Hey, you’ve got mail!

Assalam.

Semalam adalah hari ulangtahun pertama saya menjadi penulis. 17/11/2014 artikel pertama saya diterbitkan.

Dan semalam saya terima 3 bungkusan hadiah 🙂 . Sebenarnya 2 tu bukan hadiah, sendiri beli haha.

  1. Saya terima hadiah yang menghargai kerja-kerja penulisan saya selama setahun. Perasaannya? Bergenang air mata.
  2. Kawan baik saya Mazni hantar produk Sambal Tok Tok dia yang saya order. Rasanya? Meleleh air mata sebab podeh haha. Mazni ni saya jumpa dia beberapa kali je tapi dah nak habis belajar baru close sangat sampai sekarang. Jenis geng yang kalau kita sekolah or dorm sama dulu kita pasti jadi BFF yang mengannoyingkan hehe.
  3. Buku Diagnosis 2 dan 365 tulisan Dr. Anwar Fazal sampai. Saya memang die hard fan Diagnosis (1) tapi entah macam mana saya memang tak sempat beli sekuelnya. Tapi weekend lepas saya ke blog Fatin Liyana, klik link yang diberi, dan beli.

Dan buku-buku ini saya terima pada 17/11/2015 – hari ulangtahun penulisan saya.

Apa perasannya baru membaca buku 365?

THE ANSWER.

Buku ini hampir memberikan semua jawapan, atau quote yang saya kira diberi bukan oleh calang-calang orang. Beliau memuliakan ibunya, dan mempunyai asas paling kukuh dalam menghadapi setiap perkara. Asas ini mudah dan ditekankan sebanyak 365 kali (ironinya setahun 365 hari) dalam 365 muka surat. Ada quotes dan luahan hati pendek.

Ada cerita pendek, pesanan ibu, kisah manis mereka yang menunggu jodoh yang belum tiba, bagaimana untuk merasa cukup dengan apa yang ada, bagaimana merasa dunia ini hanyalah tempat persinggahan semata-mata.

Membacanya ada bahagian yang membuat mata saya bergenang, adakalanya saya menangis.

Membaca buku 365 ini kita akan teringat-ingat quote yang tadi, dan membacanya semula. Ia susah nak habis dibaca betul-betul 🙂 .

Menjadi seorang penulis hebat begini bukan mudah. Bila kita baca buku ini kita akan faham mengapa Tuhan meletakkan beliau sebagai penulis hebat begini. Saya kira beliau mencatit walau sekecil-kecil perbualan/ perkara yang menyentuh hatinya dan ya memang mempunyai teras yang sangat kukuh dalam dirinya.

Ia adalah buku yang sangat bagus.

Ia akan buat kita tunduk dan menyeka air mata yang menepi.

Berminat membeli buku ini? Saya rasa ia dijual di website sahaja. Walaupun katanya perlu emel resit bayaran (sebab saya lakukan bank transfer), saya tetap terima buku walaupun masukkan no tempahan sahaja ke dalam emel notification. Penghantarannya cekap sebaik sahaja terima notifikasi mereka terus packing.

Kalau sukakan quotes macam saya, dan buku comel sebesar tapak tangan (dan jari-jari) dengan luahan hati pendek, dan gambar yang juga comel, style dan cantik, boleh beli DI SINI!

365 Dr Anwar Fazal

365 Dr Anwar Fazal

Jumpa lagi. Saya nak berdating dengan Diagnosis 2 pula nanti.

Bye.

365 Dr Anwar Fazal

2 thoughts on “Hey, you’ve got mail!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge