Cerita tentang Maryam alamatnya di syurga

Salam,

Kira lama juga tak menulis. Blog ni perjalanan menulis saya, yang serius atau tak. Bila saya tak menulis di sini susah pula nak keluarkan idea menulis di tempat lain. Lepas tu bila time kau sibuuuukkkk sangat, berjuta-juta lemon idea pun sampai. Tapi itulah masa untuk menulis pun rezki juga kan. Kadang-kadang banyak idea, tapi tak ada masa nak tulis pula.

Saya cuma teringat nak cerita tentang satu buku ni. Saya memang selalulah ketinggalan cerita-cerita viral di internet. Rupa-rupanya kisah Maryam ni viral tahun lepas bulan 5 dengan status ibu Maryam ni dishare sebanyak 150,000 kali di internet rasanya. Saya tertarik untuk baca buku ni bila seorang penulis Bahrudin Bekri ni share di wall beliau.

Baiklah saya kalau buat review agak jujur juga. Saya bila baca buku ini agak distracted juga membaca dari awal. Saya rasa ceritanya yang awal-awal ditulis dalam masa yang sangat cepat/pantas. Mungkin untuk membina permulaan kisah viral ni untuk diadaptasi kepada buku dalam kadar segera.

Tapi lama-kelamaan bila masuk bab isteri (Ruqayyah) hendak melahirkan anak kembar, memang sedih juga. Dari situ kita dapat merasai emosi sebenar yang berlaku di bilik bersalin, wad dan semuanya. Kisah ini sebenarnya menceritakan tentang seorang isteri, Ruqayyah yang balik ke Malaysia untuk melahirkan anak kembar. Ditakdirkan salah seorang kembar ini meninggal dunia selepas dilahirkan. Jadi apa yang nak viral sangat?

Gambar muka depan ini yang dipost di fb.

P_20160216_151523

Gambar Ruqayyah tersenyum memegang jenazah anaknya di hadapan bilik mayat.

Lambang ketabahan dan redha seorang ibu.

Apa yang sangat meninggalkan kesan kepada saya dari buku ini adalah sewaktu suami dia menulis dia buat solat hajat bersama kawan-kawan di Mesir. Dia tak dapat balik sebab sedang hadapi final exam jadi dia berdoa:

“Ya Allah pujuklah hati isteriku….”

Dan Allah makbulkan doanya dengan satu batalion doa, likes, share dari seluruh dunia yang buat isteri dia tersenyum menghadapi semua itu.

Saya rasa hebatnya pergantungan dia. Dia jauh jadi dia minta Allah yang pujuk isteri dia. Kalau kita mesti tak keruan, jenis tak boleh buat exam ke, berendam air mata ke kan.  Ini dia bentang sejadah, solat jemaah. Cool.

Kita pun kalau ada hari yang sangat teruk di dunia, like kita rasa dah tak larat nak fikir atau buat apa-apa pun, berdoalah semoga Allah yang memujuk hati kita. Memang nampak mengada-ngada tapi tak apalah kita mengadu dengan pencipta kita.

Lepas tu bila Dia gembirakan hati kita kita rasa macam nak nangis juga. Kita jahat, degil, malas lepas tu masih dipujuk juga. Rasa nak lempang muka sendiri.

Mengadu pada media sosial memang best, orang baca, bagi komen. Tapi takde siapa nak pujuk hati kita sendiri. Kita jugalah yang memujuk hati dengan makan cokelat, pergi window shopping, beli tudung eh ini merujuk kepada diri sendiri haha.

But seriously, on your toughest day, di hujung solat, mengadulah pada Dia. Cakap:

“Ya Allah pujuklah hati aku Ya Allah.

Jangan jadikan aku putus asa dengan rahmatMu.

Kerana kau tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya”.

Kemudian kau akan rasa lega sangat.

Lepas tu kau akan perasan perkara-perkara kecil yang membahagiakan kau satu-persatu datang.

Perkara-perkara kecil yang kita selalu buat tak tahu. Sebab kita kejar kebahagiaan yang kita rasa lebih besar.

Sedangkan cantuman perkara kecil inilah yang buat kita merasa bahagia selama ini, tanpa kita sedari.

Cubalah. Saya dah cuba.

I cried when receiving the replies. Biasalah akak emo forever.

Tqvm kepada penulis buku Maryam Anak Syurga. 

Banyaknya pahala dia dapat kan. Nak dengki boleh tak? Hehe

Bye 😉

One thought on “Cerita tentang Maryam alamatnya di syurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge