Bagaimana atasi kulit muka berminyak?

Hai. Saya kan sejak akhir-akhir ni hadapi masalah ni, kulit muka berminyak. Dulu tak ada pun. Saya bajet sebab cuaca tapi bila hari mendung pun macam berminyak juga. Memang rasa tak selesa sangat. Saya ni walaupun keadaan diri tu malas-malas nak mekap bagai tapi mengambil berat juga penjagaan kulit wajah. Gittew. Iyalah dah lah diri kau tu comot, muka berminyak pulak apa kes? Dia konsepnya biar comot tapi comel eh! Gurau-gurau je uols 😉 .

Kulit muka saya tidaklah bermasalah seperti berjerawat sangat. Kadang-kadang ada juga jerawat miang haha tapi kadang-kadang sahaja. Tahu kan orang perempuan ada hari dia nak mekap-mekap, dress up bagai, ada hari dia malas, membenci dan prejudis terhadap semua orang hehe. Jangan salahkan weols dia, salahkan hormon. Kalau dia mekap-mekap kat rumah tetiba sangat tu, cakap aje dia yang tercantik di daerah uols. Settle. Dia akan gembira selama 24 jam berikutnya.

Oh berbalik kepada masalah kulit muka berminyak ni. Tiba-tiba aje hadir dalam hidup saya tau. Seperti di ambang umur 36 ini. Ya saya belum 36 ya, baru 35 tahun. Saya lahir Disember (hint ni uols) jadi dari sekolah saya selalu jadi adik bongsu yang dimanjakan dalam kelas. “Siapa lahir Disember??? Diana cikgu! Wah ni lah adik bongsu kita”. Kembang hidung! Sebab tulah saya ni kememeh sikit tau, manja sebenarnya tapi kena buat-buat tough sebab selalu kena buli dengan abang masa kecik. Lepas mengadu kat Mak biasanya saya nangis kat bawah rumah. Tapi kat depan abang macho aje. Air muka nak kena jaga uols -_-” .

Ok bila kulit muka berminyak ni, macam-macam masalah lah timbul kan. Mekap kau yang sediakala tipis tu sememeh, pori-pori muka pun terbuka, lepas tu keluar pula bintil-bintil minyak. Tambah mendukacitakan, ada pulak macam freckles atau parut pada muka. Lepas tu tak boleh pula pakai sebarang toner, moisturiser sebab muka akan jadi lebih berminyak. Saya memang malas tapi beli juga lepas tu buat perhiasan. Setiap kali tengok tv pelakon sebelum tidur sapu losyen bagai saya cemburu ok. Saya tak sempat. Saya cuci pinggan. Saya menaip di lap top. Sebenarnya kau malas, itu aje. Macam-macam alasan hehe.

Kulit muka berminyak ni menjelang tengahari aje sentuh muka wah ni goreng ikan ke apa? Saya pula ada bad habit suka tenyeh white head jadi makin banyak pula tu. Ini stress oke. Jadi saya merewang ke blog Maria Elena. Terjumpa video ni. Comel lah dia ni. Kelakar pulak tu. Selamba aje. Speaking. Natural beauty. Video ni ambil masa juga tapi tengoklah kalau free ya. Siapa tak biasa mungkin pelik sikitlah. Nama blog dia pun peliks.blogspot kan. Tapi lihat saja skill dia buat video ni semuanya telah dirancang sebenarnya. Ada video dia telah ditonton lebih dari 500k viewers.

Walaupun tip ni untuk kulit kering, tapi kulit saya pun kulit kombinasi. Ada bahagian yang kering juga. Jadi saya ringkaskan tip dia ni ya.

  1. Toner – Shue Eumora
  2. Moisturiser – Nutox
  3. Scrub – St Ives
  4. Sun block – Banana Boat

Ok toner, moisturiser dan sun block tu memang saya tak pakai. Selain dari tak jumpa, saya pun malas hehe.

Cuma saya amalkan scrubbing muka, setiap hari juga gunakan scrub sedia ada brand Syahirah. Syahirah ni saya amalkan lama juga dari pencuci mekap, gel pengelupasan, pencuci muka dan skrub. Jadi tak perlu susah-susah guna sahaja produk yang kita dah ada sampai habis, baru beli yang lain. Produk Syahirah ni saya dapat tahu dari blog Hanis Zalikha dulu-dulu dia buat skincare tutorial dia sebut gel pengelupasan Syahirah. Saya macam eh dia ni glamer gila tapi guna produk local/ murah macam ni mesti bagus. Gitulah gaya nak tiru selebriti aje uols. Nasib berkesan haha.

Saya mengelak guna moisturiser dan sunblock sebab ia memang akan jadi oily. Tapi teringin juga kan nak mekap tipis yang ala-ala natural. Motif nak pergi window shopping muka pucat menakutkan orang ramai? Mekap tipis  tu bolehlah sekadar nak nampak berseri sikit kan. Saya terjumpa produk Mages ni yang fungsi dia mengawal minyak dan menutup pori muka. Mula-mula macam skeptikal juga tapi baca testimoni macam cepat kering, tutup pori muka macam menarik aje kan. Dia bertindak macam alas kepada mekap juga. Mekap kalau nak tahan lama memang perlu alas dia yang dipanggil primer ke base apa tu kan. Jadi, saya cubalah guna. Yang penting dia kena cepat kering, tipis, tak melekit dan nampak cantik. Banyak songeh pulak kau ni.

testimoni mages atasi kulit muka berminyak
Mages ni untuk menutup pori bagi kulit wajah berminyak

So far memang puas hati lah. Dia cakap 10 minit tapi saya rasa ia kering dalam masa tak sampai satu minit pun. Jadi kalau bersiap tu memang cepat. Lepas tu dia wangi, saya suka. Basically dia bertahan di muka kita dalam 5-6 jam jadi just nicelah sebelum waktu solat yang seterusnya. Saya suka sebab pakai sikit je, lepas tu sapu bedak 2 way cake aje pun dah siap. Saya mekap simple sahaja, kalau biasa waktu kerja ada bb stick, eyeliner, blusher, lipstick. Itu sahaja.

Sejak pakai Mages ni baru rasa minyak di muka tu terkawallah. Rasa fresh aje kalaupun mekapnya tipis aje.

atasi kulit berminyak dengan mages
kulit yang berminyak ni kena guna base make up yang sesuai

Muka saya ni kalau sesiapa pernah jumpa saya memang tak flawless pun, ada dark circle lagi sebab selalu berjaga malam, hantu menaip hehe. Di tepi pipi tu nampak kan ada bintil-bintil minyak kecil ada banyak juga mungkin sebab  cuaca panas dan kulit saya sensitif juga sebab ada resdung. Tak boleh cuba-cuba pakai mekap sembarangan nanti alergik. Saya juga ada freckles/ kesan-kesan hitam. Gambar ni tak diedit. Saya cuma guna krim Mages, dan bedak 2 way cake sahaja. Sinaran cahaya tu pastilah cahaya nur melimpahi wajah akak eh gurau aje ya. Biasalah kita ambil gambar di tempat yang terang kan. Masa ni nak pergi dating, saya memang malas yang amat nak mekap kalau keluar jadi cuba pakai krim Mages dan powder pun dah oke. Suka! Muka memang nampak fresh dan selesa aje walaupun kita keluar dengan family.

Tapi kan, baru-baru saya baru disedarkan tau kenapa muka wanita berminyak di usia 30-an. Ada seorang perunding imej ni beritahu saya bahawasanya muka kita ni berminyak sebab kulit kita semakin lama semakin kering disebabkan usia/hormon. Jadi minyak ini keluar untuk melembapkan wajah agar dapat mengimbangi kekeringan tu. Saya perasan bahagian dahi saya agak berpeluh dan bahagian tu juga yang paling tak bermasalah. Perasan tak minyak atau peluh tu mencuci kekotoran dan melembapkan muka kita. Yang kita asyik merungut muka berminyaklah apa lah kan. Muka yang kering akan buatkan kita cepat nampak berusia. Semua yang berlaku mesti ada sebabnya kan waima setitik minyak atau peluh pun. Yang penting kita berusaha untuk berhadapan dengan keadaan tu, sama macam hidup ini juga.

Oklah. Panjang pulak tip saya kali ni kan. Produk penjagaan kulit ni kita boleh dapatkan di farmasi sahaja. Cuma krim pengawal minyak Mages ni saya dapatkan di SINI. Harga dia RM99 guna untuk 2 bulan macam tu. Beli guna Whatsapp lagi senang di 017-6466170. Perempuan biasanya malas isi borang kan saya tahu. Saya sebelum guna produk saya suka tengok fb page sebab nak lihat testimoni dan macamana seller dia melayan customer. Saya pilih yang baik-baik dan sopan-santun jew. Bajet retis oke. Customer is king/ retis hehe. FB page dia INI.

Oklah jangan lupa scrubbing setiap hari dan jaga muka ok. Guna aje apa yang kita ada dulu. Oh saya juga amalkan supplemen kulit vitamin B,C dan E Shaklee. Boleh beli dari Emalin yang baik hati selalu komen di sini. Kadang-kadang saya buat masker dari putih telur. Oke itu saja tip bagaimana atasi kulit muka berminyak saya. Bye!

One thought on “Bagaimana atasi kulit muka berminyak?

  1. Eh I saw my name..
    hihi

    Untuk muka ni memang kena pakai skin care yang bersesuaian dengan kulit. Ada yang rasa kulit mukanya berminyak padahal kering sebenarnya. Punca sebab salah pakai produk. Sebaiknya try buat ujian kenal pasti jenis kulit then kita pilih produk yang sesuai ikut jenis kulit kita..
    emalin mohd recently posted…Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge