Hai. Blog ni dah pun capai 90k viewers. Kecil sahaja bagi sebahagian orang kan. Purata sebulan 12000 views dengan 8000 lebih visitor unik. Dengan kemahiran mengira saya yang tak seberapa tu, saya jangkakan hujung tahun ni mungkin capai 200k views, dan capai sejuta dalam masa 5 tahun. Biasalah aim nak capai juta-juta, even tak jadi jutawan haruslah sesuatu mencapai juta-juta uols haha.

Selain dari saya kekal dan tegas untuk tidak mengetahui siapa yang baca blog ni (kemain serius lagi), walaupun kadang-kadang dapat hint dari dorang yang comel angat ni tapi biarlah semuanya menjadi samar-samar sahaja.

Saya juga rasa dah tiba masanya saya berubah, menulis sesuatu yang berguna juga. Walaupun menulis dengan SEO tu sumpah membosankan pelajar cemerlang Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial seperti saya (kasi can lah uols Irfan Khairi selalu petik website saya jadi contoh ok) tapi perlu juga SEO ni untuk perkembangan blog yang cemerlang.

Saya akan kurang menulis selain menanyakan soalan ini setiap kali nak post sesuatu di blog ini:

  1. Adakah post ini berguna?
  2.  Yang kau nak sedih sangat ni kenapa?
  3. Ulang soalan pertama.

(ni macam pesanan Warren Buffet kepada CEO dia uols. #1: don’t lose the money. #2. don’t forget rule no. 1. Kemain lagi nak quote Warren Buffet terus haha)

Saya tahu tak semua orang boleh bertahan datang kembali ke blog ni sebab saya memang lembap dalam blogwalking. Sesiapa yang berada dalam senarai pengkomen blog saya saya doakan murah rezki semuanya. Dan kepada Emalin yang beberapa kali contact saya tanya kenapa tak boleh tinggal komen lagi, saya minta maaf sangat tak tahu kenapa. Terima kasih Lin selalu jenguk blog saya ya.

Antara komen-komen/ emel yang rare saya dapat adalah orang tanya saya ada kedai asam pedas ke (dari post asam pedas Kak Su  yang top setiap kali cuti sekolah). Ada juga yang tanya apa nak buat bila kucing dia sakit mata (dari post tip kucing selsema). Yang paling terharu sama macam hadiah konvo adalah dari Hidayah yang cakap terima kasih kepada saya sebab menulis dari hati. Terima kasih kepada Kak Su yang tak jemu-jemu bagi galakan whatsapp saya dan print screen quote dan sebagainya.  Segan pun ada hehe.

Menulis memang menggembirakan. Tetapi biarlah saya menulis sesuatu yang berguna sahaja lepas ni. Masa berubah begitu juga dengan saya. Masa kita semakin pendek dan saya dengar tulisan di dunia mungkin akan membantu kita di sana nanti.

Tulisan yang baik-baik tak kira di mana-mana media sosial macam jejak tapak kaki kita kan.

Saya rasa semua orang memang suka menulis macam saya tak up di fb, up di blog pula. Sama aje.

90k views hanyalah satu nombor. Saya cuma harap biarlah views/ tatapan blog ini berguna untuk orang lain. Kalau tak banyak pun sedikit. And I really appreciate those comments.

Semoga kita semua ada good writing habit ok.

Bye and goodbye old writing habit.

3 thoughts on “90k

  1. Titan : Adoi manalah setanding blog saya dengan otai ni sehari je belas/puluh ribu views kot blog cikgu….

    Noriza : Hai Noriza. Tak banyak tu sebab dah setahun lebih baru dapat T_T . Boleh belajar dengan Cikgu Titan yang merendah diri di komen di atas ni. Saya pun budak baru belajar 🙂
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge