Selipar yang hilang

Hai. Assalamualaikum.

Biasa tengahari Jumaat orang perempuan ni kan rehat lama. Saya kalau tak terjebak ke kedai tudung, akan pergi kedai buku. Kadang-kadang letih juga nak beli tudung ni. Nak yang tak nak muka nampak bulatlah. Habis dah muka tu memang bulat pauh dilayang (nak jugak tu) motif nak bujur sirih seperti Uqasha Senrose. Jadi sejak ada satu kedai buku ni ala-ala Popular dibuka dekat dengan branch office saya, saya memang addicted juga. Tengahari Jumaat mesti nak pergi.

Tak tahulah rasa happy sangat kalau dapat beli buku. Ada aje alasan nak sauk apa-apa buku. Saya suka beli buku-buku kraf juga. Yang terbaru Mudahnya Jahit Blouse. Padahal saya menjahit memang out walaupun arwah nenek pandai jahit. Lepas tu belikan anak-anak buku pun saya baca juga sebab buku kanak-kanak ni bahasanya mudah. Saya suka tengok ayat macamana penulis jadikan buku tu menarik untuk dibaca. Ada quote ni sebut kalau kita tak berjaya terangkan sesuatu kepada kanak-kanak 6 tahun, kita tak faham pun apa kita baca tu. Memang betul, selain dari ada berjuta-juta soalan, budak-budak ni daya fokus dia pendek. Kalau tak berjaya tarik perhatian dia dalam beberapa mikro saat, you are out of the game!

Oh melalut ni memang  kepandaian saya yang hakiki. Jadi sambung semula semalam saya beli majalah Gen Q. Selain dari cover dia yang menarik, isi-isi dia cool. Kita tahu dia majalah Islamic tapi ada sesuatu yang memanggil-manggil kita untuk pegang.

P_20160312_100906_20160312160032756

Cool kan cover dia. Saya bajet Aiman mungkin nak baca nanti. Jadi saya selak lagi. Oh majalah ni kecil aje, saiz majalah Nur or Dara.

Saya sebenarnya mencari sesuatu input untuk artikel terbaru. Akhirnya saya jumpa di sini. Tidak secara direct but I got the message.

Pengisian magazine kali ni memang hit the point. Benda yang kita, anak-anak buat tiap-tiap hari – tonton video. Kita kan tengok youtube, tengok wayang, tengok astro kan. Jadi kali ni mereka discuss secara santai sangat guideline untuk tontonan yang baik. Fokusnya adalah remaja, sebab itu covernya adalah Star Wars theme.

Kemudian dia ada bagi kesedaran juga macam dengan lambakan video yang not-so-islamic, apakah tugas kita untuk cover balik dengan video yang bermesej sebaliknya. Lepas tu dia betulkan kestereotaipan (what kind of word is that?) yang mesej islamik dalam filem tidak hanya ditekankan dengan pakaian, atau ustaz yang datang baca doa halau hantu, tetapi meliputi seluruh mesej kemanusiaan sejagat. Ok malas nak explain sila beli sendiri –> tetiba malas hehehe.

Lepas tu saya terjumpa quote yang comel ini:

P_20160312_155748

Quote ni memang out of the box. Semua orang bising tentang kejatuhan ekonomi, dia twist baik punya tentang saham yang meningkat. Love it!

Ok yang ini memang win!

P_20160312_101003

Comel sangat bagi saya. Sebab kalau biasa kita dengar keluh-kesah orang hilang seliper. Lepas tu mungkin orang lain pulak cakap apa nak jadi dekat masjid pun nak curi seliper. Dasar pencuri hati kotor! Tapi quote ni suara hati orang hilang seliper OMG senyum aje baca sweet sangat. Macam redha aje. Cool.

Saya personally suka majalah Gen Q ini. Design dalamannya cantik dan memang menarik perhatian.

Rupa-rupanya dah 55 isu keluar saya pula baru baca.

Better late than never kan. Walau dia target remaja tapi Aiman 11 tahun pun baca juga pasal cerita hantu dalam tu lepas tu dia cakap “Yelah Mama cerita hantu ni buatkan budak-budak jadi penakut je. Ustad patut ajar kita agama bukan pergi halau hantu”. Pembetulan persepsi di situ. To be frank, persepsi Mama juga dibetulkan T_T.

Oh my anak saya pun nak jadi remaja ke?

Kita kena bersedia dan masuk dalam dunia mereka juga kan.

Gen Q RM7 aje, pergi beli sekarang ok!

Bye, jumpa lagi.

p/s: Gen Q = Generasi (Al) Quran

One thought on “Selipar yang hilang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge