Cuti-cuti di Anjung Teres, Janda Baik, Pahang (Bah 1)

I promised myself that I’ll write a post about bercuti di Anjung Teres, Janda Baik, Pahang ni. Tempat ni best juga sebab saya sekeluarga suka datang ke sini. Kadang-kadang kita pergi ke satu-satu tempat tu for the sake untuk buat anak-anak kita gembira macam theme park ke. Tapi Janda Baik ni memang best ditambah dengan dengan Villa Anjung Teres ni, rasa jatuh hati pulak. Persetujuan nak ke sini dibuat dalam tempoh yang singkat aje. Normah bagitahu ada tempat best, Laila kata nampak macam best dekat fb, saya pun ikut aje. Saya memang tak sempat nak google apa ke cuma tengok gambar-gambar di whatsapp kira oklah tu.

Lepas tu bila ke sana macam best sangat pulak. Mungkin sebab dia bukan hotel kot. Dia Villa. Villa Anjung Teres.

Tapi, kenapa nama dia Anjung Teres?

cuti anjung teres janda baik

Saya rasa Anjung ni mewakili satu anjung menghadap tepi bukit betul-betul di bawah villa ni. Gambar ni memang nampak biasa aje sebab telefon saya kejam haha. Bukit ni menghadap ladang sayur di depan, kiri dan kanan, lepas tu ada anak sungai di bawah tu. Teres tu pula rasanya tanah yang bertingkat untuk tanaman sayur dekat lereng bukit tu. Sebab tu nama dia Anjung Teres. Hagaknyalah hehe.

cuti anjung teres janda baik

Ini pula suasana dekat anjung tu. Memang luas boleh buat barbeku dekat situ. Ada sinki meja kerusi dan semuanya. Cuma masa kami pergi tu musim hujan, kalau tak dinner, breakfast ke disediakan di sini. Oh ya, makanan juga disediakan di sini oleh real chef tapi itu saya cerita kemudian. Anjung ni kiranya pencuri hati Anjung Teres ni lah. Semua orang wajib lepak kat sini menikmati keindahan alam. Kami bertiga ada plan bahawasanya inilah hari tua (erk) yang kami impikan, ada rumah comel di tempat terpencil sambil menghabiskan sisa-sisa hidup. Gittew. Jadi bekerja keraslah kau dari sekarang T_T.

cuti anjung teres janda baik

Ini view dari anjung ke atas, menuju ke bahagian villa. Villa ni dibina mengikut konsep rumah tradisional Terengganu. Kayu-kayan yang digunakan dibawa khas dari Terengganu. Oh pemiliknya seorang peguam, Haji Khairuddin tapi kami panggil En Din sahaja. Lepas tu yang pergi trip kali ni ada 5 peguam (2 bff saya + husband diorang dan saya). Hanya suami saya je bukan lawyer hehe. Lepas tu En Din ni juga pemilik travel agency untuk umrah dan lain-lain. Sebab tu deko rumah ni ada style Morocco ke macam tu. Kira stylelah.

Tapi macamana nak pergi Anjung Teres ni?

Kenangan pergi sini adalah takde line telefon sangat. Kiranya semua plan nak guna waze, gps ke tapi semua tu ke laut. Bila pergi sini rasa macam balik kampung saya aje sebab jalannya kecil yang kampung betul. Sibuk juga call sana-sini tanya kawan Normah yang dah pernah pergi. En Din pula dia memang tak tinggal di sini, dan dia pula pergi umrah masa ni. Tapi akhirnya jumpa juga. Pendek kata cari signboard Saufi Ville, nanti mesti jumpa.

(p/s: En Din, signboard kecik sangat. —> bajet En Din google lepas tu terbaca haha)

cuti anjung teres janda baik

cuti anjung teres janda baik

Ini plan yang suami Normah lukis untuk Laila yang sampai lambat. Saya gelak gila tengok sebab saya, Normah dengan Laila memang tak faham masa tu dengan takde linenya. Sekali ada line berdesup-desup mesej, gambar peta ni masuk, mana tak gelak. Tapi itulah orang lelaki kan (suami Laila) boleh faham lukisan ni. Jalan ke Janda Baik ni mudah aje (ececeh macam ko yang drive) masuk hentian Genting Sempah ada jalan di belakang tu. Pendek kata jalan terus nanti akan jumpa satu pusat tahfiz sejuk hati tengok anak-anak pakai jubah uols, lepas tu jumpa banyak giler signboard (macam gambar Saufi Ville atas tu), jadi korang berada di jalan yang benar. Tapi kalau korang dari Bentong, korang akan nampak sekolah, masjid dan Stadium Frenze tu dulu.

Harus diingatkan jalan naik ke villa-villa di atas ni jalan tanah merah ok, kadang-kadang rasa macam ok ini scary. Tapi bila tengok ada sungai menderu-deru dekat tepi ayoyo luruh hati rasa takut pun hilang. Kira macam cosy yang amatlah tempat ni. Lari dari kesibukan kota gitu. Line telefon kejap ada kejap takde, tapi oklah kata nak rehat kan. Normah kata ada satu resort nama Seri Pengantin dekat sini langsung takde line telefon. Benda ni dah dimaklumkan dekat website mereka. Amboi sangat kan…. hehe.

Gambar-gambar villa ni tak banyak pula saya ambil. Villa ni dijaga oleh pekerja-pekerja En. Din. Ada 4 bilik semuanya, 2 menghadap bukit-bukau, 2 lagi menghadap swimming pool. Tapi swimming pool belum siap ya harap maklum. Sila jangan berangan bangun tidur nak terjun pool. Not yet.

cuti anjung terer janda baik

Semua bilik ada toilet bertaraf hotel, ya dengan hos air haha (sebab kami juga tanya soalan yang sama), 2 towel disediakan. Semua bilik beginilah sama ada pintu atau tingkap yang luas. Semua tanpa grill. Almari, meja solek, penyangkut towel, bantal extra semua disediakan. Memang selesa. Oh En Din ada bilik sendiri di sini, besar, ada jakuzi. Kami nampak sebab bila duduk di anjung nampak jakuzi tepi bilik dia tepi tingkap. Lepas tu ada surau juga di sini. Ini yang mahalnya rumah ni sebab ada surau. Tak semua rumah ada surau kan. Saya suka cara En Din ni walaupun rumah dia besar mana pun, bab yang ini tidak dilupa. Semoga murah rezeki En Din.

Bab dapur. Dapur dia memang sangat selesa. Ada 2 peti sejuk besar, dan 1 deep freezer. 2 dapur memasak, microwave, oven, electric barbeque set, you name it. Kami ambil pakej termasuk makanan sebab tak pasti tentang dapur ni. Takut takde tempat nak simpan barang barbeku ke nanti. Sekali dapur dia memang taraf dapur hotel. Sebab yang memasak adalah chef restoran dari Kuala Lumpur, kawan En Din. Boleh request nak makanan macamana, masakan kampung ke awal-awal waktu buat tempahan. Macam kami tak kisah jadi chef ni akan beritahu menu dan kami akan approve sahaja. Semuanya sedap sangat dan dibuat supaya semua orang boleh makan termasuk kanak-kanak (tak pedas sangat). Chef ni tinggal sekali di sini cuma dia hanya memasak sahaja. Tidaklah dia mengganggu aktiviti kita di sana.

cuti anjung teres janda baik

Sebab hujan, kami tak makan di anjung, makan di dalam. Suasana sebenarnya macam malap-malap masa ni. Romantik uols. Tapi dalam romantik tu saya ketawa sampai nak terperosok bawah meja tu bila bukak cerita lama haha. Budak-budak biasalah turun naik tangga tu enam puluh kali tak penat-penat -_-“.

cuti anjung teres janda baik

cuti anjung teres janda baik

cuti anjung teres janda baik

cuti anjung teres janda baik

Bila bercuti dekat Anjung Teres, Janda Baik, Pahang ni, petang-petang chef buatkan bubur kacang, sandwich, keledek bakar cicah kelapa gula melaka, gorengkan keropok, ada teh tarik, kopi, memang best lah. Makan aje kerjanya. Chef ni baik tau, sentiasa tanya ok tak masakan dia. Berdiri masa awal-awal kita makan tu dekat tepi dan tanya Ok tak? Ada komen? Masalahnya memang sedap, sampai kami dah tak tahu nak jawab apa dah sebab sibuk nak makan. Hari esoknya ada menu kari kepala ikan, nasi lemaklah. Memang sedap. Kalau dinner selalu ala western, lunch biasanya Melayu sikit. Motif kau nak lupa diri? —> tetiba.

cuti anjung teres janda baik

Ini ruangan menonton, dilengkapi Astro dan set karaoke. Malam tu mereka tengok final bola Kedah vs. Selangor (iye ke), petang layan Tamil sebab suami Laila fanatik, kira terteleng-teleng kepala jugak tengok lagak ngeri filem Tamil ni. Rupa-rupanya dialog filem Tamil ni menyentap hati uols. Bak kata Laila, terus-terang tapi menusuk ke kalbu gitu hehehe. Dengan masing-masing ada anak, kami bertiga pun bercakap macam kuat jugalah. Mana nak ketawa, mengatasi suara filem Tamil, anak-anak cargas lagi haha memang seronok. Kalau turun anjung nak bergosip mesti ada escort kecik ikut. Adoi memori betul. Dulu lain, sekarang lain. Tapi orangnya sama, memorinya masih sama.

cuti anjung teres janda baik

Set karaoke En Din yang mantap dan pasrah hehe.

Oklah dah pukul 12 lebih ni, esok saya kerja. Gambarnya banyak yang tak sempat masukkan lagi. Nanti saya akan sambung Bah 2 yang ceritakan aktiviti kami di sini yang paling best, piknik dan mandi sungai, apa yang boleh anda bawa untuk pergi piknik ni dengan mudah, berapa harga pakej penginapan ni dan semuanya. Affordable dan dekat juga Bentong ni. Saya bayangkan macam 3-4 jam dari KL. Alih-alih dah sampai hehe.

Untuk sementara waktu ni, boleh check out fb page Anjung Teres KLIK SINI. Baca review dan lihat gambar-gambar di sana.

Dari fb page tu, anda boleh nampak gambar Anjung Teres dari atas, dan jakuzi yang saya ceritakan. Di sini semua tetamu dilayan dengan sangat istimewa terutama dari segi sajian makanannya. Oh jangan lupa lihat dapur dia yang besar. Nak memasak pun boleh sebab kelengkapan semua cukup cuma kena bayar penggunaannya. Kami ada aje goreng sendiri frozen food sebab askar kan ramai, buat kopi teh semua takde masalah. Semua barang pun ada disediakan. Boleh guna anytime cuma maklumkan sahaja.

Kalau ada yang tak berapa suka pergi tempat yang hiruk-pikuk, suka tempat yang relax, dan nak isteri berehat dengan tenteram, mungkin boleh belanja si dia ke sini. Kanak-kanak pun suka sebab ada ruang yang sangat luas. Di atas villa ni ada ruang kosong ala beranda yang anak-anak kami main bola lagi. Sesuai juga nak buat majlis hari jadi, atau small family gathering. Boleh meeting, usrah atau buat apa-apa aje. Ada gambar di fb page tu yang En Din buat sesi solat tarawih dengan pelajar tahfiz di sini. Bila fikir-fikir semula, memang sejuk tempat ni, suasananya sejuk (atas bukit), dekat pula dengan pusat tahfiz. No wonderlah En Din ni rajin melabur membina rumah di sini. Letih tinggal di KL katanya. Saya faham Encik Din, saya pun letih juga kadang-kadang.

cuti anjung teres janda baik

Saya tulis entri ni supaya orang lain dapat merasai kegembiraan yang saya lalui di sini. Bukan hanya gembira, saya berasa tenang melihat keindahan alam ciptaan Ilahi. Rasa kecil melihat gunung-ganang. Terima kasih kepada En Din kerana membina tempat sebegini yang sangat sesuai untuk orang seperti saya yang rasa sesak dengan suasana yang bingit dan orang yang ramai. Anak-anak saya sangat gembira dan tak sabar nak datang lagi. Paling seronok jumpa BFF saya. Ini adalah priceless. Lama sangat saya tak ketawa macam tu, percayalah kadang-kadang kita pun terlupa nak ketawa juga. Entah apa yang kita cari di dunia ni, kita pun tak tahu.

p/s: Korang En Din dah tutup fb page Anjung Teres tu rupanya tapi villa ni masih beroperasi dan korang boleh stay dekat sini juga. Contact En Din di 012-2892317 ok.

Jumpa lagi di sambungan Cuti-cuti di Anjung Teres, Janda Baik, Pahang (Bah 2) —> (KLIK SINI)

2 thoughts on “Cuti-cuti di Anjung Teres, Janda Baik, Pahang (Bah 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge