Doa elak haiwan berbisa seperti ular

Salam Jumaat. Saya teringat doa elak haiwan berbisa seperti ular ni sejak beberapa hari lepas.

Teringat masa Darjah 6, Cikgu Maaris, cikgu BM kesayangan (cikgu bahasa biasanya jadi cikgu favorite saya) datang ke depan khemah. Oh ya masa tu ada perkhemahan di tepi pantai. Jadi cikgu-cikgu ni bergilir-gilir menjaga keselamatan student darjah 6 yang berkhemah. Ada semak-semak di tepi jadi mungkin mereka takut ular, kala jengking main ba-ba-cak ke kan.

Cikgu datang lepas tu dia minta kami beratur dan baca doa ni:

doa elak haiwan berbisa seperti ular
doa elak haiwan berbisa seperti ular, lipan, kala jengking

Cikgu Maaris ni garang sangatttt, jadi kalau dia kata hafal sekarang, maka sekarangggg jugak kau kena hafal. Pendek je pun kan.

Dan doa elak haiwan berbisa seperti ular ni saya ingat sejak dari usia saya 12 tahun.

Yelah cikgu-cikgu dulu garang ye tak, barulah kita ni jadi orang. Budak-budak kan biasa terjal (orang Melaka kata ‘nakal’) sikit.

Jadi sekarang bila anak pakai kasut nak pergi sekolah saya bacakan aje doa ni suruh dia orang ikut.

“Salaamun

‘Alaa

Nuuhin

Fil ‘Aalamiin”

Ha korang pun dah baca kan. Baca aje dengan anak-anak dalam kereta ke. Bila-bila masa kita teringat.

Lepas tu saya teringat (berapa kali teringat daa..) kucing-kucing dekat luar rumah saya pernah tangkap anak ular yang cuba masuk rumah. Saya terfikir kalau sekolah-sekolah ni bela kucing kan bagus. Kucing sangat alert pada pergerakan macam Kitty dia tangkap segala ulat, cicak, lipas ke memang tak panjang hayat di rumah saya. Lepas tu dorang suka tidur dekat port-port redup tak dijangka tempat yang cik uxxx pun suka (tetiba seram nak taip). Yelah kena train dorang dulu bab-bab pembuangan sisa tu. Sekolah anak saya bela ayam serama lepas tu burung dalam sangkar -_-” . Kucing selain dari menjadi terapi, diorang ni kan debab, gemuk dan manja, mesti budak-budak happy dekat sekolah kan. Kucing sangat protektif pada orang yang menyayangi mereka. Pernah tengok tak video Youtube yang kucing selamatkan anak tuan dia dari dibaham anjing tu. Kenalah tunggu kot-kot ada inisiatif sekolah kucing Malaysia, kellas ada sekolah gitu. Anak-anak saya sekarang addicted tengok gambar kucing dekat sini dan sini.

Kalau ada kucing jalanan di taman kita, berilah makan dengan kasih-sayang. Tegur-tegurlah theyols tu. Manalah tahu satu hari nanti dia akan bantu kita, tak di dunia mungkin di akhirat nanti.

Oklah salam Jumaat. Terima kasih selalu baca blog saya.

Kita pun boleh amalkan doa elak haiwan berbisa seperti ular ni juga. Hafal sekarang jugak —> bajet Cikgu Maaris. Bye!

3 thoughts on “Doa elak haiwan berbisa seperti ular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge