Simple act, huge impact

Assalam.

P_20151130_082424

Penghantar kad handmade ini mungkin tak tahu kad kecil ini sangat memberi makna kepada saya.

Sebagai poyo peringkat atasan, saya masih lagi simpan sampul dan slip poslaju kad ni. Biasalah sentimental…

Saya kadang-kadang ada juga terima kata-kata orang lain secara online yang hargai kerja-kerja penulisan saya. Tapi yang orang tak tahu saya ni adalah orang yang paling tidak percaya pada diri sendiri. Orang cakap lepas tu tak percaya. Orang cakap apa, hati kecil?

Apa yang ada pada diri saya mungkin sifat konsisten. Itu sahaja.

Kadang-kadang konsistensi ini pergi dibawa angin juga. Macam sekarang.

Kad ini, kali pertama seseorang menghargai kerja penulisan saya secara fizikal. Ia ditulis, dipos kepada saya.

Saya letak di tepi meja, kadang-kadang baca semula.

Kadang-kadang saya cakap “Diana tulislah lagi. Janganlah berhenti/ buat-buat sibuk/ buat-buat lupa. Please!”.

Di sebalik gerombolan dokumen (resit, buku, printouts, diari dll) di tepi laptop di rumah, ada kad ini.

Ia sentiasa ingatkan saya untuk menulis.

Omel angat pulak Tazkirah net ni hantar kad. Lepas tu ada hadiah lagi. Nangis saya sebab masa tulis artikel tu kadang-kadang ada terfikir kenapalah aku bersusah-payah begini tapi dah segera bertaubat. I mean why on earth I still get appreciation like this?

Rindu sangat nak menulis sebenarnya.

Saya tak pernah harapkan apa-apa. Mungkin ini cara Dia menyapa hati saya untuk terus menulis. Insya Allah.

Jumpa lagi ya. Bye.

2 thoughts on “Simple act, huge impact

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge