Awak kat mana?

Salam.

Baru-baru ni ada orang tanya saya Awak kat mana?

Kat mana maksudnya mana saya yang dahulu. Yang menulis dengan gembira dan riang-ria.

Sebenarnya saya ada aje. Cuma terlalu sibuk. Adik masuk darjah 1, Aiman pula Darjah 5. Yang ada anak sekolah faham bagaimana ibu bapa ni bersilat bila anak sekolah. Kalau dulu saya uruskan seorang, sekarang dua. So far adik ok pergi sekolah cuma dia ni perfectionist sikit. Barang tu susun kemain kemas lagi dalam beg. Pensel tajam aje, kaler semua cukup. Macam pagi tadi saya tanya kenapa pensel tinggal 2 dia cakap bahawasanya Shakirah kehilangan pensel. Jadi dia telah pinjamkan pensel. Tapi Shakirah telah lupa pulangkan pulak hihihi. Begitulah gelihatinya dia sampai tutup-tutup mulut ketawa pagi-pagi subuh tadi. Cara penceritaan pulak begitu bergaya dengan tangan bagai. Saya cakap adik boleh tak bercerita sambil pakai tudung. Tak boleh katanya. Oh my genetik siapa pulak diikutnya suka buat persembahan bagai ni, suka bercerita. Hakak ke? Hehehe.

Aiman sentiasa cool. Pensel ke apa sentiasa cukup. Bila tengok ada 2 pensel kontot tak berasah. Bila ditanya dia kata Oklah tu Mama, abang ok je guna pensel pendek. Homework jika ditanya kali pertama tak ada. Bila tanya Iye ke abang takde homework? Nak Mama check beg ke? Oh tiba-tiba ada homework Matematik, banyak pulak tu. Aiman yang tak nak beg gambar kartun lagi nak macho katanya. Sentiasa main bola di mana-mana. Gembira sangat kalau malam Sabtu ada game bola kat tv. Sentiasa terangkan Mama inilah pemain import JDT sekian sekian bila baca paper. Beli magazine bola, komik bola kampung, tampal poster bola. Kadang-kadang tengah tengok tv tiba-tiba dia slide kat depan sambil kata Ha Mama inilah caranya menggelecek bola. Hari tu pergi pemilihan bola tak terpilih pulak. Saya cakap:

Aiman tahu buku Ulu Yam di Liverpool tu. Dulu dia suka bola tapi tak pandai main. Tapi Aiman tahu tak akhirnya dia dapat pergi ke Liverpool tengok live kat sana. Tinggal lagi kat sana. Jadi tak kisah kita suka tapi tak pandai main ke, yang penting kita usaha ok —> relevan ke nasihat ni OMG T_T

Ada sekali saya tanya:

Aiman bola ni sangat penting untuk Aiman?

Ya Mama sangat penting.

Berapa penting?

Paling sangat penting.

Ok boleh tak janji buat 1 benda ni Mama janji takkan kacau minat Aiman ni.

Boleh.

Solat 5 waktu, awal-awal. Itu aje. Nak main bola ke apa ke, mesti solat dulu. Boleh?

Ok Mama.

Saya rasa dia minat bola seperti saya suka menulis. Bila dia cerita pasal bola dia macam gembira sangat. Balik sekolah penat-penat terus main bola. Bila orang tanya kenapa saya dah tak menulis macam dulu saya rasa saya tenggelam dalam kesibukan saya sendiri. Kadang-kadang sampai lupa nak senyum. Menjadi pekerja, usahawan dan ibu pada masa yang sama memang bukan mudah. Tapi kenapa saya tak boleh jadi macam Aiman, sentiasa gembira mengejar mimpi dia?

Jadi bila orang tanya saya Awak kat mana? Mana Diana yang menulis dengan fun dahulu?

Saya ada aje kat sini 😉 .

2 thoughts on “Awak kat mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge