7 aktiviti best bila bercuti di Janda Baik

Salam. Saya dah janji kan nak tulis sambungan bercuti di Janda Baik ni. Jadi saya akan tulis walaupun takde orang request haha.

Waktu dah confirm nak pergi ni biasalah kami bertiga, saya, Laila, Normah gigih berwhatsapp mengenangkan nak bergathering ni. Maklumlah dah lama tak jumpa. Kadang-kadang awal pagi si Normah mula mukadimah grup whatsapp kitorang dengan:

“Apa khabar janda-janda baik sekalian?”

Choyyy. Bengong punya Normah. Normah ni adalah kawan saya yang agak misteri juga. Muka tu oklah comel tapi ada perangai sengal yang tak disangka haha. Setiap orang ada perangai masing-masing yang tak boleh blah kan. Hanya member rapat aje yang tahu. Orang tak kenal mungkin anggap kami ni serius, garang ke, padahal…. Tapi ada limitlah. Hal kerja, kena serius juga. Selain dari tu ok je. Ketawa aje kerjanya.

Tanpa membuang masa aktiviti best yang kita boleh buat sewaktu bercuti di Janda Baik adalah:

  1. Piknik

Villa yang kami pergi ni kena naik kereta juga untuk ke kawasan sungai. Tapi dalam 10 minit juga. Saya suka juga macam ni jadi tempat tinggal takdelah nak melengas-lengas basah atau berpasir kan. Ok pondok ada disediakan cuma kena bayar rate harga dari RM10-20. Sila menjadi makcik-makcik dengan bawa alatan berikut:

  1. Tikar
  2. Air mineral
  3. Tupperware
  4. Jag air 
  5. Plastik sampah
  6. Senduk, sudu, garfu, piring, cawan
  7. Bekalan makanan (telur, roti, frozen food, kopi, garam, gula)

dan

8. Portable gas stove macam ni (harga bawah RM50)

cuti di janda baik

Comel pulak muka kau dalam gambar ni Normah. Harap berpuas hati dengan pemilihan gambar ni haha. XOXO tu sebab nak cover urat-urat tangan. Aurat sahabat kita tanggungjawab kita uols.

Percayalah, makan karipap panas-panas (kredit: Laila sebab dia bawak) tepi sungai adalah sangat membahagiakan. Tapi kami takde bawa cerek ke kalau tak buat kopi ke memang urmmm…. Sebab tu saya kata sila menjadi makcik-makcik dengan membawa lengkap barang-barang makanan. Kan kalau kita pergi bercuti dengan mak-mak ke ha lengkap senduk nasi semua ada kan. Kami ada je buat scramble egg (tanpa garam sebab tak bawak), masak maggi, goreng nuget dan rebus sosej semua. Kira survivallah kononnya.

Oh kat situ ada je gerai cuma lebih kick kalau goreng sendiri kan.

2. Mandi sungai

cuti di janda baik

Saya pernah ke sini dalam 17 tahun lepas kot. Kesejukan airnya masih sama.

cuti di janda baik

Kesejukan yang menggigit tulang hitam.

cuti janda baik

Saya pernah ke beberapa themepark macam A Famosa, Bayou Lagoon, Melaka Wonderland, Pedas hotspring, Jasin hotspring, Gambang waterpark, Lost World of Tambun tetapi tiada yang boleh beat sungai macam ni. Bila pergi themepark saya rasa macam lost sebab mungkin saya old school dulu kecik-kecik ayah bawak pergi piknik di Tanjung Bidara. Maksud saya tiada yang boleh beat the happiness mandi laut atau sungai begini. Suka tengok si Rayshan (ya macam Hindustan nama dia) anak Laila yang umur setahun pun menggigil-gigil suka mandi sungai. Belum lagi si Niyaz dan konco-konconya yang happy sangat mandi sungai.

Kalau sewa pelampung besar (satu RM10, deposit RM10) kita boleh ke hulu sungai dan hanyutkan diri kita ke hilir gitu. Kira macam pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian eh hehe! Ada juga lawak-lawak masa ni membabitkan Amin suami Laila tapi biarlah ia menjadi kenangan aje haha. Memang thrill tau sebab tak tau macamana nak berhenti air dah lah laju gila. Kalau pijak batu-batu dalam sungai pedih juga dan tak stabil. Alaa bila lagi nak buat terapi pijak batu-batu tu kan. Jadi kenalah hati-hati kata kuncinya. Ada aje orang terhanyut tapi dorang gelak-gelak aje dekat pelampung tu.

Mandi sungai dekat sini jangan harap nak terjun tiruk atau menyelam ke. Tempat yang kami pergi ni tak berapa dalam. Tak tahulah kalau ada tempat yang dalam. Cuma thrill air laju, badan nak kena balance jalan dalam air, sebab tu bila naik semuanya lapar. Kalau anda asal budak kampung macam saya, mungkin anda akan sukakannya.

3. Berbasikal keliling kampung

Masa sewa pelampung ada nampak orang naik basikal. Bila tanya kakak kedai tu kata sewa basikal RM20 untuk round satu kampung dalam 5 kilometer macam tu. Kami 3 orang plan nak naik tapi Normah tak sesuai pasal dia mak buyong, tinggal saya dengan Laila aje. Tapi sampai sudah tak sempat naik sebab bizi goreng karipap haha. Anak-anak pula kejap-kejap lapar jadi lebih afdhol bagi keluarga makan dulu.

Ada juga nampak orang naik set-set mountain bike tu. Jalan di sini agak berliku-liku, berbukit-bukau juga jadi memang best untuk kaki-kaki basikal. Even nak turun dari Anjung Teres tu pun macam curam juga Papa cakap kalau dia bawa basikal, lepaskan brake kira ekstrim habislah. Sebab tu saya pernah sebut dulu bila kita ke sini kita macam balik kampung. Anak-anak saya plan nak bawa basikal diorang kalau datang lagi wah nak buat macam laman rumah Atuk sendiri nampak gayanya.

p/s: Next time kalau datang haruslah kita naik basikal ni korang (Abun, Laila, Normah).

4. Menaiki ATV (All Terrain Vehicle)

ATV ride ni pun ada disediakan juga. RM80 untuk 5 kilometer atau keliling kampung. Seronoklah bagi orang yang gemar aktiviti macam ni. Kalau anda suka adrenaline rush dan sukan ekstrim, bercuti di Janda Baik mungkin sesuai.

5. Paintball

Masa cari parking, terjumpa chalet bapa si Normah Chalet Pak Daud (gurau aje Norm) dekat situ ada gelanggang paintball. Saya pernah main sekali dulu sampai putus-putus selipar. Sapa suruh kau pakai selipar? Iyalah masa tu hari keluarga tengah bakar ayam bbq alih-alih orang panggil suruh masuk paintball. Meskipun kalah yang penting saya takde kena tembak ok. Teknik defense berkumpulan tu penting ya. Tembakan kena tepat. Gittew.

Saya kurang pasti bayaran dia berapa. Tapi dia memang wujud. Dekat dengan Chalet Pak Daud.

6. Camping

Ok best part sini adalah disediakan sewaan khemah juga. Kalau korang yang bujang ni tetiba nak bawa diri ke Janda Baik bolehlah berkhemah ada disewakan kelengkapannya di sana. Toilet dan bilik mandi ada disediakan di chalet-chalet di tepi sungai. Ada juga nampak orang berkhemah kat sana nampak memang best juga.

7. Program team building

Sebenarnya kan saya tak pernah pergi team buiding. Sebab tu agaknya saya ni berhati tisu haha. Lagipun kalau pergi saya takkan terjun dari tempat tinggi, berkayak di air terjun apatah lagi melalui jambatan gantung di atas sungai. Selain dari akan  menyusahkan pihak penganjur, saya juga akan menjadi memori pahit mereka haha.

Janda Baik ni banyak juga tempat untuk team building. Anda cuma perlu google “team building Janda Baik”.

Berapa harga penginapan di Anjung Teres, Janda Baik ni?

Baik saya kongsikan juga harga penginapan saya di Anjung Teres ni. Harga ni setakat Disember 2015 dan swimming pool juga belum siap masa ni. Sekarang saya tak pasti. Bolehlah bertanya kepada En Din.

Satu malam : RM150 sahaja (untuk satu bilik).

Makanan (Sarapan, lunch, tea time, dinner) : RM36 seorang (sehari); atau

                                                                                    RM72 seorang (sehari) untuk makanan seperti di hotel

                                                                                         (lamb shank etc).

                                                                                    Kanak-kanak bawah 2 tahun percuma.

Menu makanan boleh dipilih sewaktu menempah (yang sesuai dengan harga yang dipilih).

Masa menghidangkan makanan juga boleh dipilih. Pagi Ahad sebelum balik kami minta packkan set nasi lemak untuk breakfast di tepi sungai. Memang best.

cuti di janda baik

Nasi lemak, sambal sotong, sambal ikan bilis, keropok, ayam panggang dan rendang daging malam semalam yang tak habis (biasalah cheapskate suruh dorang panaskan balik) semuanya dipekkan oleh staf Anjung Teres. Grup lain tepi sungai kagum aje tengok mesti ingat kitorang masak sendiri semua ni pagi-pagi tu hehe.

cuti di janda baik

Waktu lain kami minum petang atau breakfast macam ni, menghadap bukit-bukau dan anjung.

Kalau anda nak masak sendiri pun boleh. Ada kedai serbaneka jual barangan basah berdekatan sini lengkap dengan mee dan sebagainya. Pendek kata kalau lupa bawa roti tu takde masalah, boleh shopping masa dekat sini. Baju, seluar yang simple-simple pun ada.

Ok itu sahaja perkongsian saya kali ini. Ini bukan review berbayar. Saya menulis kerana saya sukakan ketenangan di tempat ini dan saya faham ibu bapa nak bawa keluarga berjalan tapi terhad kepada taman tema sahaja. Mungkin boleh cuba ke Janda Baik. Ada banyak chalet dengan pelbagai rate harga juga. Bercuti di hotel memang best, tetapi pagi kita terkejar-kejar nak pergi breakfast takut lewat nanti habis pula. Bagi yang bercuti beramai-ramai terpisah pula anak-anak tinggal di bilik yang berlainan. Bila pergi ke tempat yang ala-ala homestay kita lebih relaks, boleh goreng/ masak/ buat air anytime, dan berbual anytime di ruang rehat yang disediakan. Anak-anak pun happy. Saya rasa kalau kita pergi bercuti kita sebenarnya nakkan ketenangan, betul tak?

Baca Part 1 Cuti Janda Baik Di Sini.

Ok jumpa lagi. Contact En Din Anjung Teres Villa (012-2892317) ni kalau nak bercuti di Janda Baik.

Kalau korang nak bercuti tapi malas nak drive (nak fly yang senang dan affordable) KLIK SINI untuk baca cerita saya ok. Bye!

9 thoughts on “7 aktiviti best bila bercuti di Janda Baik

  1. Raihanah: Ye best juga Raihanah 🙂

    Titan: Ya memang ada cikgu. Kalau pergi sila update di blog

    Sabree: Alamak ye ke. Itu yang risau juga masa pergi tu

    Khairul Zamri: Boleh tahanlah En Khairul sebab dekat juga
    Dalin recently posted…Tidur saja sayangMy Profile

  2. Saya search Anjung Teres ni tak jumpa lah websitenya. Kat Google map pun tak jumpa.

  3. En. Ikwan : Anjung Teres sedang direnovate. Saya ada hubungi ownernya. No telefon ada di post di atas. Boleh contact mungkin sebulan dua lagi.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge