You know you are a tech savvy when….

Hai.

Tech savvy ni macam seorang yang tahu banyak perkara tentang teknologi moden

Saya? Memang taklah. Dulu ada komputer di universiti guna untuk taip tesis aje. Ingat lagi dulu semua orang pergi cyber cafe chatting IRC bagai. Tapi geng-geng saya malas pulak, malas bersiap agaknya. Kitorang chat juga, tapi live tepi longkang depan bilik Meen, atau di bilik Laila yang pembersih. Nak datang bilik dia, dia akan cakap, ok bagi aku kemas sapu jap pastu leh datang. Lela ni punya pengemas asyik menyapu bilik, koridor sampaikan orang percaya dia adalah anak makcik sapu blok haha. Punyelah lurus Che Ta (bukan nama sebenar) pergi percaya. Laila i know you are laughing reading this.

Saya tengok youtube maybe sejak setahun lepas. Itupun sebab kena create satu video untuk assignment. Video tu dah hampir 1500 views rasanya. Ipad tak reti guna, saya prefer handphone lagi pelbagai.

Sekarang saya ada satu sifat annoying dalam diri bila pergi kedai, kedai tu tak terima debit card saya tension. Kalau kedai runcit tu saya faham. Ini kedai yang besar sikit macam supplier barang baking ke. Dah lah charge GST, lepas tu tak terima debit card. Tahu kan orang perempuan ni tak boleh bawa duit lebih nanti gigih sangat shopping. Kalau guna debit card tu kita sempat beristighfar wajarkah pembelian ini Diana Ali???

Ada sekali saya jalan lenggang-kangkung masuk minimarket. Pastu beli syampu dekat department toiletries. Lepas tu bila nak bayar kau hanya menemui berkeping-keping resit dalam wallet. Terus tanya ada debit machine tak kat sini? “Atas RM50 boleh ya”, dengan tegas kakak itu menjawab. Oh buat apalah nak beli syampu bagai sampai RM50 daripada asalnya belas-belas ringgit je? Lepas tu minta maaf cakap tadi saya isi minyak tak perasan duit dah habis. Dia hanya tersenyum simpul. Saya jalan dengan insaf keluar department tengok sekali lagi dalam wallet sekali tadaaa.. ada 50 ringgit. Pelik tau tadi cari memang tak ada, tiba-tiba ada. Terus pergi bayar. Rasa bersyukur lega sangat pun ada. Selamat dari rasa segan.

Kita rasa kita terjebak juga dalam arus pemodenan bila kita pandai gunakan online banking di mana-mana.

Saya ingat lagi dulu saya memang tak pandai IT ni tau kalau tersalah save file tesis rasa nak meraung aje. PC tu memang digunakan untuk tesis sahaja, dan tengok cd cerita romantik. Tengok Kuch Kuch Hota Hai dulu bagai nak banjir Kolej Rahim Kajai UKM beberapa orang ni berendam air mata. Lepas tu Norzie buat aksi Titanic di hujung kapal tapi kali ni tepi tangga kolej sambil yang lain berdekah-dekah ketawa sampai meleleh air mata haha. Tahu kan ada ketawa yang sampai tak keluar bunyi lagi sampai sakit-sakit perut. Oh happynya kami masa tu. Memori ini gantikan memori chatting IRC kami. Kami tak chat online, kami ketawa bersama-sama.

Teknologi ni bagus juga. Ia memudahkan. Artikel terbaru saya tentang teknologi. Saya pun tak faham kenapa saya suka pilih tajuk yang susah dan di luar kemampuan diri. Ia macam spontan aje terus submit tajuk. Lulus pulak tu T_T. Bila tulis artikel saya selalu tulis harapan dan expectation saya kepada artikel tu dulu. Atau pesanan macam ni kat atas sekali di bawah tajuk:

Be santai, segar, not cliche, not predictable, jangan nak poyo good2 sangat.

Kita rasa kita terjebak dengan teknologi  bila kita rasa nak bawa laptop ke mana-mana. Senang nak emel ebook, quotation, google perkara yang terlintas di fikiran, taip artikel, senang nak blogging dan macam-macam lagi. Bila di mahkamah saya selalu fikir kalau saya ada laptop sebesar handbag kan best yang ringan, boleh bawa ke mana-mana, baterinya sentiasa penuh sebab malas bawak charger. Apa saya ni kononnya dah jadi minah IT kew?

Tapi IT IT pun bila orang tanya,

“Kak, akak ada Instagram?

Errr… takde.” T_T

Helloooo penting sangat ke Instagram ni?

Ya saya tahu jawapan dia cuma macam takde jodoh lagi…

Bye..

4 thoughts on “You know you are a tech savvy when….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge