When I look into your eyes…

Kadang-kadang saya mula menulis di sini tanpa tajuk. Macam kali ini 🙂 .

Ada sesetengah perkara saya perlu menulisnya sebab mungkin nak melatih diri menulis sesuatu yang saya fikirkan, atau yang datang dari hati.

Kebiasaannya saya menulis di sini sebab saya tak nak lupakan apa yang saya pelajari dari satu-satu moment.

Saya seorang observer kepada moment, apa pengajaran yang boleh saya dapati. Saya kurang kisah orang pakai barang brand apa, kereta apa, mekap dia, kaya ke dia.

Dari semalam saya teringat tentang pendermaan organ. Dah lama nak daftar tapi tak daftar-daftar juga. Tiba-tiba teringat sangat.

Pagi ni capai buku Diagnosis 2 sebab nak baca semasa tunggu turn di mahkamah. Pergi mahkamah ni bosan yang amat ya harap maklum. Kena sampai awal sebab ambik nombor, lepas tu setakat tunggu 1-2 jam tu biasa. Kalau takde geng boleh mati kering. Kenapa kena tunggu? Oh sudah pastilah sebab pihak atasan bermesyuarat, jamuan, vvip turun dari Putrajaya, saja-saja mula lambat sebab awal sangat nanti ada peguam yang sampai lewat dari mahkamah lain. Begitulah adanya.

Jadi pagi tadi saya sambung baca Diagnosis 2.

Dr Anwar Fazal as expected – penulisan yang hebat.

Dr Fatin Liyana – kali ni saya kurang impress. Kali ni baru saya faham betapa bahasa caca marba (seperti diri ini T_T) tak sesuai untuk penulisan buku. Kita macam “Eh, ini aje ke yang dia tulis?”. Menulis blog secara santai ok, menarik saya pun suka baca. Tetapi menulis buku adalah satu level yang lain. Pembeli datang dengan satu expectation dan menulis secara biasa-biasa bukan satu pilihan yang baik. Tapi ini pandangan saya sahaja ya. Abang Naz Ulu Yam di Liverpool pun guna bahasa biasa sahaja tapi hebat. Saya pun tak tahu pula nak terangkan bagaimana.

Dr Mafeitz – Oh ini hebat! Ada beberapa bahagian yang buat mata saya bergenang juga. Ada satu cerita tentang gadis bernama Fiona yang accident. Fiona seorang pelajar perubatan, bapanya seorang doktor. Fiona telah mendaftar untuk derma organ jika apa-apa berlaku pada dirinya. Walaupun dah mendaftar, bapa dia, seorang pesara doktor masih membantah apa-apa organ anak dia diambil sewaktu anaknya koma (sudah mati otak sebenarnya). Memang kesian lihat doktor guna skill ‘breaking the bad news’ untuk beritahu keluarga bahawa pesakit dah meninggal dan untuk prosedur ambil organ begini. Keluarga biasanya tak boleh terima, baling barang dan mengamuk. Tapi, baca ayat dari ibu Fiona ini memang meruntun rasa:

“How could you ask me to give our baby away, I want all of her if she is dead.

I carried her for 9 months and I don’t want any part of her not to be with her”. 

Ending cerita Fiona ni buat mata saya merah juga. Ia unexpected, sedih tapi gembira.

Saya selalu terfikir kalaulah saya tiada, adakah orang yang akan memeluk anak-anak saya seperti saya lagi.

Kadang-kadang terfikir siapalah akan jaga mereka. Teruk kan saya ni?

Sedangkan Allah s.w.t menyayangi kita lebih dari ibu kita sendiri, mengapa pula saya nak mempersoalkan siapa yang akan jaga mereka nanti. Astaghfirullah.

Saya rasa pendermaan organ adalah perkara yang sangat mulia dan mendamaikan.

Kita patut mendaftar jika bersedia dan maklumkan kepada keluarga kita.

Saya pernah baca satu kisah orang ni terima banyak darah sewaktu dia kemalangan.

Selepas sembuh dia akan pergi ke satu-satu tempat seperti kafe, muzium dan sangat familiar dengan tempat tu. Sebenarnya dia tak pernah pun pergi ke situ sebelum ini. Perkara ini jadi sangat misteri hinggalah satu hari dia dapat tahu bahawa darah yang dia terima dahulu adalah dari seseorang yang suka pergi ke tempat-tempat itu. Memang ada beberapa kes begini, sesiapa yang menerima organ kadangkala dapat merasakan sesuatu yang tidak dia fahami.

Saya fikir kalaulah saya tiada lagi, kalaulah keluarga dan anak-anak saya merindui saya, it will be very nice kalau mereka bertemu dengan orang yang mempunyai mata saya.

Mungkin anak-anak saya boleh kata,

“Boleh tak awak renung saya, jadi saya boleh rasa Mama saya memandang saya?”

Atau,

“Can you hug me? So that I can feel my mother’s heartbeat again?”

How nice is that?

Daftar derma organ DI SINI.

Pendermaan organ akan selama-lamanya mengajar anak kita tentang falsafah memberi. Walaupun setelah kita tiada.

Boleh beli Diagnosis 2 di sini. Best! Kita akan lebih respect pengorbanan doktor dan nurse. Dan membuatkan kita sentiasa ingat appointment kita yang satu ni -MATI.

Good morning. Bye 😉 .

2 thoughts on “When I look into your eyes…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge