Cara dapatkan line laju bila tukar dari Maxis ke Celcom Gold

Ingat post last saya tukar Maxis ke Celcom Gold tu?

Surprisingly post ni ramai juga baca. Ada 6 interaksi di fb. Dulu ingat ada tulis dekat post (fb) 58 maknanya 58 kali orang share. Hmmmphhhh rupanya tak. Nampak sangat tak tahu lepas tu beria mengaku diri pelajar cemerlang dunia internet bagai -_-” .

Post yang banyak interaksi macam post buku Ulu Yam di Liverpool yang penulisnya Abg Naz share di wall beliau, dan post tudung glitter MK yang dicintai di dunia dan akhirat paling banyak ada 64 interaction kot. Dah tentulah sebab MK glamer justeru ramai yang membacanya.

Ok kan saya beritahu line Celcom Gold ni selalu hampeh waktu malam kan. Dan saya kurang sabar sikit bab-bab internet lambat sebab hakak kan mengejar masa nak submit artikel, blogging bagai. Debar-debar tau time hantar artikel kot kena reject ke. Dah lah berdebar tetiba dia offline ke memang nangis.

Sekali Papa mudah aje penyelesaian dia untuk masalah ni, dia cakap:

Buat report aje darling. Selesai!

Wah senang betul orang lelaki ni berfikir ye tak. Saya ni kepochi tu memang ya tapi jarang buat komplen. Tapi Papa kata Dak Kemal (singkatan Dak = Budak, Kemal = Akmal) buat report line rumah dia teruk, sekali lepas tu 4G terus ok sentiasa. Terpengaruh dengan dakyah Papa maka saya pun mendail talian aduan Celcom Gold.

Bila call operator ni lemah-lembut pulak. Saya lemah sikit orang lemah-lembut ni. Tapi bila buat aduan jangan nak jadi tak bertamadun ya nak marah-marah. Mak kita tak ajar kita gitu ok. Kena bersopan-santun budaya kita. Bila marah tapi kita sopan kita nampak comel. Gittew.

Saya pun beritahu line internet rumah teruk malam dan weekend.

Solusi dia:

Ok CIK Diana (saja besarkan Cik tu), cik perlu offkan telefon. Sebelum tu offkan wifi, hotspot dan semuanya.

Kemudian, onkan semula. 

Jika ada masalah, cik perlu call kami semula. Tapi guna nombor aduan yang lain. Jangan guna nombor ini. (saya macam, what??)

Kami akan sambungkan ke bahagian teknikal. Bahagian teknikal akan troubleshoot dan atasi masalah cik.

Jika gagal juga, barulah kami akan ke lokasi cik.

-Wow, that is a very long process. So I have to call you back?

Errrr, ya cik. Ini supaya teknikal kami dapat troubleshoot masalah cik.

-Baiklah, boleh periksa lokasi saya adakah memang ada masalah coverage?

Emmm, maaf cik ini memang isu Celcom Gold seperti cik sekarang. Malam dan hujung minggu kurang liputan.

-Jadi, memang ada masalah liputan and I have to call you back?

*****

-Baiklah, saya akan cuba buat tapi sila rekodkan nombor saya memang ada masalah liputan. Dan saya baru bertukar dari Maxis ke Celcom. 

Tiba-tiba saya teringat kenapa saya stay dengan Maxis begitu lama. Sebab Maxis sangat menjaga keeksklusivitian pelanggan. Jika ada aduan, masalah saya akan diselesaikan dalam SATU panggilan itu sahaja. Sesuai bagi orang malas macam saya, kenapa nak tukar kalau dah ok kan. Mereka takkan biarkan saya call lagi, tapi mereka yang akan call saya pastikan semuanya ok.

Selepas phone call aduan ke Celcom ni akan ada siri sms yang perlu kita jawab. Saya berikan markah yang saya rasa sesuai. Memang bukan masalah operator tapi mungkin masalah SOP mereka sendiri. Bila markah rendah, akan tiba sms terakhir bertanya Kenapa anda memilih jawapan itu?

Jawab dengan jujur dan beritahu maklumat kita baru bertukar dari MAXIS.

CEO mereka pasti mengambil berat aduan dari pentukar atas pagar seperti kita khens. There is a quote yang sebut klien yang paling tak puas hati dengan perkhidmatan kita adalah orang yang paling banyak menaikkan bisnes kita nanti. Macam kita banyak belajar dari komen dan ketakpuasan hati orang lain.

Dan.. tadaaaa sekarang line Celcom Gold saya dah laju.

Betullah kita kena buat aduan. Tapi jadilah pengadu yang bertamadun. Bukan salah operator tu pun kita nak marah-marah dia. Kerja macam saya ni kira front desk juga kena tebal telinga tahan klien yang lorat so i really avoid myself daripada menjadi orang-orang yang saya tak gemari. Walaupun ada masalah, budi bahasa kena ada juga.

Oklah, nombor aduan Celcom Gold adalah:

1-300 111 000 (jika guna talian tetap)

1111 (dari Celcom mobile uols)

Haa dah macam pusat aduan Celcom Gold pulak blog ni teheee…

Line internet sekarang ok. Lambat 5-10 saat buffering tu oklah.

Kadang-kadang dia buat lawak tak berapa nak kelakar line tiba-tiba tulis Limited tapi sekejap aje.

Kesimpulannya tukar Maxis ke Celcom Gold ni ok juga. Jumpa lagi. Bye 😉

2 thoughts on “Cara dapatkan line laju bila tukar dari Maxis ke Celcom Gold

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge