ramadhan ni, saya terlepas peluang tulis artikel Ramadhan sebab ada macam-macam perkara berlaku bulan Mei dulu. Selain dari kerja-kerja office yang menjadi sibuk serta-merta, anak staf saya sakit dan meninggal dunia dan saya pun sakit sampai tak boleh bangun. Bila kita sibuk, sakit baru kita perasan nikmat yang Allah beri pada kita iaitu nikmat masa lapang dan sihat. Dan, lagi satu iaitu nikmat hidup, bila lihat orang lain meninggal dunia.

Kalau bab Ramadhan ni, saya suka website Productive Muslim. Founder dia, Abu Productive selalu blast email kepada follower bagi tips untuk kita merancang aktiviti kita sepanjang Ramadhan. Dan, bagaimana kita menghalang diri kita dari being distracted dengan perkara-perkara biasa sangat kita buat macam:

-mak-mak ni selalu sibuk sediakan juadah berbuka/ sahur sampai letih gila sehingga kita terlepas perkara-perkara  yang lebih penting

-Ramadhan dijadikan bulan pesta makanan

-sibuk/ risau sediakan persiapan raya

-kerja pun jadi tak produktif rindu kopi

The best part adalah dalam emel dia, dia ajar kita untuk:

  • rancang goals kita Ramadhan kali ni (khatam Quran, tarawih setiap hari dll)
  • plan bagaimana nak achieve goals yelah kita ni kan pekerja, ibu-ibu, bapak-bapak, anak-anak selalunya ada macam-macam urusan juga

Seronok baca emel dia walaupun saya jarang juga dapat baca website. Dulu website ni pernah ditutup 6 bulan sebab Abu ni rasa macam takde sambutan. Tapi satu hari, ada seorang budak umur 10 tahun emel dia kata:

“Hey, what happened to your website. I used to enjoy reading it!”

Lepas tu Abu ni baru tersedar yang dia ada follower okeh. Lepas tu website Productive Muslim ni terus berkembang pesat dan Abu ni beritahu dalam emel dia, apa jua kebaikan yang dunia ni perolehi dari website tu, budak umur 10 tahun yang emel dia tu (sedarkan dia) akan mendapat pahalanya juga.

Kita takkan tahu siapa yang baca tulisan/ blog kita. Sekali-sekala kita terima emel/ komen yang buat kita tersenyum. Itu bukan orientasi kita menulis pun. Kita menulis sebab kita sukaaaa sangat #lifeofawriter. Sibuk sangat nak hashtag maklumlah akak takde Ig uols haha.

Blog ni selalu buat saya happy nak menulis. Kadang-kadang teringat nak tulis benda kelakar-kelakar tapi takde masa. Tak semua benda pun saya tulis dekat sini. Ada cerita disimpan di dalam hati chehwah hehe….

Tip untuk Ramadhan kali ini dari Productive Muslim adalah:

Cuba khatam quran

Cara dia mudah aje tengok mukasurat terakhir kita baca Quran. Tolakkan berapa mukasurat lagi nak selesai.

Katakan lagi 300 mukasurat, bahagikan kepada hari yang kita boleh berpuasa. Maklumlah orang perempuan ada cuti ok.

Katakan 300 bahagi 23 hari = 13. Satu hari 13 mukasurat lebih kurang 2-3 mukasurat boleh baca setiap kali lepas solat. Tapi jadi reasonable sikit, hari kerja waktu Zohor dan Asar mungkin sibuk. Jadi tumpukan lepas Subuh dan malam sebelum tidur ke. Hari cuti ok boleh baca lebih sikit ke.

Saya last khatam Quran darjah 3 = 27 tahun lepas. Lepas khatam sekadar mengaji dengan ustaz ustazah di sekolah, tak pernah yang proper dari awal sampai habis. On off baca, selalu beli Quran baru, baca lepas tu lupa dah sampai mana. Mula semula. Dalam hati saya, selalu ada perasaan bersalah sebab saya boleh baca banyak buku, majalah, blog, website tudung (#lempangmukasendiri) tu tak termasuk lagi fail dekat office dan semuanya. But, I can’t finish  reading Al Quran, again, 1 more time. 

Memang susah nak mulakan sesuatu yang baik untuk diri kita. Kalau yang tak baik mudah aje kan. Tapi kalau kita betul-betul ikhlas insya Allah boleh. Ada satu quote dari buku 365 Dr Anwar Fazal lebih kurang begini:

Perkara paling sedih sewaktu Ramadhan meninggalkan kita adalah

apabila kita tersedar bahawa segala keburukan yang kita buat

bukan datang dari syaitan, tapi dari diri kita sendiri.

Selamat berpuasa dan berbuka. Assalam.

p/s: Website Productive Muslim (klik sini). Boleh langgan newsletter dia (beri nama dan emel tu)

6 thoughts on “Salam Ramadhan

  1. Bila baca cerita Abu tu.. Macam ada perasaan bersalah pula.. sebab pernah juga dapat beberapa emel dulu2 masa “terstop” menulis.. Silent reader ni bukan kita thu kehadirannya.. mungkin kena ubah mindset dah lepas ni.. huhu..

    Apapapun.. salam Ramadhan.. hehe
    Aretikz recently posted…Oh CarwashMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge