Muharam dan safar

Hai. Sibuk pula awal-awal bulan ni. Submit report dan sebagainya.

Semalam Adik ada homework sekolah agama. Kena tulis 25 nama nabi. Dia ni tak penyabar juga kadang-kadang tengah makan tiba-tiba datang bawak homework nak buat. Semalam saya letih gila lepas tu ingat lepas Isyak baru nak tengokkan homework budak-budak ni. Sekali dengar ada tangisan siapa lagi Adiklah sebab dia tak tahu nak tulis nama nabi-nabi dalam jawi. Tangisan bukan main mendayu-dayu sedih sangattt. Aiman pulak sentiasa happy go lucky lagi lambat saya suruh buat homework lagi dia suka haha. Macam-macam perangai masing-masing kan.

Jadi google lah jumpa nama nabi-nabi. Saya dengan skil jawi yang hampeh ajar juga dia tulis. Luckily dia ni tulisannya besar dan cantik juga. Setiap anak berbeza tau. Macam Adik ni a bit organized sikit orangnya. Abe (panggilan untuk Aiman) pulak nak kena peratikan dia sebab dia ni easy going. Dia dengan dunia bola dia sibuk educate saya tentang fav player dia Ozil dari team Arsenal, jersi tak silap no 11 dan nak tengok filem Ola Bola tentang Mokhtar Dahari. Baiklah, asalkan kau bahagia nak…

Pagi tadi saya teringat bukan ke nama nabi-nabi ini ada lagu. Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh tu kan.. Kan ke senang kalau saya hafal boleh terus sebut aje semua.

Lepas tu tiba-tiba saya teringat satu moment ni. Dulu di kampung ada nenek sedara datang rumah. Saya masa tu hafal semua nama bulan dalam Islam. Atuk kan orang yang ambil saya balik tadika naik vespa dia tiap-tiap hari. Bila sampai kat motor saya akan update apakah kepandaian saya hari tu. Contohnya saya hafal nama bulan Islam ke. Lepas tu saya akan nyanyikan kat atas motor nanti. Balik biasa pergi pekan beli mainan. Bila fikir-fikir balik kesian atuk saya nak kena layan kitorang 5 beradik hehe.

Bila nenek sedara datang tu Atuk panggil saya suruh baca nama bulan dalam Islam ni. Saya pun nyanyikan lagu yang cikgu ajar:

Muharam safar rabiulawal rabiulakhir jamadilawal jamadilakhir rejab syaaban ramadhan syawal zulkaedah zulhijjah….

Lepas tu Atuk cakap kat nenek tu:

Pandaikan dia ni…. Macam bangga sangat dia bila saya hafal bulan-bulan ni.

Dalam banyak pujian entah kenapa saya teringat pujian ini.

Saya ingat saya kembang sangat kena puji masa tu.

Mungkin kerana pujiannya ikhlas dan dia betul-betul percaya saya ni pandai.

Bila saya baca balik lagu Muharam safar ni ada satu perasaan di dalam hati.

Saya terfikir adakah selama ini saya puji kejayaan-kejayaan kecil anak saya dengan seikhlas hati. Berbangga dengan mereka.

Adakah anak-anak saya akan ingat saya sepertimana saya mengingati Atuk di sepanjang kehidupan saya ini.

Bahawa kadang-kadang saya terduduk dan terfikir kenapakah sesetengah saat ini akan muncul dan menyapa saya.

Atau mungkinkah Atuk mengingati saya juga.

Mungkin juga kan.

Life is full of mysteries.

One thought on “Muharam dan safar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge