Standing in the eyes

Assalam. Salam Maulidur Rasul.

Sukar betul saya nak menulis berkenaan konvo saya ni. Hidup seperti roller coaster juga sekarang dengan travelling, persiapan sekolah, partime dan semuanya. Selain itu, saya juga dah melepasi fasa blogging honeymoon, kadang-kadang rasa saya patut berhenti blogging untuk tumpukan perhatian kepada kerja menulis saya yang terbengkalai. It cuts like a knife bila pergi grup penulis lihat semua orang bekerja, menghantar artikel, editor terbitkan, cikgu komen artikel. If only you can understand my feeling…

Tapi saya terhutang budi kepada 2 orang yang mengingatkan saya supaya terus menulis di sini. Nanti saya beritahu siapa ya.

Konvo saya? Ia majlis yang sangat indah bagi saya. Kami masuk ke dewan diiringi muzik gamelan. Saya kagum ini adalah majlis konvo yang sangat moden juga dengan live band atau orkestra ke nama dia? Setiap penganugerahan akan diselang-selikan dengan persembahan koir. Ingat tak saya bekas penyanyi koir/ nasyid sekolah? Saya betul-betul enjoy koir moden ni walaupun ada yang kata sumbang ke tapi apa de hal sangat dengar ajelah. Saya rasa cool apa dapat nyanyi time konvokesyen, persembahannya menarik pula tu. Saya kan jiwa retis sukakan persembahan hehe.

Perasaan saya? Macamana ya nak terangkan. Dahulu saya konvo Mak saya tak datang sebab diserang strok. Saya ingat lagi saya tahan menangis masa saya tanya “Mak cantik tak Ana pakai baju konvo ni Mak?” Mak saya cakap cantik biasalah mak-mak kan memang bias haha. Saya ingat lagi Mak saya minta maaf dia tak dapat datang konvo saya lebih kurang 13 tahun yang lepas. Begitu juga kali ini, 3 bulan lepas Mak saya diserang strok. Saya ingat saya call cakap “Mak Ana nak pergi konvo ni. Oh tahniah selamat bergembira ya. Pandainya anak Mak!” Saya menangis so i cut short the conversation. Mak adalah antara insan yang tidak pernah lupakan saya di dalam doa dia, sentiasa percaya saya dalam apa jua yang saya buat. Sentiasa.

Kesimpulannya saya gembira sangat jumpa kawan-kawan lama. Tetapi ada kesedihan yang saya tidak tahu datang dari mana. Lagu-lagu live band pulak boleh tahan sentimental. Bila kita lihat orang bergerak terima anugerah, ucapan Vice Chansellor tentang menuntut ilmu, ada kesayuan juga dalam hati. Kesayuan yang tidak dapat saya terangkan dengan kata-kata.

Tapi lagu koir Standing In The Eyes Of The World memang buat semua orang terdiam. Saya rasa semua orang memang menghayati sepenuhnya lirik dia. Betapa susahnya untuk kita berada di tempat kita berdiri hari ini hanya kita dan Tuhan sahaja yang tahu. Saya terbaca Insta (sekarang hakak minah Insta uolss haha) Dr. Anwar Fazal dia tulis lebih kurang begini, kadang-kadang kita lihat kejayaan seseorang itu sangat mudah, sedangkan kita tidak tahu sudah berapa kali dia jatuh terjelepuk, menangis, meraung dan berputus asa. Sudah berapa kali dia hendak berhenti tapi dia bangun semula. Kita tidak tahu. Kalaupun dia beritahu kita tak akan faham.

Cuba hayati lirik lagu Standing In The Eyes ini. Sebenarnya setiap apa yang kita lalui membentuk diri kita pada hari ini.

Oh bila waktu kami naik pentas lagu live band adalah lagu Anak Kampung- Jimmy Palikat, my favorite song. Kami enjoy the moment, antara grup paling bising di dewan siap fewwit-fewwit member naik pentas. Bila nama program disebut sibuk nak tepuk tangan beria. Grup lain takde pun. Antara grup lain yang kepoh adalah grup Diploma Psiko. Haha motip sangat kan sama dengan grup saiko. Grup kami Professional Diploma in Internet Business dan Marketing Strategies di bawah Irfan Khairi adalah grad paling ramai sekali. Hence, the kepohness.

Saya kongsi gambar di sini sahaja. Saya tak pernah kongsikan di mana-mana. Sebab saya rasa kita semua tidak mengenali kecuali kawan-kawan baik saya hehe. Sebab blog ini sangat istimewa juga.

IMG-20151222-WA0117_1
Perasan tak saya seorang je pandang tempat lain, 3 dari kanan.

 

IMG-20151222-WA0040

Saya dan suami. Pipi memang makmur ya haha. Tudung instant plain 2 muka dari Benang Hijau. Sesuai untuk muka debab macam saya sebab dia meregang @ menyesuaikan diri hehe. Untuk tudung harga RM34 yang selesa, mudah dan cepat saya memang suka. Coverage pun ok sopan juga. Cuma kena pakai inner neck boleh beli kat pasar malam RM10 je uols 🙂 .

Sehari sebelum konvo MK hadiahkan pen cantik untuk harijadi saya dengan pesanan “Teruskan menulis dan supaya kau boleh sign cek dengan yakin”. Hehe MK is such a sweetie pie and a cheer leader. Love you long time!

Kemudian tengah tunggu grup photo waktu konvo saya check emel dapat emel dari silent reader Hidayah. Hai Hidayah if you read this. Mata saya bergenang membaca emel awak. Awak, seperti nama awak memberikan sesuatu rasa kepada saya untuk terus menulis di blog ini. Terima kasih kerana membaca cerita-cerita saya. Cerita saya biasa sahaja tiada apa yang hebat pun. Kadangkala saya menangis dan ketawa sewaktu menulis di sini. Terima kasih mengambil masa menulis kepada saya. Jika pada bila-bila masa awak terdetik menulis sesuatu kepada seseorang, tulis sahaja. Ia pastinya bukan satu kebetulan. It may means the whole world to her.

Tq MK dan Hidayah serta semua pembaca blog ini.

Bye 😉 .

4 thoughts on “Standing in the eyes

  1. Seorang ibu atau ayah kalau boleh ikut ank2 kemana2 mmg diorng akan ikut kecuali mereka tak mampu..itupun merka usaha sedaya mungkin spy anak xrasa sedih. Saya dulu pun convo dgn kwn2 je..

  2. Husna: Saya memang dgn kawan-kawan. Dulu kereta ayah rosak dekat tol, tumpang kereta member. Tapi oklah kan, janji kita habis belajar. Thnx Husna 😉

    Titan: Murid kepoh biasanya cerdik cikgu haha

    Azwan : Yalah memang bersemangat mendengarnya masa tu lah. Harap berterusan 🙂
    Dalin recently posted…You are still my favorite hello – Part 2My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge