Tentang menjadi berbeza

Hai.

Aiman dah dapat result periksa. Rasanya ada A, B, C dan D kot.

Subjek BM 1 pemahaman dapat 92. Ini memang follow trait saya sukakan bahasa. Tapi BM 2 dia 50. 50 tu apa C ke D cikgu-cikgu sekalian?

Sebagai blogger yang ala-ala pantang diberi tajuk penulisan, saya agak terperanjat jugak like kau dah kenapa Paper 2 ni dapat 50????

Bila tengok paper tu nak ketawa pun ada. Karangan bergambar 20 minit, 2 muka, dia buat 5 baris ayat aje. 5 gambar kan, 5 ayat.

Ada satu tajuk tu kena senaraikan moral daripada cerita, moral Aiman sungguh skema, 5 ayat juga.

Kalau Mama buat adalah tak cukup 2 kajang tu agaknya haha, siap ada quote dari screenshots lagi —-> motip?

Jadi Aiman bermasalah menulis ya?

Solusinya adalah saya akan ajar dia blogging selepas ni, menulis setiap hari. Dah lama janji nak buatkan blog tapi hmm itulah, menanam tebu di pinggir bibir beginilah. Dia ada koleksi cerita tulisan dia sendiri seperti Pengembara Masa, Bola Kampung dan beberapa cerita lagi. Semua tak siap T_T .

Aiman ni sangat istimewa selain dari dia selalu sakit sejak baby, dia pernah patah kaki dan tangan. Patah kaki salah Papa bawa anak main kereta kontrol yang gedabak tu, kereta orang hentam kaki dia pada kelajuan yang tinggi. Aiman tak marah sikit pun. Kemudian patah tangan jatuh dekat sekolah ini saya pernah cerita. Selain tu dia slow masa tadika, cikgu selalu aim. Lambat mengaji, jadi saya ajar dia mengaji hingga dia masuk Al Quran sampai sekarang ada ustaz khas ajar dia. Saya tak sampai ke level itu lagi.

Dulu dia kelas kedua, saya ajar hingga dapat masuk kelas pertama. Banyak sungguh kenangan dengan Aiman. Aiman macam Papa soft spoken orangnya, susah nak marah. Kebanyakan kemahiran ikut saya, suka bahasa, menyanyi, tapi dia suka Sains (ini memang bukan saya).

Bila dapat result begini, dia mungkin akan turun kelas agaknya. But it is okay. Sistem sekolah hari ini buat saya pun tertekan apatah lagi kanak-kanak. Kecil-kecil dah ada pointer. Sekolah agama dia ok rata-rata dapat A dan B. Dia selalu cakap Mama abang suka belajar agama. Saya cakap bukan belajar aje Aiman, mestilah amalkan. Mama lebih suka Aiman biasa-biasa aje tapi baik hati, hormat orang tua. Kadang-kadang anak kita dah beritahu dia suka apa, kita yang buat-buat tak dengar.

Untuk menjadi berbeza, terima anak-anak kita seadanya. Saya lihat Aiman seorang yang aktif bersukan, satu-satunya orang yang minat bola di rumah saya. Selalu tengok bola malam Sabtu happy sangat gayanya. Terangkan Mama inilah JDT nama pemain dia blablabla.

Dan dia seorang pemegang talipinggang merah taekwondo. Ini saya memang bangga sebab cita-cita saya yang tak kesampaian untuk dapat black belt. Kadang-kadang time hangin adalah jugak threaten nak melepuk dia bila buat perangai (mother of the year haha) tapi awas dia akan menangkis dengan tangan dia. Cekap okeh padahal orang acah-acah aje. Saya cakap wah Aiman perasan tak selalu belajar taekwondo inilah tindakan refleks menangkis serangan. Senyum kambing aje dia. Saya cakap belajar bukan nak belasah orang ok. Untuk pertahankan diri. Kalau orang sepak, sepak dia balik —> bapak dia ajar haha.

Kadang-kadang kita lihat anak orang bagus sangat, sedangkan anak kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Saya ada biz sendiri sebab saya nak mengajar anak-anak saya berniaga, perkara yang saya tak pernah dapat dahulu. Saya perasan Aiman suka bab teknikal/ logistik angkat barang/ serve orang di meja buffet. Dia akan buat tanpa disuruh excited sangat tolong top up barang walaupun saya ada kru sendiri.

Alisha pula suka baking walaupun nak pitam tengok dapur bertepung bila dia buat cupcake, saya suka. Sentiasa tengok youtube orang buat kek fondant bentuk kasut Converse lah. Saya cuba ajar anak saya menjadi hati peniaga yang tahu susah-senang nak mendapatkan duit. Saya akan hantar dia ke kelas baking yang terbaik kalau dia betul-betul minat. Saya fikir kalau buat kek, buatlah yang terbaik, kan.

Dunia hari ini, makan gaji bukanlah satu idea yang bagus lagi. Saya harap sangat saya dapat hantar anak saya belajar berniaga dengan orang yang street smart.

Blogging/ menulis adalah satu teknik pemasaran yang baik. Orang yang pandai berniaga biasanya boleh menulis dengan baik.

Maksud saya, pelajaran itu penting, sangat- sangat penting. Tetapi keputusan peperiksaan tidaklah menentukan masa depan seseorang. Ada anak yang sangat bagus dalam akademik, mungkin anak kita bagus dalam bidang yang lain pula.

Lihat muka anak kita waktu dia tidur.

Ingat kita dulu bagaimana, nakal ke baik ke.

Lihat apa yang dia suka ceritakan kepada kita. Mata dia bercahaya-cahaya bila ceritakannya.

Highlight kelebihan dia.

Jumpa lagi 😉

3 thoughts on “Tentang menjadi berbeza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge