Pameran artifak Rasulullah saw & sahabat di Masjid Al Azim, Melaka

Salam. Dah lama janji dengan Aiman nak pergi tapi bila cuti sekolah baru dapat pergi Pameran Artifak Rasulullah saw dan Sahabat di Masjid Al Azim Melaka ni.

Bila nak pergi rasa berdebar-debar juga. Nak pakai baju apa ni, sedih pun ada (sedar diri bukannya baik sangat). Tapi bila teringat nak pergi melawat satu-satunya insan yang menyayangi kita sebelum kita wujud dekat dunia ni, rasa happy sangat. Tak sangka ada juga peluang. Dalam fikiran saya, ada beberapa orang yang selalu saya bayangkan kita pergi umrah sama-sama iaitu suami dan anak-anak, dan bestfriends saya Normah, Laila dan Abun. Saya terbayang kita berempat ambil gambar di sana sebab saya kawan dengan diorang bukan di dunia sahaja, harap sampai akhirat juga. Macam dengan Aiman saya kata hari ni kita pergi melawat barangan Rasulullah saw, satu hari nanti kita 4 orang (Mama, Papa, Aiman, Alisha) pergi umrah atau haji ok. Aiman menyengih besar dengar sebab dia ni suka sangat subjek Sirah. Ya Allah, jemputlah kami sekeluarga ke sana. Amin.

Ok, saya kongsikan sebahagian gambar sewaktu melawat pameran ni. Pameran ini sedang berlangsung di:

Masjid Al Azim Negeri Melaka

dilanjutkan hingga 15 Jun 2016

10 pagi-10 malam

(sempat lagi kalau nak pergi)

pameran artifak rasulullah

Ini harga tiketnya. Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma. TIP: Datang waktu pagi baru buka pukul 10 sebab tak ramai masa tu untuk lihat pameran dengan lebih concentrate. Menjelang pukul 11 ada berbas-bas akan tiba.

pameran artifak

pameran artifak

Masa tengok penutup makam ni tiba-tiba rasa sayu. Bau ruangan ni harum mungkin kerana kain ini memang diletak wangian, sama seperti kain penutup Kaabah. Macam tak sangka juga dapat berada dekat dengan barangan peribadi begini. Saya rasa kalau yang pergi makam sebenar mesti hati rasa berbaur-baurkan. Macam kasih-sayang Rasulullah saw ni kita dapat rasai walaupun kita tak pernah berjumpa. Kita baca kisahnya, pengorbanannya, kebaikannya. Berdiri di sebelah kain penutup makam pun kita dah rasa kasih-sayang dia, apatah lagi bila kita melawat makam Baginda T_T.

pameran artifak rasulullah

Ini adalah rambut Rasulullah saw. Masa tengok serius tak sangka sangat dapat lihat depan mata. Rambut ini disimpan oleh sahabat-sahabat jikalau Rasulullah saw bergunting rambut. Macam kisah Bilal bin Rabah yang dia azan tak keluar suara lepas Baginda wafat tu memang sedih gila sebab dia rindu sangatttt. Memang sahabat-sahabat ni sangat menyanjungi pekerti Rasulullah hingga kerinduan ni kadangkala terubat sedikit dengan menyimpan barang peribadi begini.

Ada satu barang yang hati saya bergetar lihat di Pameran Artifak Rasulullah saw di Masjid Al Azim Melaka ni iaitu cop mohor Nabi Muhammad saw bertulis “Muhammad-Rasul Allah”. Tapi tak sempat ambil gambar sebab ramai sangat dekat area tu. Sedih tak tahulah nak terangkan bagaimana, kita melihat barangan yang digunakan oleh Rasulullah saw untuk menyebarkan Islam. Oh korang pergilah tengok kalaulah saya dapat terangkan perasaan saya melalui tulisan di sini.

pameran artifak

Ini adalah tapak kaki Rasulullah saw. Salah satu mukjizat Baginda dikatakan apabila memijak batu, batu menjadi lembut dan meninggalkan tapak di permukaannya. Setiap barangan ni ada penerangan cuma dalam English bagus, tapi dalam Bahasa Melayu, memang guna Google Translate. Kanak-kanak dan orang yang jarang baca English mungkin cepat hilang fokus atau tak faham. Saya tiba-tiba rasa bersalah sebab saya rasa ramai aje translator atau penulis yang boleh translate penerangan kepada bahasa yang lebih mudah difahami. Saya siap berangan kita patutnya ada 4D area untuk kanak-kanak ala-ala Pusat Sains Negara atau Planetarium untuk terangkan kehebatan Islam dahulukala kepada kanak-kanak yang datang. Atau skrin bacaan yang ala-ala komputer untuk kanak-kanak baca. Tekan sini, keluar sirah bervisual, klik sini, keluar sejarah ini. Yelah pameran ni banyak menerangkan tentang kegemilangan empayar Islam dengan pakar falak, matematik, sains, astronomi tetapi penerangan semua in English, BM dari Google Translate dan print out atas kertas A4 berlaminate sahaja -_-” .

pameran artifak

Oh ini adalah capal Rasulullah saw. Perkara yang tak boleh lupa masa saya tengok ni ada 2 orang budak asyik tanya ayah dia kenapa kasut Rasulullah saw ni nampak lama, macam dah rosak. Berkali-kali dia tanya ayah dia. Saya jawab dalam hati “sebab orang ni tak perlukan kasut baru nak”. Baginda boleh ada segala-galanya, peniaga berjaya, dikagumi para sahabat tetapi mengejar kekayaan yang pasti – kaya akhirat. Tiba-tiba teringat kalau kasut sendiri tumit rosak sikit bukan main tak penyabau nak beli kasut baru. Padehal kasut dah penuh dalam kereta tu, itu tak sesuai, ini tinggi sangat, yang ni untuk pergi dating aje. #lempangmukasendiri.

pameran artifak

Ok gambar ni gelap sikit, tapi dalam botol macam kapsul kecil tu adalah darah bekam Rasulullah saw. Rasa macam Ya Allah, saya dapat lihat darah yang pernah mengalir dalam tubuh Rasulullah saw. Maknanya sunnah untuk kita berbekam sebab Baginda pun mengamalkannya. Darah bekam ini disimpan dan menjadi warisan turun-temurun.

pameran artifak

Dalam artikel terbaru, saya ada sebut sedikit tentang Saidina Omar ra. Sayu juga lihat sebab tak tahu macam mana saya diberi kesempatan menulis tentang sahabat kesayangan Rasulullah saw yang paling digeruni ini. Pedang-pedang ini diwarisi melalui peperangan (harta rampasan perang). Satu masa dahulu pasti Saidina Omar pernah memegang pedang ini. Dia berani, gagah menegakkan Islam sedangkan saya kadangkala lemah dalam usaha saya belajar menulis untuk manfaat diri sendiri dan orang lain. Saidina Omar ini antara kisah yang terkenal adalah beliau menyamar di waktu malam untuk meninjau keadaan rakyatnya. Kerana dia juga umat Islam mula berani bersolat secara terbuka. Berani kan? Tak nak pergi tengok ke pedang ni uols?

(Macam nilah maksud saya kalau kisah Saidina Omar ada skrin khas untuk kanak-kanak biar diaorang tengok  cakap Fuh Wow hebatnya Saidina Omar. Saya nak jadi berani macam dia juga! Ini semua tempias Tazkirah net sebab saya diajar untuk menulis artikel yang boleh dibaca oleh kanak-kanak. Dan saya sendiri pun ada anak jadi perkara ni sangat penting bagi saya)

pameran artifak

Ini adalah sebahagian ruangan pameran. Bila semakin tengahari semakin ramai orang. Pameran ini selain dari barangan peribadi Rasulullah saw, ada kain pembalut Kaabah, kunci Kaabah, cincin Hassan dan Hussin (cucu Baginda), cop mohor Rasulullah saw, cop mohor Saidina Ali, kunci pintu makam Rasulullah saw, debu tanah makam Rasulullah saw, peralatan pembedahan empayar Islam, baju perang sahabat-sahabat, astrolab (pengukur ketinggian dan jarak angkasa) kurun ke 18 dan berpuluh-puluh lagi bukti kehebatan empayar Islam dahulukala termasuk hingga ke Tanah Melayu.

Kalau nak datang masih sempat lagi (hingga 15 Jun). Datanglah untuk melawat barangan satu-satunya manusia yang menyayangi kita walaupun tak pernah berjumpa, dan yang mengingati kita di saat kematiannya (umatku, umatku). Pameran ini memang boleh diperbaiki tetapi ini semua silap saya hanya pandai berkata-kata tetapi tak pernah pula ke depan menyumbang idea atau mungkin sedikit kebolehan saya dalam penulisan. Terima kasih penganjur yang telah bersusah-payah membawa khazanah istimewa ini ke negeri Melaka. Ada getar, sayu dan bangga dalam hati sewaktu melawat pameran ini.

Tak semua gambar saya masukkan sebab saya nak korang pergi tengok hehe. Balik dari tengok pameran tu saya suruh Aiman dan Ica tulis dalam diari sebab Cikgu Titan kata tulis diari bagus untuk subjek karangan. Gila tak nak dengar nasihat Cikgu BM pengarang blog terkenal tehehe. Tiba-tiba masa tu saya terbau macam kain penutup makam Rasulullah saw tapi sepintas lalu sahaja. Rindu pulak tiba-tiba T_T.

Saya tahu saya kena tulis di blog tentang pameran ni. Walaupun Celcom kejam malam ni taip lambat keluar, post terpadam, line limited but you cannot defeat me Celcom Broadband. Korang pergilah tengok ya. Boleh pergi dari 10 pagi hingga 10 malam, dilanjutkan sehingga 15 Jun 2016. Pergi tengok tau Pameran Artifak Rasulullah saw & para sahabat di Masjid Al Azim, Melaka. Bye!

Dalin ali dan Ica dengan tudung favouritenya yang kerepot. Suka hati kaulah nak.
Dalin Ali dan Ica dengan tudung favouritenya yang kerepot. Suka hati kaulah nak.

5 thoughts on “Pameran artifak Rasulullah saw & sahabat di Masjid Al Azim, Melaka

  1. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi..

    Uuh.. untungnya dapat pergi.. tengok gambar sajalah jawabnya.. hehe..

    Lama xberaksi sini.. T_T
    Aretikz recently posted…Oh CarwashMy Profile

  2. Zie Azi: Ya betul. Sentiasa ada plan nak beli kasut baru T_T

    Aretikz: Akak hari tu teringat kat blog awak. Kenapakah kau tidak menulis bah? Blog kau special bah akak mesti ketawa, hilang mengantuk semua baca hehe. Tulislah semula ya…

    Emalin: Ya Lin macam blogging juga, once dah biasa curah idea kita akan terbiasa menulis. Begitulah agaknya kaedah Cikgu Titanium tu. Kita ikut aje nasihat yang pakar tehehe.

    Mr Fauzi: Ya Allah terima kasih. Teringin nak pergi lagi sekali kalau sempat Ramadhan ni. Tak tahu bila lagi boleh lihat. Terima kasih ya En Fauzi
    dalin ali recently posted…Salam RamadhanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge