Tidur saja sayang

Minggu ni ramai pula orang tak sihat.

Anak kawan saya Mongun jalani pembedahan kedua cleft palate di HUKM. Anak dia berumur 10 bulan dan membayangkan anak sekecil ini jalani pembedahan lelangit adalah …. Apatah lagi bila lihat gambar post-op dia di High Dependency Unit.

Mongun adalah kawan yang walaupun lama tak jumpa dia, tapi kami tak pernah pertikaikan persahabatan kami. Ia kekal seperti dahulu.

Yang kedua anak staf saya, umur 19 tahun, aktif bersukan, tiba-tiba dijangkiti virus Meningitis, yang buatkan mata dia buta seketika. Sekarang di ICU, sudah terkena mild stroke juga kerana virus sudah menjangkiti bahagian otak. Anak perempuan juga.

Bila dengar luahan 2 orang ni hati saya rasa sebal. Ada anak yang sakit atau warded boleh membuatkan seseorang itu patah hati. Saya pernah berhenti menulis sewaktu anak saya patah tangan beberapa tahun lepas (baca di sini). Tapi entah macam mana saya masih dilorongkan untuk menulis selepas itu. Saya fikir pinjaman Allah ini (keinginan untuk menulis) haruslah saya gunakan untuk tujuan yang baik, walaupun saya bukanlah baik sangat pun sebenarnya.

Saya faham sangat mak-mak ni dekat depan orang tabah aje. Tapi kedua-dua orang ni bila bercerita dengan saya tak dapat menahan perasaan lagi. Ceritanya panjang dan bersambung. Dan saya dengar. Bila orang pilih kita untuk mendengar luahan rasa mereka, kita dengar aje. Mungkin itu dapat meringankan beban di hati mereka. Be a good listener. Don’t judge. Mereka perlukan pendengar dahulu. Bagaimana kita nak dengar respon bila kita meluahkan rasa, begitulah orang lain juga.

Pembaca blog saya, saya memang tak kenal siapa anda semua. Yang saya kenal adalah three stooges haha (Normah, Laila, Abun) yang ala-ala terpaksa baca blog ini dan my darling MK serta pengkomen-pengkomen yang baik hati. Tapi seperti kata Abang Naz penulis buku Ulu Yam di Liverpool, kita semua mungkin bersilang pada titik yang sama dalam kehidupan ini. Anda google dan terjumpa blog saya ke. Macam tulah agaknya kita berkenalan kan.

Kalaulah anda pernah merasakan kasih sayang seorang kanak-kanak tak kiralah anak saudara atau anak sendiri atau mana-mana anak kecil, doakanlah kemudahan dan cepat sembuh anak kawan saya, baby Rania yang berusia 10 bulan di HUKM.

Dan doakan juga kesembuhan anak staf saya, 19 tahun, perempuan yang menghidap kritikal Meningitis ketika ini.

Saya ucapkan terima kasih atas semua doanya. Semoga pada hari-hari kita perlukan doa dari orang lain, ada yang sudi mendoakan kita nanti. Insya Allah.

Entah kenapa dengar lagu Sayang Faizal Tahir ini meruntun rasa juga. Lagu ini dihasilkan Faizal sewaktu anak perempuannya dimasukkan ke wad. Lagu ini sangat jujur dan ditulis dengan penuh kasih-sayang.

“Setiap air matamu, hancur hatiku….”

Jumpa lagi.

One thought on “Tidur saja sayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge