Teh halia, limau suam

Hai.

Akhirnya cuti sekolah pun bermula.

Lagi nak cuti lagi sibuk tau. Bila dah cuti ni banyak juga nak fikir. Oh tapi tak apalah, buat ajelah pelan-pelan semua —> malas nak cerita hehe.

Setahun sekali, or kadang-kadang 2 kali, saya akan keluar dengan bos untuk buat courtesy visit klien-klien kami.

Bos saya ni sebaya bapa saya, nama pun sama. Biasanya orang ingat saya ni anak dia. Orang kata muka pun sama, kulit cerah, orang katalah, saya tengok saya ni hitam aje hehe.

Bila jumpa klien, yang banyak bercakap dia. Saya ni kat sini aje pot pet, tapi kalau jumpa penyegan juga. Senyum saya pandai. Tak tau nak cakap apa, sengih. Saya pernah dapat kad raya tau kata senyum saya ni manis, eh! Ia dari kawan perempuan lah, Chinese, dia tulis begini “Hai Diana, I don’t know whether you still remember me. But, I always remember you the girl with the sweetest smile”. OMG jangan pengsan uols baca statement ni haha. For obvious reason, i kept the card raya. Sometimes I read it, sengih sebab ada juga orang kata senyuman saya ni manis ye haha.

Boss saya ni baik tau. Bila jumpa orang dia akan kenalkan saya sebagai anak dia, my daughter, my partner, padahal memang takkk. Saya ni cuma pekerja dia sehaja. Saya kerja dengan dia tahun depan bulan 5 masuk 10 tahun. Pekerja yang lain ada yang 20 tahun lebih, yang lain belas-belas tahun. Tiada apa-apa yang mengikat, tiada janji pencen ke, tapi dia mengikat kami semua dengan humanity atau sifat kemanusiaan.

Bila masuk umur macam saya ni, berkeluarga, apa yang kita harap dari pekerjaan adalah fleksibiliti dan kepercayaan. Bos saya terima kalau keluarga kami sakit, kami perlu bercuti, ada perangai huru-hara masing-masing. Ofis saya bising biasanya dengan gelak ketawa staf macamkan takde masalah dekat ofis tu. Macam recently saya jumpa kawan, Mak dia baru kena stroke juga, saya cerita pengalaman saya sikit-sikit, dia cakap “Kau bolehlah Ana, ofis kau OK nak cuti-cuti ni. Ofis aku?” Bila dengar orang lain bos garang atau tak peduli hal staf ke saya faham sebab saya pernah ada bos macam tu. Tiga tahun saya kerja macam tu. Saya faham sangat. Hari-hari rasa nak tender resignation.

Bila balik dari jumpa klien ni bos saya biasa ajak minum. Dia order teh halia, saya limau suam. Kita share cerita pasal nasi lemak tersedap kat Melaka, dua-dua hantu nasi lemak. Kalau makan nasi lemak, mesti sambal lebih, kalau tak, tak habis. Dengan dia rasa seperti keluarga, kami sekampung dari Masjid Tanah, Melaka. Cerita pasal anak-anak, ekonomi, politik sikit-sikit. Dia tahu saya ni bongok sikit politik jadi dia pandai je adjust supaya tak bosan. Saya membesar dulu ayah saya garang sangat, tak rasa fatherly figure ni sangat. Kalau nak keluar negara dia mesti sms saya dari airport pesan “Diana please take care of the office ok”. Sentiasa ingatkan bila nak kena puasa sunat, fotostatkan doa-doa, bagi Diari Muslimah awal tahun. Sentiasa.

Ofis saya biasa aje sebenarnya. Kami pernah rasa fail banyak sangat masuk sampai saya pun tenggelam di meja saya, hinggalah sikit aje kes masuk sampai rasa pening macamana nak buat ni. Bila macam tu bos suruh baca doa tu, doa ni, positif sangat dia. Kami tak lah besar sangat, tapi kami gembira. Siapa yang kerja di ofis saya aje faham keadaan ni. The happiness. Bukanlah sepanjang masa gembira tapi kami memang ceria. Ada masalah jangan risau, kita yang buat dia. Tak boleh handle, baru bagitau bos haha.

Kalaulah anda seorang bos atau superior, tambah sedikit sifat humanity dalam diri. Sekali-sekala ajak staf keluar minum dan bercerita perkara yang out of box. Tanyakan hal keluarga dia. Bos yang baik saya kira adalah pada staf yang gembira bekerja, ada gelak-ketawa tak kira ada problem atau tak, dan staf yang sangat setia. Kalau pun staf itu berhenti, sentiasa ada kenangan manis tentang bos dia. Saya rasa untuk dapat title bos yang baik itulah, kena ada sedikit human touch.

Saya sentiasa bersyukur ada bos yang sangat baik, dan mengingatkan saya tentang kehidupan “di sana” juga. Saya doakan bos anda baik-baik juga, dan anda juga jadi bos yang baik ya. Kalau dia heartless, doakan dia 😉 .

Jumpa lagi. Bye.

3 thoughts on “Teh halia, limau suam

  1. Emalin : Haha tu ayat wajib bab masak atau apa-apa aje. “Apa nak risau, kita yang buat dia….”

    Aretikz : Hahaha. Perempuan dewasalah. Jacqueline nama dia.

    Ye eh rezeki ke. Kadang-kadang lupa. Alhamdulillah.
    dalin ali recently posted…I heart runningMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge