Artikel ke 13

Assalam.

Lama juga tak menulis di sini. Kalau lama tu maksudnya saya takde kerja-kerja menulis lain. Kalau tak saya kena selalu menulis.

Ada juga perkara tak best yang berlaku seminggu dua ni tapi biarlah saya ceritakan yang best aje di blog ni.

Tak sangka pula dah artikel ke 13 saya tulis. Setiap satu artikel yang ditulis mengajar saya banyak perkara.

Macam artikel kali ni saya perlu selitkan 2 kisah sirah. Kalau tulis repekan tu memang anytime tapi sirah is another level. Sirah adalah kisah yang kau kena pastikan apa yang kau tulis tu betul, betul dan betul belaka.

Tiba-tiba saya tersedar walaupun saya ni scorer A subjek Sejarah dari PMR bawa ke SPM A1, anak pula cikgu Sejarah, tapi bab Sirah Nabi saya tak familiar langsung. Saya rasa saya tahu dan boleh verify semua fakta sejarah Malaysia sebab budak law ni terkenal dengan hafalan sejarah yang power, tapi saya susah nak recall 2 kisah sirah yang ditaskkan kepada saya untuk tulis? Kisah-kisah tu ada tapi macam bayangan aje.

I even ask Aiman dan dia tahu 2 cerita tu. Part of me rasa lega dia tahu sebahagian lagi pulak rasa nak tampar diri sendiri sebab tak tahu.

Jadi saya mula dari scratch, google dan cari buku sirah. Baca buku cerita sirah Aiman. Belikan anak buku rupanya diri sendiri tak baca. Kadang-kadang ada aje nampak buku sirah untuk orang dewasa lepas tu tak beli. Nak menulis ceritanya satu hal lagi pulak tak reti. Cerita-cerita sirah ni adalah perkara yang susah kita nak buat ayat sebab takut lari ceritanya. Jadi saya memang tabik spring siapa tulis buku sirah Nabi ni.

Pernah tak terfikir kenapa kita diberi satu-satu task tu? Kalau dilihatkan kepada personaliti saya memang saya sendiri tak sangka saya akan menulis di Tazkirah net in the first place. Apatah lagi menulis sesuatu yang ada Islamic related yang jelas, seperti sirah.

Kadang-kadang rasa sedih juga sebab rasa tak layak, tapi masih diberi peluang.

Rasa terharu pun ada, mesti doa mak ayah dan orang lain sampai dapat peluang begini.

Tapi saya selalu percaya yang beradanya kita di satu-satu tempat tu ada tujuan yang tertentu. Kalau pun bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri.

Kadang-kadang rasa bersalah juga kalau artikel tak sebaik yang diharapkan/ sepatutnya….

Baca artikel ni sampai di perenggan akhir saya tersenyum lebar.

Ada quote dengan nama penuh saya, tarikh artikel disiapkan (14/3/16) dan negeri kelahiran saya.

Saya kalau hantar artikel suka tulis nama penuh, tarikh, negeri Melaka di bahagian bawah sekali untuk ingatkan saya yang saya ni, pada tarikh itu, tempat ini, Tuhan telah berikan idea untuk menulis. Tak sangka pulak kali ni editor ambil semua details ni dan ayat terakhir saya buat macam quote “….” pula.

Terima kasih pihak editorial Tazkirah net. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik team ini kepada saya dan semua penulis. Kadang-kadang rasa terharu sangat sampai jadi speechless dan mata berkaca juga. Ada sekali owner Tazkirah net tulis ayat ni rasa sayu pula dalam hati:

Dengarlah hai teman,

Dengarkan bersama,

Aku menulis bukan kerna nama.

Kerana sifat kasih,

Pada sesama insan.

Ok sampai sini sahaja kali ini. Jemput membaca artikel terbaru saya DI SINI.

Jumpa lagi. Bye!

p/s: Jangan nak mengata artikel akak uols, akak baru belajar menulis haha —> gurau je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge