I gave you $10

Hai.

Pembaca blog ni akan selalu baca quotes. Saya ada berpuluh screenshot quote yang saya gemari. Kalaupun ia tak ada kena-mengena, saya akan simpan asalkan kata-katanya indah.

Kata-kata yang indah biasanya tak perlu nak puitis sangat, cuma bila kita baca kita terasa sesuatu. Itu tandanya penulisnya menulis dari hati.

Quote ni saya jumpa di Instagram. Tak tahulah setelah beberapa kali cuba, saya memang bukan peminat Instagram.

Instagram lebih kepada gambar sedangkan saya suka membaca (kalau ada gambar bonus hehe).

Ini quote kegemaran saya tentang memberi.

i gave you 10

 

“Saya beri awak $10,

Dia berikan $20.

Awak rasa dia lebih baik kerana dia beri lebih.

Tetapi dia ada $200

Dan saya pula hanya ada $10″

Membacanya kali pertama saya tak boleh nak digest sangat. Tapi saya baca semula. Berkali-kali.

Pernah tak jumpa orang yang ada $10 macam tu?

Yang sewaktu dia memberi kita tak tahu dia cuma ada $10.

Tetapi dia buat kita gembira.

Kemudian baru kita tahu.

atuk

Ini Atuk saya Haji Said.

Tidak ada satu perkataan yang dapat menerangkan kasih-sayang saya kepadanya.

Orang yang temankan saya ambil result SPM di MRSM.

Masuk dewan lihat Abang saya grad law di UM.

Belikan kakak saya basikal Chopper keliling kampung.

Ada banyak cerita di sini salah-satunya di sini dan di sini.

Kadang-kadang saya terlupakan dia, dengan kesibukan dunia saya.

Al Fatihah untuk Atuk dan semua orang yang kita rindu 🙂 .

He gave me $10.

3 thoughts on “I gave you $10

  1. “Friends will ask for discount prices. TRUE friends will pay you full price to support you, your time & your hardwork”

    Dak Ana selalu beli tudung dari saya dan dia tak pernah bayar the right amount. Dia mesti akan bayar terlebih. Saya rasa terharuuuu….!!!!! Muackss! Terima kasih TRUE friend.
    mk recently posted…Run With Us Putrajaya 2015My Profile

  2. Aiyo kenapa tulis di sini. Atan sebab harga kau berani mati murah cantik angatt barang lepas tu free posting blablabla jadi tentulah ada lebihan untuk Yayen dan Bayong yang kucintai. Tapi aku hutang testimoni tudung ok sebab hidup sekarang huru-hara jadi ambik gambar tak cantik —> macamkan pernah cantik haha.
    Awas I akan buat review tudung glitter MK nanti yang tak tau bila nak siap tu hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge