You are still my favorite hello – Part 2

Hai. Salam.

Hari ini 14/1/2016 harijadi MK, Mak Kintan atau orang yang saya panggil Tantan atau Atan.

Mesti dia ingat saya lupa sebab tak wish dia. Lupa? Mustahil. Lupa harijadi dia seperti saya lupa nak makan. Mungkin berlaku tetapi jarang-jarang bergantung kepada keadaan mental. Mesti dia check blog ni tengok saya ingat ke idak ye. Hai Atan 😉 .

Atan, happy birthday yang ke 27 (aww muda lagi hehe).

Beberapa hari lepas baca balik post harijadi kau tahun lepas, dan ia masih post yang bila baca ketawa + nangis juga. Terima kasih kau sering menerima sifat-sifat ke neng yatimahan aku seadanya. Walaupun kau sering merasa tertekan aku menyebut nama kau hampir di setiap post, but i can’t help it haha.

Atan terima kasih kau ada tahun lepas masa aku decide berhenti menulis kat sana. Kau cakap macam joging, kalau kita suka buat sesuatu, kita akan buat juga, tak kira susah macam mana pun. Alasan cuma satu cara kita menyedapkan hati kita. Kalau kita suka, kita suka. Kita akan rindu buat perkara yang kita suka. Rasa gembira, bebas di angkasa. Wah macam burung pulak aku ni haha.

Tan tan, aku tahu kadang-kadang waktu kau ada problem aku takde. Aku  macam senyap sebab inilah perangai introvert. Tak suka interfere takut orang tak suka. Tapi aku tahu kau akan melepasinya like a boss, dan doa aku tak pernah putus untuk kau. Bila dalam doa aku sebut, “…kawan-kawanku”, kau adalah orang yang namanya jelas dalam ingatan aku.

Walaupun kita berbeza, kau comel aku comot, kau extrovert panjat gunung lari-lari bagai – aku introvert, ada perangai-perangai kita yang dimenyampahi orang lain, kau tetap terima aku seadanya. I will always be thankful kerana mempunyai kawan seperti kau.

Aku takde apa-apa. Hanya tulisan sahaja. Dan persahabatan yang tulus ikhlas. Gittew.

Happy birthday darling. Semoga segala kebaikan di dunia dan akhirat diberikan kepada kau. Aku ingat masa birthday aku kau tulis “I love you since 1995. Masih belum expired my love for you”. Bergenang juga mata membacanya. Tak sangka pulak ada orang yang sayang aku lama-lama gini despite the perangai and such.

Happy birthday. Love ya.

p/s: You will always be my favorite hello!

Untuk baca Part 1 You Are My Favorite Hello klik sini!

5 thoughts on “You are still my favorite hello – Part 2

  1. lambat sgt dah..huk huk..baru dpt baca post ni. maafin buk. kerjaya ini memang mengerah tenaga buruh seperti aku. terima kasih & i feel honoured for this special post. rasa tak sabar nk peluk ko. lama sgt tk jumpa.

    kalau ade mende nak mengadu tu silalah ngadu cepat2. sbb aku ini sgt bias org nye. org2 yg disayangi je aku suka nk dgr adu domba nye. aku sentiasa menunggu phone aku berbunyi2 dari message/whatsapp ko.

    introvert ke extrovert ke..jangan pervert sudeh… hehe.. ana..ana…

    aku sayang ko dari ko bukan siapa2 pun dulu ana. sampai lah ko somebody skrg ni. it comes natuarally. takde syarat marat. aku just sayang ko. rasa bertuah sbb aku kenal ko dah lamaaaaaaaa…. ko lah kawan aku dr zaman sblm milenium sampai skrg. dari zaman batu sampai zaman gen y.

    org yg istimewa mungkin tak selalunye dekat di mata….tapi sentiasa melekat & dekat di hati.

    i love u my friend!

  2. MK : Hahaha aku suka bab bias tu. Kaulah satu-satunya kawan tempat aku bermanja haha. Dengan yang lain aku menjadi macho2 gitu padehal hmmpffttttt. Aku rasa setiap kawan ada purpose yang tersendirilah Tan. Seperti kata kau kita kawan dari zaman batu hinggalah zaman gen y. Lawak-lawak bongok kita yang entah apa-apa tu, kita aje yang paham.
    Sekarang pun bukan sapa-sapa, masih dak Ana yang dulu, yang discreet, introvert. Suka pulak aku perkataan introvert ni.
    “Orang yang istimewa mungkin tak selalunya dekat di mata, tapi sentiasa melekat dan dekat di hati” —> memang betul.
    Orang yang istimewa akan melepasi ujian masa, jarak, dan ada ruang yang istimewa dalam hati kita, selama-lamanya.
    Happy birthday Tantan. Semoga aku panjang umur menulis Part 3 tahun depan. Kalau tak baca aje balik post ni selagi website ni masih ada, and keep on running ok. Aku doakan kau dapat bermarathon ke seluruh dunia 🙂 .
    Dalin recently posted…Awak kat mana?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge