Salam,

Finally it is school holidays….

Bagi mak-mak macam saya, cuti sekolah ni memang ditunggu-tunggu.

Even Aiman masih ada kelas tambahan sek agama hampir setiap hari, dari semalam saya buat perkara yang paling saya suka di dunia ni (no. 2 selepas menulis) iaitu berkemas.

Puasa pun belum kau sibukkan nak deko rumah bagai haha….

Puasa kali ni seronok sebab Ica pun nak mula puasa, anak-anak pun dah mula request itu ini untuk bukak puasa bagai. Macam Ica ni very soft type saya ingat dia sekolah darjah 1 akan nangis-nangis drama bagai macam dia masuk tadika dulu, sekali dia cool aje pergi sekolah sampailah habis 1 semester ni. Dia ni buat kerja adalah textbook perfect, suka impress cikgu dengan hasil kerja dia. Ini sedikit sebanyak adalah perangai saya (wah yang baik2 mesti dari kau aje haha). Saya harap Ica ni bertabahlah dia puasa nanti. Kalau ikut saya dulu agak drama juga siap tergolek-golek dekat lantai rumah lepas tu asyik bukak peti sejuk letak kepala kat freezer. Mak saya dulu gelak-gelak jugak tengok, hangen pun ada. Tapi tak pernah pulak dia kesian dekat saya -_-” .

Langsir-langsir dah boleh bukak ye, basuh dari sekarang. Saya suka buat semuanya sebelum Ramadhan sebab bulan puasa nak berehat dari kerja-kerja rumah ni. Bulan puasa ni agak mengambil masa para ibu sebenarnya jadi kena pandai-pandai arrange masa dan jaga kesihatan dari sekarang. Dulu zaman muda-muda sikit baju raya anak-anak saya dah siap beli sebelum puasa lagi. Sekarang dah tua sikit ni, makin malas rasanya nak tawaf shopping complex.

Bila Abang Zam saya hantar mesej raya yang *tekan lagi * tekan lagi (dekat 10x) dekat WhatsApp tu (mesti korang dapat kan) saya rasa happy sangat. Saya dan Abang Zam melalui zaman berpuasa yang sangat menyeronokkan di kampung. Kalau confirm puasa dia akan jerit dari rumah ke rumah jiran Esok puasa!!!! Lepas tu pergi tarawih di surau sepanjang Ramadhan. Kalau cerita tentang puasa di kampung ni memberi efek gembira kepada saya serta-merta. Dulu kita rilek aje takde wifi internet ipad bagai ni, kita happy je kan.

Saya harap anak-anak saya gembira juga melalui Ramadhan, sama seperti saya dahulu. Zamannya mungkin berbeza tetapi masih Ramadhan yang sama, bulan penuh keberkatan. Saya harap mereka ada kenangan baik-baik, mengenal erti Ramadhan yang sebenar-benarnya untuk jadi pegangan sepanjang hayat. Saya pun tak pasti berapa lama saya akan sambut Ramadhan dengan mereka, kalau kita ada rasa nak berubah/buat sesuatu Ramadhan kali ni, ia patut mula dari sekarang, sebab ini mungkin juga Ramadhan kita yang terakhir.

Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah.

Bye!

3 thoughts on “Finally…

  1. bg sy pulak kalau cuti sek yang best jln tak jem.. boleh speed gear 4 hahaha
    selamat menyambut bulan Ramadhan mubarak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge