Best quotes 2015

Hai. Bila dah hujung tahun ni saya lihat kembali folder media/ images blog ini.

Ada beberapa kata-kata yang saya gemari, ini 5 yang saya paling suka.

Saya sedar saya ada beberapa perangai menjengkelkan seperti suka kepochi berkenaan Tazkirah net. Kalau artikel keluar atau cikgu puji tu bukan main kepoh lagi haha. Sejujurnya saya memang teruja tentang apa jua cerita penulisan. Gaya kepoh tu macamlah saya ni penulis terkenal kan. Maafkan saya. Saya memang begini kadang-kadang. Insya Allah tahun depan dah tak lagi. Tazkirah net kekal istimewa di hati saya 🙂 .

Saya kumpulkan begini jadi senang saya baca sekali-sekala. Apa jua cerita penulisan tahun ini sudah pun menjadi sejarah. Tahun baru nanti harapannya agar saya lebih serius untuk menulis. Sudah cukup saya main-main menulis selama setahun. Menulis sangat dekat di hati saya tak tahulah nak terangkan bagaimana. It is indescribable.

i gave you 10
Tak tahu kenapa tapi saya paling suka ini. 10 ringgit. Deep!

 

Screenshot_2015-08-22-13-28-32_1
Ini komen tak disangka guru penulisan saya. Saya simpan kemas di dalam hati.

 

just write
Yang ini sedikit sebanyak terangkan sifat degil saya. Apa yang disebut selalu saya cuba jadikan teras dalam penulisan saya iaitu honest dan as best you can.

 

magazine girl
Saya selalu terpegun dengan cerita yang mendalam dan meninggalkan impak tinggi. Saya rasa bila kita suka membaca satu-satu genre kita akan terikut-ikut. Saya suka bercerita tapi cerpen bukanlah minat saya. Macamana tu?

 

genius dari syurga
Ini pesanan dari penulis buku Genius Dari Syurga. Salah satu buku kegemaran saya.

2015 sudah hampir berakhir.

Tahun ini tahun penulisan yang penuh warna juga. Saya bersyukur diberi peluang untuk menulis. Susah juga mencari gaya penulisan yang tersendiri ni. Apa yang penting perlu terus berlatih.

Saya tutup kisah penulisan tahun ini dan akan mulakan cerita yang baru.

Bye. Oh post tentang tempat bercuti tu saya akan buat. Gambar terlalu banyak susah hendak pilih. Malas pun iya hehe.

Jumpa lagi.

7 thoughts on “Best quotes 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge