Artikel ke 14: The reminder

Hi. Salam. Semalam Artikel ke 14 saya diterbitkan.

Semasa saya terima tugasan ni, saya memang tak tahu apa-apa tentang zakat pendapatan. Saya tak tahu sama ada saya wajib membayar atau tak, cuma saya pernah tertanya-tanya, saya berniaga online sejak 3 tahun lepas, saya kena bayar zakat ke? Tapi menjadi tipikal malas seperti saya, saya tak pernah buat research dan sebagainya. Mungkin pernah survey, lepas tu tak faham jadi ia berlalu begitu sahaja.

Saya mula menulis dengan membeli sebuah buku. Baca. Kemudian survey website pusat zakat. Cuba contact pusat zakat negeri nak interview tapi takde balasan. Tapi saya kena selesaikan juga tugasan ni seperti selalu.

Survey after survey, saya akhirnya tahu saya wajib membayar zakat pendapatan saya sendiri. Buat kali pertamanya saya bayar zakat pendapatan saya pada bulan lepas.

The moment saya pegang kertas Maybank2u printout bayar zakat tu, saya rasa… sayu.

Tidak ada sesiapa yang pernah bertanya saya dah bayar zakat pendapatan saya ke?

Tetapi Allah swt tetap sudi mengingatkan saya yang ntahapaapa ni dengan cara yang sangat istimewa, iaitu sewaktu saya membuat perkara yang paling saya gemari di dunia ini – menulis. Infact menulis juga adalah pemberian Dia kepada saya. Keinginan dan minat untuk menulis yang kadangkala saya tak hargai dengan repeatedly doubting myself sedangkan hanya Dia sahaja yang akan menilai segala-galanya.

Lepas bayar zakat tu juga saya rasa… sangat tenang.

Rasa ini tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Saya rasa hidup ini adalah untuk mencari tenang, dan rasa tenang itu hanya akan kita perolehi apabila Dia menjadi paksi kepada segala-galanya.

Kemudian lepas hantar artikel saya google lagi dan jumpa satu komen di artikel ada seorang ni tulis:

“Saya bayar zakat setiap bulan. Rasa sangat tenang. Hanya yang membayar memahaminya. Rezeki akan datang tidak berhenti, bukan banyak tetapi CUKUP”.

Memang betul. Rezeki kita datang dalam pelbagai bentuk dan cara.

Tak kira bayar di pusat zakat atau kepada sesiapa yang kita rasa sesuai, rezeki kita, 2.5% daripadanya adalah milik orang lain. Alhamdulillah saya mengetahuinya walaupun terlewat.

Jemput baca artikel saya 11 Fakta Asas Tentang Zakat Pendapatan DI SINI.

Artikel ini diedit dengan baik dan cantik seperti selalu. Terima kasih team editorial Tazkirah net yang masih sudi terbitkan artikel saya setiap bulan.

Ada satu quote Dr Anwar Fazal saya suka lebih kurang begini:

“Ada ketika terdetik di hati kita rasa bersalah.

Berubahlah.

Itu tanda hati kita disapa Ilahi”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge