Artikel ke 11 dan throwback

Assalam.

Hari ni artikel saya yang ke 11 diterbitkan di Tazkirah net.

Serius tak sangka artikel ke 11 dah….

Artikel ni paling susah sebab memang takde idea lepas tu siap ada tukar ke Plan B bagai hehe.

Satu tahun yang lepas, saya bukan siapa-siapa, tak pernah menulis secara serius untuk mana-mana pihak waima majalah sekolah, kecuali untuk exam.

Setahun lepas, artikel saya yang pertama diterbitkan pada 17.11.2014. Saya ingat lagi saya senyum ketap-ketap gigi suke sangat bila ketua editor jadualkan ia diterbitkan pada bila-bila tu. Sebenarnya nak melompat buat perangai huru-hara komen gembira sangattt dekat fb group tu tapi mujur masih ada sifat-sifat segan lagi terpuji haha.

Saya sentiasa ingat MK komen di artikel pertama saya. Komen tu dah hilang sebab website dah diupgrade.

Dan MK orang yang ingatkan saya tentang ini bila saya betul-betul nak putus asa sebab takde idea di artikel ke 5. Sebenarnya saya dah decide nak tarik diri dah. Sayang MK forever.

Screenshot_2015-03-25-17-26-28_1

Dan artikel ke 5 tu dikatakan telah viral oleh pemilik Tazkirah net.

Oh artikel ke 11 ini ideanya datang dari pengalaman dan pemerhatian saya.

Tentang si Bobby di kedai makan yang suka duduk dekat kaki saya. Tidur nyenyak actually. Suka-suka hati bagi dia nama Bobby hehe.

P_20151106_112944
Perangai sangat si Bobby Deol ni. Kau ingat kasut akak tu katil, skirt tu comforter?

Tentang kawan saya Kak Linda yang selalu bungkuskan makanan untuk Pak Guard di mahkamah. Sebab dia kata Uncle selalu makan lambat jaga parking. Karang uncle sakit perut camne?

Tentang satu post En Titan yang ceritakan kisah-kisah bersedekah, bayarkan orang yang beli nasi lemak di belakang kita. Saya cuba cari entri tu semula di blog beliau tapi tak jumpa. Ingat nak copy paste idea lain tapi tak jumpa pulak hehe. Patutlah En Titan ni murah rezeki. Sila contohi uols.

Bagi saya menulis ni kita kena menjadi diri kita sendiri. Sesuaikan dengan keadaan. Belajar dengan sesiapa sahaja.

Berlatih setiap hari.

Banyakkan membaca tulisan yang bermutu. Bermutu in the sense kita suka baca dia tulis tu. Kelakar ke, serius ke, rasa dilempang ke, kita akan baca sampai habis. Kadang-kadang sampai takut terlepas apa-apa ayat. Kaji skill dia tu. Kenapa tulisan dia begitu berpengaruh?

Setahun yang lalu saya bukan siapa-siapa. Hingga sekarang juga. Masih anonymous.

Setahun yang lalu saya berimpian menjadi penulis, sekarang saya seorang penulis – yang masih belajar.

Tak pernah termimpi pun beribu-ribu orang akan membaca artikel saya.

Bagi saya kalaupun seorang sahaja membaca dan mengambil manfaat daripadanya pun saya dah cukup gembira.

Terima kasih kepada pemilik Tazkirah net yang baik budi menerima kehadiran saya. Beliau sangat dikenali tetapi suka tidak dikenali sebagai pemilik. Ada sesetengah orang menggunakan segala kepakaran dan kekayaannya untuk mengingatkan orang lain. Ini kita kena cemburu. Saya akan sentiasa support Tazkirah net selagi diperlukan, insya Allah. Terima kasih kepada semua yang membantu saya dari awal lagi, mereka yang memberi tanpa mengharapkan ucapan terima kasih.

Nak baca artikel saya yang terbaru ni, penutupnya cikgu saya puji tau, nak juga beritahu tu hehe.

KLIK SINI!

Untuk lihat full profile penulisan saya satu tahun ini:

KLIK FULL PROFILE INI!

Terima kasih membaca blog ini. Saya sangat-sangat menghargainya walaupun saya tak sempat blogwalking.

Bye.

# The 11th article was written in loving memory of Atuk, Haji Said bin Ahmad

2 thoughts on “Artikel ke 11 dan throwback

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge