Warung pokok besar dan minyak cap buruh

Ada satu warung di tempat saya ramai sangat orang datang. Warung ni redup, bawah pokok besar.

Nak kata cantik sangat pun tidak. Biasa aje. Warunglah katakan.

Tapi ramai orang datang. Yang sanggup tunggu lama untuk cekodok, pisang, keledek, ketuk-ketuk ubi dan karipap yang digoreng panas-panas.

Ada laksa, mi kari dan tauhu sumbat kuah kacang.

Saya bila hari letih, atau malas atau waktu saya tak berapa nak fikirkan tentang pengambilan kalori hari itu (chehwah macam kan kira sangat hehe), saya beli juga.

Oh di sini juga ada air Long Chan, long chan ni air gas yang femes di Melaka. Kira orang Melaka kalau tak tau air long chan tu kira derhaka la. Air gas ni ada dari zaman saya kecil lagi, gasnya kurang dan lite-lite je rasa dia. Kilangnya ada di Alor Gajah. Kalau pergi raya rumah tu ada air long chan memang cool sangat tuan rumah tu. Vintage, old skool, cool, win semua bagi kat dialah.

Semalam saya ternampak adik warung tu menggoreng, lepas tu dia top up guna minyak cap buruh.

Saya fikir patutlah sedap sebab dia guna minyak yang baru. Bukan yang refill sebab saya nampak dia tarik plastik/picu yang seal botol tu.

Kalau kita beli di luar terfikir juga peniaga ni mungkin guna minyak dalam plastik yang direcycle tu ke sebab murah kan.

Tapi kedai makcik ni tak.

Patutlah ramai orang datang. Sebab tulah sedap.

Lagi satu semuanya digoreng panas-panas. Kira kalau kita pegang pisang goreng tu kita akan tercampak balik dalam plastik dan kata mak aii panasnya…. 

Lepas tu adik yang jaga kaunter pun baik aje, senyum manissss aje. Akak nak bungkus apa akak? Ha panggil akak ok jangan panggil makcik, I ll blacklist gerai u okeh. Tetiba nak demanding hehe.

Paling best makcik jaga gerai. Tak putus senyuman dan cakap kejap ye nak, makcik goreng ye nak. Makan panas-panas sedap….

Orang rasa selesa ke sini. Tunggu lama pun rasa tak menyusahkan. Walaupun bila dia cakap kejap ye nak, perut lapar gila ni, tapi mulut kata oh takpe makcik esok pun takpe (dalam hati).

Warungnya kecil sahaja, tapi hatinya besar.

Takde sape suruh dia guna minyak cap buruh botol baru setiap kali menggoreng tapi dia buat.

Takde sape suruh dia senyum lebar setiap kali pelanggan datang, tapi dia buat juga.

Pelanggan datang tidak berhenti, menunggu dan berdiri.

Sama ada terpaut pada senyuman adik manis atau redup rendang pokok besar itu sendiri.

Bye 😉 .

3 thoughts on “Warung pokok besar dan minyak cap buruh

  1. Tiap post akak,kalau baca harus ada gelak2 dan buat sebak di dada..i like. Tgh menunggu flight dr alor star nak blk kl ni.sempat blogwalking. Air long chan mmg win.sape org mlaka xtau tu..mmg derhaka.hahaha

  2. wahh..

    dulu ada satu kedai pisang goreng macam ni.

    masak aje, habis. masak aje habis orang order.

    sampai kena tunggu dia masak..baru boleh berebut order.

    serius, pisang goreng..makan waktu panas baru sedap.

    bukan dengan cheese.
    titan recently posted…Buat Duit dengan NVitrMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge