Dalin ali 360

Hai.

Semakin kurang saya menulis di sini.

Perkara paling sweet bila kita tulis blog adalah bila stranger emel kita tanya pasal content blog. Kita macam oh berguna juga blog aku ni syukur ke hadrat Ilahi T_T .

Ada beberapa kali orang yang saya kenal Whatsapp tanya saya ke yang tulis blog sekian, sekian? Last week pembeli ebook saya mesej ada seorang kawan dia warga Korea baca blog ni dan minta dia lihat post tentang dekorasi dan DIY. Sekali macam kenal bila lihat gambar adakah saya atau theyols panggil Kak D? Saya macam nak masuk dalam laci sebab orang Korea itu belajar Bahasa Malaysia tinggi di sini dan baca pula blog kau yang Bahasa Malaysia tahap dibenci guru panitia SPM ini???? Oh maafkan saya pembaca dari Korea 🙂 .

Hari ni ada seseorang pula emel saya tanya tentang projek DIY dan spray saya. To be frank semua spray tu suami saya yang buat. Seringkali beliau lupa mengambil gambar step by step. Rupa-rupanya sebelum spray kena gosok dengan kertas pasir dulu ya uols tapii… jangan risau. Saya sudah meminta beliau mengambil gambar alatan seperti cat, spray, water jet dan lain-lain. Saya adalah mastermind semua projek tetapi execution DIY dan teknikal adalah di pihak beliau. Nanti saya update okey.

Saya rasa post blog ini berkaitan dekorasi ada sambutan juga. Deko memang dekat di hati saya. Lama juga tak update bab deko ni tapi saya berazam untuk melebihkan post yang berguna di blog ini.

Saya sebenarnya ada impian mendapat 360 pelawat unik sehari di blog ini. Ia dikira dari Januari hingga Disember. Kononnya secara purata saya dapat satu pelawat unik yang berulang setiap hari. Entahlah kalau nak tahu peguam ni out sikit bab Matematik jadi jangan pertikaikan kiraan saya ya haha. Tapi Matematik Moden saya A1 okeh sebab Cikgu Adibah best dan kelakar. Poyo kan belajar nak cikgu yang best, kelakar baru kau nak belajar rajin-rajin. Add Maths cukup-cukup kredit sebab (jangan teka/ serkap jarang berdosa uols)…

Ada masanya ada 300+ pelawat sehari, ada harinya 200+ sahaja. Jadi secara kasarnya saya gagal juga mendapatkan 360 pelawat unik sehari sehingga Disember. Tapi tak apalah. Matlamat tu kena ada walaupun saya ni nampak main-main aje kan.

Saya tak kisah siapa baca blog cuma jangannn jumpa saya tanya tentang Elsa/ Olaf, kenapa akak menangis hari tu, kenapa akak takde idea. Just don’t. Baca aje. Kalau tanya depan-depan saya rasa saya akan jump and die on the spot (buat-buat berlakon aje). Saya tahu geng-geng saya ni baca. Ada si private investigator, inspektor sahab, fashion stylist semua saya tahu. Saja bagi hint baca blog saya ya. Baca aje ok. Saya segan kalau orang yang saya tak jangka baca.

Saya baru balik bercuti. Tempatnya cantik, dingin seperti Cameron Highland. Tenang. Bayarannya tak mahal dengan layanan yang sangat baik dan tempat yang sangat selesa. Saya pergi dengan kawan-kawan saya. Ada masanya saya ketawa sampai tak keluar suara sampai nak terperosok bawah meja makan bila mengenang memori kitorang dulu. Dengan ada kawan yang kerap hilang ingatan (short term memory loss) lagi. Saya rasa lama sangat saya tak ketawa macam tu. Sampai sakit-sakit perut.

Dalam perjalanan balik dari tempat ni saya tanya Papa:

“Pa, katakan satu hari nanti, Mama jadi penulis terkenal..

Ok…

Tak tahulah terkenal tulis apa, tetapi penulis terkenal yang misteri….

Okkkkkkk…

Boleh tak kita datang sini supaya Mama boleh siapkan manuskrip Mama tu? Mungkin sebulan ke? Boleh tak Pa?

Boleh darling….”

Gittew. Haha. Berangan kau jadi penulis terkenal yang misteri hehe. Tak tahulah manuskrip apa tu haha. Novel memanglah out.

Jangan layan ya saya ni kuat berangan. Berangan kan free.

P_20151211_152951

Kononnya menaip manuskrip kat bawah tulah. Sambil minum kopi. Yang lain pergi naik basikal, mandi sungai, main paint ball bagai. BFF pun semua ada takkan dilupa hehe. Korang boleh karaoke terutama inspektor sahab dan isteri wakaka.

Nanti saya update ya, in sya Allah. Oh saya kalau bercuti jangan risau tak mahal sangat, bukan oversea, boleh naik kereta sebab saya dan geng bawa anak-anak juga. Sesuai untuk keluarga dan keadaan ekonomi sekarang. Tunggu ya 😉 .

Bye.

4 thoughts on “Dalin ali 360

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge