Tentang pilihan

Hai. Lama cuti? Lega juga ada cuti ni sebab letih juga anak-anak dah sekolah. Barulah saya faham bila cuti sekolah semua orang nak pergi bercuti sebab mak bapak pun letih sebenarnya menguruskan anak-anak. Dulu saya pergi bercuti waktu orang kerja. Rasa rileks tak bersesak sangat. Sekarang takde pilihan sebab takkan nak pontengkan sekolah kan. Dibuatnya ada test ke, exam ke hari-hari last tu, takke haru.

Last week Adik cakap dah lama tak makan cupcake. Saya cakap ok nanti kita beli. Dia cakap nak cupcake yang saya buat. Walaupun saya ni candy buffet planner, tapi semua makanan di atas meja tu saya tempah sahaja. Dari dessert, sampailah ke orang yang mencucuk marshmallows atau buah, saya ada team sendiri. Semua orang ini melalui saringan yang ketat haha untuk jadi vendor saya. Pertama mestilah menepati masa. Saya kalau janji pukul 4 nak keluar maknanya pukul 4 saya dah reverse kereta keluar dari pagar rumah. Kedua mestilah pembersih. Orang yang bersih ni kita boleh tahu dari segi packaging makanan dia dan juga gambar-gambar yang dipost di facebook (selain dari diri dia yang bersih). Ketiga mestilah tidak poyo atau memeningkan kepala saya. Orang yang tak poyo ni biasanya dia tak berapa nak kepochi sangat. Masing-masing faham yang semua orang sibuk jadi buat aje task yang diasssignkan. Saya juga ada team balloon decoration (Chinese), printable designer, table assistant dan juga photographer.

Saya ingat lagi Irfan Khairi beritahu dalam kelas dia, dia cakap nak tahu tak macamana nak kembangkan bisnes kita. Pada satu peringkat bisnes dia (IK) stagnant sahaja. Katakan income bersih dia sebulan RM15k, ia kekal sahaja begitu. Bila dia tanya pada seseorang, orang tu beritahu cuba kongsikan rezeki dengan orang lain. Beri peluang pekerjaan ke. Dari situ rezeki kita mungkin bertambah, insya Allah. Saya pernah lalui zaman semua benda saya nak buat, tapi saya dah belajar dari kesilapan tu. Kadang-kadang kita rasa jumlah yang kita beri tu kecil sahaja, tapi sangat besar maknanya bagi orang lain, lebih-lebih lagi di zaman sekarang ni.

Bila anak saya request buat cupcake, terpaksa ikhlaskan hati buat juga. Kalau ikutkan saya lebih suka dapur tu bersih aje haha. Minggu lepas buat cupcake, hari ini dia request buat kek pula. Seriously buat kek bukan kepakaran saya. Adik ni dia suka hal baking membaking sebab sentiasa tengok video youtube pasal ni. Jadi godek juga untuk buat kek red velvet.

Tip untuk rajin membaking adalah simpan semua alatan baking setempat. Minggu lepas saya dah clearkan kabinet buat satu rak khas untuk barang baking ni. Dulu mixer kat sana, dekat belakang tupperware. Tepung kat sini. Serbuk koko kat sinun. Jadi bila nak keluarkan tetiba demotivated. Sekarang semua dah setempat senang. Resepi simpan dalam fail khas. Tak payah simpan majalah tu karang tengok resipi tu, resipi ni, satu hapa tak buat. Percayalah saya faham sangat alasan korang tu. Tak perlu nak beli set tupperware bagai konon nak completekan set tepung bla3x. Itu semua desakan syaiton untuk membazir. Guna sahaja apa yang ada. Tepung, serbuk koko, gula kaster dan lain-lain saya ikat kemas pakai getah aje. Letakkan dalam satu container (tong) kecil. Jadi bila nak guna, tarik keluar aje container ni dan semua barang basic ada kat dalam tu termasuk baking soda, vanilla essence dan lain-lain.

P_20160208_103820

Bila lihat anak saya buat kek ni dia happy sangat. Kesian pun ada sebab dia tanya banyak kali betulke Mama nak bagi Adik buat kek? Dia cakap nak buka kedai kek. Saya pula cakap:

Adik, nak buka kedai kek boleh. Tapi buatlah kedai kek yang lain sikit —> ini kebiasaan student pernah belajar marketing kena cari niche/ kelainan.

Ok Adik nak buat kedai kek paling hebat yang boleh ajar kawan-kawan adik buat kek jugak.

Oh bagusnya. Maksudnya macam ada kelas buat kek dekat Youtube tu ya.

Apa kata nanti dah pandai Mama buatkan video Youtube untuk Adik —> macamkan pandai sangat.

Betulke Mama? Terus dia sengih meleret-leret.

Saya selalu juga pesan anak-anak saya untuk sentiasa fikir nak bisnes apa. Kalau mereka nampak gambar Irfan Khairi dekat tv akan tanya betulke dulu dia jual aiskrim Malaysia dekat sekolah Mama? Yup memang betul. Macam saya sejak kecil tidak mendapat peluang dan pendedahan dalam perniagaan. Sejak kecil saya diajar untuk memilih kerjaya yang menjanjikan kestabilan seperti kerja kerajaan, doktor atau peguam ke. Hasilnya 3 adik-beradik saya kerja kerajaan dan 2 lagi peguam. Tapi tak tahulah, kalau lihat pada saya dan kawan-kawan saya, kerjaya kami ini memang agak membosankan juga.

Dalam 5 orang adik-beradik, saya sahaja berminat menulis dan terlibat dalam partime biz. Semua ini berlaku dalam 3 -4 tahun kebelakangan ni. Saya rasa kerja full time ni kadangkala mengekang masa dan kreativiti kita juga. Mungkin sisi-sisi lain saya tak boleh bertahan lagi dan terpaksa cari jalan keluar. Kalau buat kerja-kerja partime biz dan menulis saya rasa lebih alive dan gembira. Penat pun tak terasa. Kalau orang tanya tak penat ke buat semua kerja ni, balik kerja hadap ni? Penat, tapi saya gembira.

Saya harap saya dapat memberikan pilihan untuk berniaga kepada anak-anak saya. Cuba elakkan mentaliti nak bekerja dengan orang sahaja. Atau mentaliti kerjaya profesional seperti doktor, peguam dan sebagainya. Sekarang bukan zaman Kasim Selamat yang mak mertua kau nak tanya kau siapa? Majistret? Loyar?

Tidak pula saya cakap pekerjaan tetap ni semua tak bagus. Memang stabil. Ada gaya, ada nama. I always hate the look bila orang tanya Ohhhh awak ni lawyer ke? Orang akan lebih berhati-berhati bercakap sedangkan saya suka belajar dari orang lain. Suka menilai peribadi seseorang itu sewaktu dia tak kenal pun saya siapa. Adakah dia akan menerima diri saya seadanya.

Cuma bila kita bekerja ni, tambahan pula berkeluarga, tidak kira sebesar mana gaji kita, atau berapa hebat title kita, kadang-kadang hati kita terhiris juga melihat keluarga yang selalu terpanggil-panggil kita. Macam anak saya sampai tak percaya dia boleh buat kek dengan saya sebab saya sibuk sangat —> nangis. Baca status Ig Kevin Zahri baru-baru ni sedih juga sebab dia nak berehat 2016 ni nak jadi stay home dad. Bila dia naik kapal terbang sorang-sorang atas urusan kerja, pramugari selalu tanya dia ok ke, sebab mata dia selalu berair (nangis) teringatkan Rio dan Mikaela (anak-anak dia).

Dia cakap “Money (and fame) comes and goes, but you can’t buy time”.

Itu deep. Those parents yang kerja full time will understand this. Infact buat hati kita sayu juga.

Trust me I am so teruk nak kaitkan tajuk dengan isi karangan ni. Harap korang faham. Saya masih bekerja sepenuh masa sehingga hari ni. Setiap pekerjaan kebiasaannya memberikan kemudahan kepada urusan orang lain. Ada kebaikannya.

Cuma beri anak-anak kita pilihan untuk menentukan masa depan mereka. Bekerja full time hanyalah satu pilihan sahaja. Kita semua tahu bekerja sendiri memberikan masa yang lebih fleksibel. Tapi bukanlah tak penat, penat gila kot. Tapi kalau suka tak rasa penat pun, kan. Macam ni dah menaip 1125 patah perkataan rajin pulak korang baca lagi ye hehe.

Jadi, korang ni Majistret ke Lawyer? Ahli muzik?

Janji korang happy sudah. Bye 😉 .

2 thoughts on “Tentang pilihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge