Aku, dia dan Ozil

Salam.

Lama juga tak menulis. Kalau dulu sehari berkali-kali jenguk blog sekarang dah tak sempat. Kerja semakin banyak, masa semakin kurang juga. Dah sebulan lebih tak ambil job weekend rasa fresh juga weekend jadi mak-mak sepenuh masa hehe. Aiman ada exam sekolah agama tahun ni, adik pun darjah 1 jadi saya rasa dah tiba masanya saya slow downkan apa yang patut. Macam Kevin Zahri cakap, money (and fame) comes and goes, but you can’t buy time. Ada satu post di Tazkirah net tentang hidup ini bukan mencari banyak, tapi mencari cukup saya rasa cukup menenangkan hati. Boleh baca di sini.

Menulis juga dah jarang. Masa yang ada untuk menulis hanyalah hujung minggu sahaja. Malam sekejap lagi tidur supaya pagi boleh bangun awal. Weekend sekarang Sabtu spend time dengan budak-budak, dating, teman dorang main roller blade.  Bercakap tentang roller blade ni saya teringatkan tentang Aiman.

Masa mula-mula main roller blade ni Aiman memang tak pandai. Saya rasa dia jatuh berpuluh-puluh kali. Saya belum main lagi masa tu jadi saya perati aje. Sampai Danial sepupu dia cakap dengan saya, Mak Ngah saya kesiankan Aiman asyik jatuh aje. Lepas tu datang si Kakak Tasha sepupu tertua beritahu benda yang sama juga.

Tapi Mak Ngah, si Aiman ni mesti akan bangun balik tau….

 Saya senyum aje.

Benda jatuh ni rasanya berpuluh-puluh kali juga. Jatuh dan dia bangun balik. Siapa yang baca blog ni lama tahulah Aiman ni pernah patah tangan dulu. Kalau ikutkan kira sukan ekstrim ni. Tapi saya biarkan.

Sampai satu malam dia duduk tepi padang dan nangis. Dia cakap tak nak main lagi, sebab tak pandai macam Danial dan Kak Tasha. Ajak balik dan tak nak datang lagi.

Saya pulak macam kau ni dah kenapa? Main rollerblade je pun kan.

Tapi lepas beberapa hari dia akan melese-lese (ni manja macam kucinglah meoww haha description tak tahan) ajak pergi main rollerblade boleh tak Mama? Jadi saya tahu benda rollerblade kasut tayar berbilah pelik ni memang something untuk dia.

Sejak tu saya mula belajar main rollerblade juga. Dan saya masih lihat dia jatuh berkali-kali rasanya mungkin dah lebih 100 kali kot.

Tapi sejak 2 minggu lepas, saya nampak dia bukan sahaja melungsur (slide) tapi sekarang lari, melompat dan berpusing dengan kasut pelik tu tanpa jatuh lagi. Dan skil terbaru Papa ajar dia adalah slide ke belakang.

Kak Tasha dan Danial jumpa saya cakap, Mak Ngah saya jeles tau tengok Aiman. Macamana dia boleh berpusing, laju dan tak jatuh?

Saya senyum aje. Tengok perangai Aiman ni mengingatkan saya kepada seseorang.

Diri saya sendiri.

Saya mudah patah semangat, tapi tak pernah dapat menipu diri sendiri tentang perkara yang paling saya sukai di dunia ini.

Perlahan-lahan akan mencari kekuatan juga.

Saya cakap dengan Aiman masa slide dengan dia:

Aiman kalau tak putus asa macam ni dalam belajar dan semuanya, then I don’t have to worry about you anymore.

Dia senyum.

Do you know it is ok to stop and cry a bit, but you have to try again?

Dia senyum lagi.

Saya? Masih tak pandai lagi. Kadang-kadang terjerit masa nak jatuh. Balancing out. Kadang-kadang tanya Papa adakah perempuan debab tak boleh slide Pa?

Papa cakap eh mana ada Mamalah wanita tercomel dan tercantik. Wah kes beli jiwa nampaknya dia ni hehe.

Sebenarnya rollerblade ni taklah hebat pun. Takde apa pun sebenarnya. Kebetulan tengah trending kat sini. Bila cerita kat kakak saya dia cakap dia pun nak try. Dulu dia terer main kat kampung. Saya ingat lagi rupa kasut tu. Lepas tu dia cakap teringat pulak dulu arwah Atuk yang belikan kasut tu.

Lepas tu kitorang berdua terdiam sendiri….

Aiman sangat special kepada saya. Orang kata anak-anak adalah refleksi diri kita sendiri. Saya berdoa satu hari nanti kalaulah saya tak ada lagi bersama dia, whether physically or mentally, dia akan mendapat mesej pesanan dari saya agar tidak akan berputus asa bila dia terlihatkan sepasang kasut roller blade di mana-mana.

Yang dia boleh mengejar apa sahaja impian dia, asalkan dia tidak berhenti mencuba.

Oh kenapa tajuk cerita ni Ozil, Ozil adalah player Arsenal kesukaan Aiman. Itu je kaitannya hehe.

Dah dah pergi tidur biasaaaa dia tidur lambat hehe.

Bye.

22.3.16

10:37pm

Melaka.

2 thoughts on “Aku, dia dan Ozil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge