Salam.

Rindu pula nak menulis di sini.

Walaupun saya ada menulis beratus-ratus patah perkataan di tempat lain. Sebahagian hati saya masih di sini. Gitu pulak hakak berpuitis ya haha..

Saya pernah cerita kan saya membesar dengan membaca karya-karya sastera tingkatan 5 dan 6. Ayah saya cikgu sastera dan sejarah. Kalau tengok cerita omputeh saya suka tengok cerita lama-lama yang pakai dress skirt kembang-kembang atau cerita little flower in the prairie tu ke nama dia. Tak tahulah kenapa jiwa hakak ni oldies sikit. Nampak garang uols orang Melaka ni hatinya lembut sebenarnya tehehe.

Lama menulis ni saya pun tak tahu saya menulis gaya apa. Cikgu saya pernah kata saya menulis dengan gaya funky tetapi ada pengajaran –> lebih kurang begitu katanya. Selain dari saya suka kepada istilah funky tu sebab saya boleh bajet muda-mudi sikit, saya sebenarnya menulis ikut suka hati saya. Saya diajar bahawa setiap orang mempunyai suara penulisan yang tersendiri. Bagi saya buat apa-apa pun kenalah enjoy. Motif sangat kau nak tertekan membuat perkara yang kau gemari khens.

Pembaca blog ni agak tak dijangka juga. Baru-baru ni ada reader menulis bahawa saya seorang penulis yang eloquent. Setelah digoogle saya lihat eloquent membawa maksud seorang yang powerful with words, with clarity dan sebagainya. Terima kasih. Segan juga saya terima komen sebegini. Rasa tak layak pun ada, tapi saya hargai semuanya.

Di sebalik semua istilah funky, eloquent dan sebagainya, saya pernah berniat untuk berhenti menulis. Saya rasa dalam bulan 3 tahun lepas. It was a decision sampailah Allah menghantar pesanan-pesanan kepada saya. Masa saya buat research untuk artikel Stephanie Kurlow saya terbaca kisah seorang ballerina  yang menulis:

“If you love something that much, it stays in your heart”.

Ballerina ni pernah berhenti menari kerana kecacatan kekal akibat balet. Tapi peluang-peluang terus datang terbuka untuk dia sebab dia memang berbakat. Bila dia menari orang akan perasan. Dan dia tak pernah menoleh ke belakang lagi selepas itu. Quote itu saya abadikan dalam opening artikel Stephanie Kurlow- jika kita sukakan sesuatu, ia kekal berada dalam hati kita.

Hari ini saya scroll phone jumpa screenshot ini. Serius saya tak tahu nama dia. Yang saya tahu dia ni wakil Malaysia lepas tu dia jatuh masa nak sampai, lepas tu dia bangun balik dan berjalan ke garisan penamat. Masa tengok video dia jatuh di Harian Metro Online tu, menitik juga air mata saya. Bayangkan saya tak kenal dia, dah tu tak tau race apa pun, tengok dia bangun balik pun saya nangis. Apa korang nangis tak tengok atau hakak aje yang emo sorang-sorang ni -_-” T_T .

Screenshot_2016-04-05-08-57-00

Lepas tu video tu dah tak boleh tengok sebab ada masalah copyright.

Saya rasa apa yang adik mat motor ni cakap memang bermakna. Kita memang akan jatuh mungkin beribu-ribu kali sampai kita berjaya. Mungkin berjaya atau tak pulak tu. Tetapi bila kita bangun semula dan tamatkan perlumbaan kali tu kita dah kira menang juga.

Saya bangga dengan dia walaupun tak kenal nama. Konsep dia – jatuh dan bergerak ke garisan penamat tu memang patut kita kagumi. Menang ke kalah ke belakang kira.

Kirim salam kat adik ni pliz kalau kenal. Semoga kita pun akan bangun setiap kali kita jatuh. Insya Allah.

Bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge