Berapa ramai yang kita ada?

Salam.

Terima kasih membaca lagi. Harap bertabah dengan pergolakan emosi akak ya haha.

Saya ni macam ni lah. Suka ketawa, mudah terhibur. Dengar radio pagi-pagi orang buat lawak/ prank orang pun terkekeh-kekeh ketawa dalam kereta.

Tapi bila sedih tu sedih juga. Tapi sekejap aje.

Oh baru-baru ni saya terima berita saya akan konvo 22.12.2015 ni.

Konvo ni adalah untuk Professional Diploma in Internet Business and Social Media Strategies under OUM & Irfan Khairi.

Tapi dipanggil Award Ceremony. Panggilan Award ni mencetuskan emosi juga ada yang nak juga dipanggil Konvo. Ada yang nak pakai flat hat, black hat ala yang orang campak-campak bila dah habis konvo tu kan.

Saya tak kesah pula. Bak kata geng-geng saya asalkan konvo sudah. Motif kau nak bertindak remaja muda-mudi campak-campak topi bagai?

Belajar course ni to be frank mahal juga, tapi ia berbaloi. Bak kata seorang kakak, tambah sedikit boleh pergi haji dah hehe. Berbaloi sebab setiap modul belajar dan ditrain selama sebulan. Ada 9 modul. Saya memang jenis yang kena belajar dan buat tugasan. Kalau pergi kursus sahaja mungkin kurang sesuai bagi saya. Dan Irfan Khairi adalah forever nice and a very humble public figure.

Kos untuk kursus ni alhamdulillah dah dipulangkan kepada saya melalui penjualan ebook saya. Penjualan ebook ini masih menjadi pasif income saya sehingga hari ini.

Bercakap tentang program ini, saya sertainya secara spontan sahaja.

Dalam hidup ni kadang-kadang kita tak tahu ia akan bawa kita ke mana. Kita doa supaya diberatkan hati kepada sesuatu yang baik, dan ikut sahaja langkah kaki kita.

Bermula dari hari saya kata “Oklah saya nak belajar internet marketing ni”, hidup saya penuh dengan warna-warni.

Kita ikut sahaja flow yang kita rasa baik dan percaya itu adalah jalan terbaik untuk kita.

Saya bersyukur ditemukan dengan orang yang baik-baik sepanjang dan selepas program ini. Kadang-kadang tak disangka-sangka pun ya. Ia adalah priceless 😉 .

bestfriends

Ini konvo terakhir saya pada 2002. Yang perempuan semua dah berisi (tapi cantik), except yang lelaki tu kekal haha. Well, life is not fair kan.

Akhir-akhir ni geng saya asyik mesej cakap bila nak jumpa.

Jadi kita arrange satu percutian. Tapi walaubagaimana arrange pun, biasanya perjumpaan semula ni tidaklah sama dengan apa yang kami tempuhi mungkin 15 tahun lepas.

Kita mungkin ada ramai kawan di facebook, orang yang like post, hantar komen yang mencuit hati. Kita ketawa baca.

Tetapi selepas itu kita akan merasa kekosongan yang tidak terperi.

Kita masih perlukan kawan untuk berkongsi rasa. Kawan yang kita nak cerita kenapa kita ni lapar aje haha. Adakah ok kita nak makan pizza malam ni, tak gemuk ke nanti? Dan dia akan kata ala pergi je makan, kan dah teringin. A confidante.

Seberapa ramai kawan online yang kita ada, kita tetap teringat orang yang naik bas dengan kita. Kawan yang duduk satu line dalam dewan kuliah. Kawan yang ketawa sama-sama sampai sakit-sakit perut tahan. Kawan yang duduk sebelah masa kita jatuh cinta pandang pertama hehehe.

Kawan yang tahu sebenarnya kita ni sewel tapi kita sembunyikan. Yang tahu kelemahan kita, cerita-cerita yang jarang kita ceritakan.

Kita rindukan kawan yang itu. Yang dulu kita susah, takde pun rumah, duit atau kereta, tapi kita boleh ketawa bahagia.

Kawan yang walau kita pakai jeans GA Blue, t shirt BUM besar gila (XL), beg kain dan sandal Vincci, kita masing-masing rasa kita adalah paling cantik di daerah jajahan UKM Bangi merangkumi Kajang.

Tahu tak ada orang boleh buat kita senyum dengan hanya menghantar beberapa mesej sahaja. Walaupun kita tak jumpa pun dia. Mereka ni pencuri senyuman.

Saya ada beberapa orang Alhamdulillah.

Jadi, berapa ramai agaknya kawan online to your heart  begini  yang kita ada?

Kalau tak ada pun tak apa, pasti kita ada kelebihan yang lain kan.

Jumpa lagi. Bye.

3 thoughts on “Berapa ramai yang kita ada?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge