Once upon a time

Masa sekolah rendah saya ratu persembahan.

Saya biasa pandai dalam kelas Muzik, orang paling gembira main rekorder dan semua alat muzik.

Bila ujian rekorder saya paling eksyen nak tunjuk skil.

Cuma saya tiada rezeki belajar piano, kalau tak saya akan sukses juga. Rasanya.

Saya akan masuk semua pertandingan nasyid, koir, drama semua tu.

Dulu kan kumpulan nasyid kena pakai songkok tampal riben tu kan. Pernah.

Saya pernah masuk persembahan drama buah-buahan, pegang styrofoam besar bentuk anggur.

Pendek kata saya memang suka kerja-kerja lagho sebegini, sebab boleh tuang kelas tolong cikgu buat persiapan haha. Siapa join kan akan dipanggil waktu kelas lepas tu naik kereta cikgu pergi buat show. Gitu.

Nasiblah sekolah dulu cerdik juga, kalau tak mesti kena hempuk dengan bapak saya haha.

Tapi tarian memang takde sebab memang keras kejung. Tapi bab nasyid nyanyi semua sapu habis. Ramai-ramailah solo tak pernah.

Bila darjah 6 pula cikgu BM selalu perasan saya agak minat mengarang, menulis.

Saya suka baca sajak, syair, angkat tangan volunteer berlakon drama dalam kelas.

Hinggalah dia masukkan saya dalam syarahan gitu.

Saya buat karangan tu takde masalah. Tapi beranike saya nak membaca bersendirian?

….

Ia hari penyampaian hadiah akhir tahun.

Bila hari penyampaian, dewan penuh. Orang pulak tertumpu ke pentas kan.

Ada mak bawa anak-anak yang lasak, lapar. Semua orang pun tak duduk tetap.

Saya dengar nama saya dipanggil. Saya naik pentas dan teruslah Assalamualaikum bagai tu….

Baca ajelah memang dah hafal pun.

Sekali tengah-tengah, saya lupa teks saya.

Totally lupa.

Ia adalah mungkin 20 saat paling lama dalam hidup saya.

Saya tak tahu rupa saya macam mana masa tu.

Ibu bapa semua macam tengok, macam nak tolong aje.

Tiba-tiba saya terus sambung. Selesaikannya.

Ia memang teruk tak ikut teks tapi saya selesaikannya.

Itu kali pertama saya belajar kepentingan menyelesaikan sesuatu.

Saya sentiasa ingat saat tu, saya stuck dan saya buat comeback. Ia cuma antara saya dan diri saya sendiri. Takde sape ingat tak penting.

Tapi sejak hari tu, saya tak pernah bersendirian di pentas lagi.

Saya kurangkan semua aktiviti saya, cuma masih ada sedikit kadang-kadang join drama kelas, muzik cak lempong UKM. Tapi tiada orang yang melihat terus kepada saya lagi. Mesti ramai-ramai.

Jiwa retis memang suka persembahan tapi bukan open lagi hehe.

Sijil berhenti sekolah rendah saya tertulis – Berbakat dalam berpidato. Dah tentu ia ditulis tulisan tangan yang bersambung cantik sangat oleh cikgu BM saya, yang menerjunkan saya ke dalam dunia syarahan tadi. Ya dunia yang telah pun saya tinggalkan 23 tahun lepas.

….

Sabtu ini saya akan jadi jemputan sebuah forum.

Kepada semua pembaca blog saya, doakanlah saya hari Sabtu ni ya. Doakan saya cool rilek-rilek aje.

BFF saya sedarkan saya bahawa kita perlu jadi diri sendiri, jangan harap kau nak jadi speaker handalan tiba-tiba haha. Terima segala kekurangan diri, cuba buat yang terbaik.

Oh doakan saya ya.

This is really3x not easy for me, tetapi saya akan cuba.

Kadang-kadang dalam hidup ini, kita perlu berdepan dengan ketakutan kita.

Betul tak? 😉

Screenshot_2015-05-06-21-52-15

One thought on “Once upon a time

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge