Hug me one more time

Mungkin ada yang follow blog ni lama sikit, beberapa bulan lepas anak staf saya kena meningitis + ebola (baca di sini). Lepas  tu dia recover lebih kurang 70%, 2 minggu lepas kena fit (sawan) semula dan petang semalam she lost her battle. Kembali menemui penciptaNya.

Ini kali kedua saya pergi majlis pengebumian tahun ni.

Malam tadi saya terjaga pukul 2 pagi dan rasa pedih sangat dalam hati. I wonder how does it feels bila anak yang kita besarkan selama 22 tahun pergi tinggalkan kita. So saya pergi tidur sebelah Aiman and hugged him tight.

Kali ni pergi tahlil saya duduk sebelah bestfriend arwah. Frequent sobbing dari awal baca yassin sampai kapan and everything. Saya tanya:

Awak ni kawan arwah ke?

Dia angguk-angguk sambil lap air mata dengan tudung.

Then I wonder macamana rasanya kalau bestfriend kita meninggal….

Hidup ni memang sekejap sahaja kan. Hari ni kita jumpa, esok dah tak ada.

Ada quote dari Prof Muhaya lebih kurang begini, penting sangat ke kalau kita marah orang, bila kita tahu orang tu akan meninggal esok pagi? Mesti kita tak marah lagi kan. Bila kita tahu kita atau dia yang akan pergi esok pagi.

Bila tengok Kak Lina dan ayah arwah cium arwah buat kali yang terakhir, peluk buat kali terakhir, saya tahu dalam hati mereka kata, i need one more hug please….

Saya doakan Kak Lina sekeluarga tabah. Macam post saya semalam ada pintu yang akan ditutup tapi kalau kita redha Allah akan membuka pintu-pintu yang lain pula. Insya Allah.

So always hug your loved ones one more time sebab kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu.

Mungkin dia atau kita.

Al Fatihah untuk arwah Izzah Nadirah.

3 thoughts on “Hug me one more time

  1. ARGHH… I really hate this Ana. But…it’s life…kena terima & redha satu hari nanti mesti kita yg akan alaminya.

    Sigh….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge