Rock ke tak?

Hai.

Anak saya Aiman ni suka menulis. Tapi dia takut juga nak tulis dekat sekolah. Mungkin takut dekat cikgu ke. Bila buat karangan dia tulis simple gila macam:

Sekolah Rendah Laksamana mengadakan perkhemahan. 80 orang murid hadir. Mereka masuk ke dalam hutan. Esoknya mereka pulang. Guru besar gembira.

Begitulah kaedahnya penulisan dia.

Saya bila baca terus cakap:

Aiman. Kenapa tak tulis semua yang Aiman fikir. Yang seronok, yang best sikit ke.

Dia menyengih aje.

Aiman tahu tak, cikgu Mama ajar kita kena tulis lain sikit, seronok sikit. Baru orang nak baca cerita kita.

Saya tahu dia boleh tulis sebab dia suka baca buku. Dia ada buat komik sendiri yang kengkonon kelakar sangat dia lukis tu. Buku tulis kalau beli 5 buah, 2 akan jadi buku komik atau penulisan dia. Dia selalu excited sangat nak tunjuk hasil tulisan dia dekat saya, sebab saya rasa dia ingat saya ni penulis yang glamer sangat agaknya hehe.

Susah juga nak biasakan dia ekspreskan apa dia rasa melalui penulisan ni. Saya selalu cakap Aiman kena selalu tulis tau. Rasa apa aje tulis. Itulah asas untuk menjadi penulis yang baik.

Habis tu semalam saya jumpa ni.

P_20160509_174254

Begitu pulak kaedah dia menconteng jersi dengan nama sendiri. Aduhai. Bangga pulak bila orang nak ambik gambar tu.

P_20160509_174337

Dah tu nak rock, pergi tulis Rock dekat kasut. Tulis sebelah aje pulak tu. Ada ke patut?

Saya cakap Aiman kita kalau rock, kita feel dalam hati aje ok. Tak semua benda kita kena tulis nak bagi tahu orang. Orang tahu kita ni rock jugak dari gaya, style atau lagu yang kita suka ke. Tapi rock-rock camane pun, semayang jangan lupa okey —> tetiba nak selitkan khutbah.

Aiman, Aiman, macamanalah saya nak ajar dia tulis karangan yang best-best ni?

2 thoughts on “Rock ke tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge