I heart running

Hai.

P_20151121_081213

Pagi semalam pergi joging. Saja nak show off gambar ni hehe.

MK cakap kalau kita ambik gambar kasut joging kita, and proud to post it online, maknanya kita adalah runner. Iye ke hehe.

Takdelah saya dah lama tak lari. Rinduu sangat. Bila park kereta kat taman kan, kalau boleh nak lari terus turun kereta tu. Tapi warm up penting ya, jalan kaki dulu dalam 50 langkah, gerakkan tangan, lepas tu lariiii…. Cikgu PJ jangan nak komen ok, ini warm up orang malas hehe.

Bila lari rasa macam lega sangat. Semua orang macam ada haluan sendiri. Rasa macam fresh tau. Kadang-kadang bila rasa sibuk sangat, saya memang rindu saat-saat ni.

Sibuk juga akhir-akhir ni. Anak-anak semakin membesar, mak ayah dan saya semakin berusiaย dan saya juga ada kerja-kerja yang lain. Menulis juga dah jarang. Part of me sangat rindu menulis artikel tetapi saya betul-betul tiada masa. Jadi sekarang saya buat jadual untuk kerja-kerja saya setiap hari. Ada hari blogging, penulisan dan sebagainya. Ini bermakna saya akan jarang menulis di sini.

Normah mesej saya kata dia beli buku 365 Dr Anwar Fazal kerana baca blog ni. Tahu tak saya selalu terfikir untuk menutup blog ni? Mungkin lebih daripada 100 kali saya berfikir macam tu.

Kadang-kadang segan juga merepek merapu di sini, tapi saya lihat masih ada yang membaca. Dan jumlah semakin bertambah pula setiap hari.

Saya baca setiap komen, hargai setiap satunya.

Ada yang pm personal kata follow blog saya.

Ada komen yang buat saya tersenyum, ada yang kata saya nampak skema ya. Suka hatilah saya tak marah pun ๐Ÿ™‚ .

Sebenarnya hari-hari pun saya datang ke sini.

Saya sendiri pun tak tahu berapa lama lagi saya akan menulis di sini. Blog ni istimewa juga. Banyak kenangan di sini. Saya berlatih menulis juga di sini. Tanpa blog ini, tiadalah penulis dengan nama pena Dalin Ali di Tazkirah net.

Kebanyakan unique visitor datang dari post yang ada SEO (search engine optimisation). SEO ini saya belajar dari guru-guru yang sangat saya hormati antaranya En Titan yang ada lalu-lalang di sini hehe.

Screenshot_2015-11-22-17-07-33

 

Screenshot_2015-11-22-17-09-17 (1)

Saya lihat kebanyakan post berbentuk review, tip dan dekorasi selalu dapat visitor jadi mungkin saya akan tumpukan ke arah ni nanti. Insya Allah.

Terima kasih membaca blog ini ya.

Saya selalu beritahu kan, saya hargai semuanya, walaupun anda mungkin singgah sekali, atau silent reader sahaja.

Jumpa lagi. Bye ๐Ÿ˜‰ .

6 thoughts on “I heart running

  1. Sedih pulak baca komen ni. Nak tutup sebab macam tiada halatuju, motivasi, segan pun ya.
    Tapi bila baca komen-komen kadang-kadang kelakar juga.
    Dah lah tak pergi blogwalking.
    Eh tapi akak suka blog awak, rasa macam ada geng.
    Tak semua orang boleh menulis dari hati, selamba je macam awak.
    Akak suka.
    Keep on writing okay.
    Penulis biasanya tak akan give up.
    Kita slow kadang-kadang, kita stop sekejap, tapi takkan give up.
    Motivasi pulak akak pagi-pagi ni haha.
    Motivate diri sendiri ๐Ÿ™‚
    dalin ali recently posted…I heart runningMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge