Life is….

Hai.

Rindu juga nak menulis di sini.

Oh saya cuba main rollerblade kali ke 2. Sebagai ahli falsapah wanita bila main rollerblade pun sibuk nak kaitkan dengan metafora kehidupan bagai.

Kadang-kadang tak larat juga tengok orang jual aiskrim pun teringat nak buat entri dalam blog haha.

Saya sukakan quote. Suka membaca dan berangan menulisnya. Kali pertama quote saya diterima adalah dalam artikel ke 4 saya. Editor saya buat begini:

“Konsistensi adalah paling utama. Ia membina rasa percaya.

Cinta adalah apabila masing-masing saling melengkapi dan sentiasa cuba memperbaiki”.

-Dalin Ali

Saya rasa saya sengih besar sangat masa baca tu sebab asalnya ia adalah satu perenggan. Kenangan manislah kiranya. Ada sekali saya baca komen seorang penulis dalam grup kami yang tak sabar lihat nama dia dipaparkan di Tazkirah net (artikel pertama beliau), mata saya pulak yang bergenang. Sebab saya faham bagaimana rasanya. Bagi orang lain yang biasa menulis secara profesional (buku, artikel) mungkin berbeza. Tapi bagi first timer macam saya, rasanya macam terharu sangat tau eh nama aku ke tu hingga ada air jernih yang menitis di tepi mata. Gitulah dramatiknya saya ni hehe.

Kadang-kadang orang cakap hal kecil aje ni, small matter. Mungkin kecil bagi kita, tapi sangat besar maknanya untuk dia.

Hidup ini sentiasa tentang kata-kata kan. Ini quote saya, Life is….

“Life is like rollerblading.

You never know how far you can go, until you allow yourself to try, and to fall”.

Ok tak? Oklah tu kan.

Bye 😉 .

P_20160305_181859

4 thoughts on “Life is….

  1. Pandai tak ko main Ana? Aku ni penakut jatuh. Sbb setahu aku tak pernah ada org jatuh dgn cantik. Semua org jatuh dgn buruk… kikiki…

    So..terjatuh tu lain cerita sbb ter.. tapi kalau main rollerblade tu maknanye kita mmg sengaja nak jatuh & kelihatan buruk..kah kah…

    aku rasa memang takde org lah yg paham perasaan ‘takut sengaja membuat diri kelihatan buruk’ kecuali diriku sendiri.

    Jgn kecam saya…. saya mmg pathetic 🙈🙈
    mk recently posted…My 1st Half Marathon- Twincity Marathon 2016My Profile

  2. MK: Haha tak pandai lagi Tan diaorang 3 orang dah terer. Memang jatuh tapi seronok sebab setiap kali jatuh lepas tu kau akan semakin terer. Dan jatuh tu akan berkurangan. Dan anak-anak dan anak buah kata kau Cool eh haha..
    dalin ali recently posted…So no one cares….My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge