So siapa third party ni?

Hai. Assalamualaikum.

Ada lagi ke orang baca hehe.

Kadang-kadang rindu juga menulis sambil ketawa dekat sini. Bila tunggu turn dekat court sengih-sengih baca blog sendiri OMG narcisisme ke apa kau ni haha. Narcisisme = mencintai diri sendiri. Mungkin kelakar baca cerita-cerita lama, itu aje.

Bila ada benda kelakar-kelakar berlaku ingat nak tulis dekat blog tapi saya tak ada masa.

Sekarang ni, selain dari gazilion of kerja-kerja party yang perlu dibuat, saya menyelit tulis di sini.

Apart dari kerja, partime yang tiba-tiba busy, kerja menulis, kerja mak-mak saya masih berjalan seperti biasa.

Hari-hari dengan rutin biasa. Setiap hari masa tutup pintu rumah nak pergi kerja, saya harap ada orang yang akan cuci pinggan sarapan tadi dekat sinki, atau lipatkan baju yang saya terlelap tak habis lipat semalam, dan ada orang yang akan mopkan lantai rumah sebab ada nampak cop-cop tapak kaki budak-budak ni main bola. Setiap hari saya harap ada orang yang tolong saya buat benda-benda ni masa saya pergi kerja. How I wish saya ada rumah yang sempurna untuk keluarga saya. Tapi lama-lama saya faham, it is ok kalau kadang-kadang pinggan penuh dalam sinki atau rumah sepah juga dengan projek kerastangan anak-anak, asalkan kitorang berempat ni happy, ketawa tinggal dekat sini. Buat apa yang terdaya, jangan paksa diri sendiri.

Selain dari anak-anak yang kerap exam/test, mereka juga terbabit dengan kerja-kerja membuat folio dan malam ni ada yang kena siapkan buku log PBSM dengan serta-merta. Kalau anda pernah baca artikel Lawyers Mum Are The Scariest Mum then you can relate sifat-sifat investigation yang sangat tinggi dalam diri saya. Saya boleh mengenal pasti punca masalah hanya melalui beberapa soalan sahaja. Saya boleh membaca mimik muka, kegentaran orang yang bercakap dengan saya dan terutamanya mengenal pasti masalah dari ayat-ayat. Ok ini melebih-lebih namanya hahaha. Siapa kenal saya tahu saya ni spy yang dah bersara hehe. Maklumlah dulu masa sekolah suka baca Siri 7 Penyiasat Enid Blyton. Masalah buku log ni sebenarnya cikgu dah suruh buat lama tapi pihak berkenaan berlengah-lengah malam ni baru nak buat. Tak pasal-pasal nak kena google logo PBSM, lagu dengan ikrar lagi. Memang pretty tiring kerja-kerja keibu bapaan ni ya harap maklum. Kena sentiasa bersedia dengan printer yang boleh fotostat, line internet dan kreativiti tahap tinggi untuk siapkan buku log di saat akhir dengan pantas.

Itu belum lagi cubaan memahami soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) Matematik anak-anak. Memang tinggi betul arasnya kadang-kadang terpaksa kira roughly dekat kertas lain. Ditambah dengan pengacau pihak ketiga ini:

P_20160410_210806
Protes tak kasi orang buat homework

Lama tak cerita tentang Kitty kan. Kitty ni buah hati anak-anak saya. Pengacau/ third party nombor 1. Mana kita ada kat situlah dia menyibuk. I have lost Elle before, selalu rindu dia juga sebab dia selalu teman saya menulis rasanya sampai artikel ke 8. Saya harap dia bangga dengan saya sebab sekarang saya dah menulis sampai artikel ke 15. Motip sangat nak kucing bangga haha. Rindu pulak kat Elle, teringat kat dia ni mulalah nak menjejes air mata.

Kitty ni macam pengubat duka lara anak-anak saya. Sebab kehilangan Elle.

P_20160410_210707

Kadang-kadang mudah aje nak gembirakan anak-anak kita. Berpuluh kali anak-anak saya kata nak kucing, nak kucing tapi saya buat dono aje. Saya asyik harap dapat kucing yang baik dan behave macam Elle. Kitty ni sekarang si Adik buat macam Barbie pun ada saya tengok sebab dipakaikannya skirt bagai, didukung macam baby. Main masak-masak dan fesyen-fesyen sekali. Selalu layan Aiman main bola. Manja sangat dia ni.

Kadang-kadang kita sibuk plan nak pergi theme park atau percutian mahal-mahal, sedangkan yang buat anak-anak kita bahagia adalah:

kita dengar apa yang mereka cuba beritahu kita berkali-kali,

kita menghormati atau turut menyayangi apa yang mereka suka.

Itu aje.

Ok itu sahaja. Till I write again.

Bye.

(* by the way, dalam gambar tu Aiman bukan saya)

3 thoughts on “So siapa third party ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge