Look up at the sky

Hai. Terasa nak sangat menulis walaupun mata dah tak larat.

Ada hari macam banyak sangat idea dan lagu yang nak dikongsi, lepas tu muncul pula hari-hari yang blur hehe.

Sekarang masih dalam proses kemas mini office saya. Mini maknanya ia memang betul-betul kecil ya. Saya pula jenis yang homely type tak suka keluar. Jadi walaupun ofis ni hanyalah 5 – 10 minit drive dari rumah saya, malas juga sebenarnya. Apa-apa pun, saya kena set hari tertentu untuk saya manage ofis ni, sebab saya pun bekerja juga.

Komplikated kan. Tetapi itulah saya. Selagi tak berselirat jadual saya dengan macam-macam benda, saya takkan jadi produktif sangat.

Ada juga masa yang tak produktif langsung. Kerja banyak ni, tak tahu nak buat mana satu dulu. Kadang-kadang dari dapur ke bilik nak angkat bakul baju, selimut towel, kasut sekolah semua. Tapi saya angkat satu-satu bakul dulu, next trip selimut, dan seterusnya sebab sambil buat tu sambil berfikir macam-macam benda. Dasar pemikir haha.

Bercakap tentang office, selama ni di rumah sendiri, lepas tu kerja pejabat semua barang dah ada kan. Saya tukar firma dua kali sahaja. Setiap kali masuk dapat sekotak stationaries, pen hitam dakwat cair paling penting untuk lawyer sign document. Lain semua dah ada. Bila ada ofis sendiri ni baru terfikir oh banyak lagi barang tak ada. Jadi cabarannya kali ini adalah tak membeli barang kecuali perlu.

Bila dah kemas-kemas ni saya fikir yang penting kena ada mop, baldi mengemop, penyapu, pengaup sampah, detergen, selipar. Apa kau ni kakak cleaner ke sibuk sangat pikir benda-benda ni haha. Kalau ikut staf Cina saya memang setiap kali pindah office kena tukar semua barang especially penyapu tu. Suwey dia cakap. “Choyy” saya cakap kita orang Islam takde suwey ni Miss Lai. “Kenapa nak kena tukar penyapu semua?”

“No lah Puan. You see ah, jangan bawak benda-benda kotor dari pejabat lama. Tinggalkan. Beli baru. Jangan berkira maa…”.

“Ok. Tapi kita beli bukan sebab suwey ya, tapi sebab yang lama memang dah tak elok”.

Ada staf Cina kelakar tau. Bila tengok Bahasa diorang. Staf dulu Miss Tan nama dia, orang cakap bersubahat, dia….

Diana, I tak sangka.

Kenapa?

U BERSUHABAT dengan Encik Jamil nak kejutkan Cik Rohaya.

Berrr.. what?

BERSUHABAT! Yes you are.

Miss Tan…. bukan BERSUHABAT, berSUBAHAT!!!

Saya gelak tak cukup tanah masa tu dengan geng saya Dak Ween.

Sejak hari tu setiap kali saya bertembung perkataan ini yakni bersubahat, saya akan sebut BERSUHABAT dan ceritakan kisah Miss Tan ni hehe.

Oh, jauh pula bercerita ya.

Selain dari alatan pembersihan tadi, saya juga dah listkan alatan wajib seperti telekung, sejadah, kopi gula susu, mangkuk, piring, sudu garfu, pencuci tangan dan pinggan. Kau ni nak bekerja ke nak berumah tangga sekali kat situ haha. Kusyen kecil perlu juga tu. Biasalah orang perempuan uols. Alatan kenalah lengkap hehehe.

Saya ni kalau nak bekerja kena suasana tu bersih dan kemas sikit. Kalau tengah buat kerja tu meja berterabur takpe. Lepas tu tak boleh lapar, mengada-ngada nak minum kopi pulak. Pastu ada goreng pisang cekodok pun best juga haha. Jadi, kita perlukan piring 😉 .

P_20151025_182302

Beginilah ofis kecil-kecilan uols. Sendiri bos, sendiri cleaner, sendiri coffee lady. Terlalu banyak yang saya lalui untuk ada ruang kecil sebegini. Banyak airmata, bergelen-gelen peluh, pokai beberapa kali, terlepas banyak perkara, terlalu banyak suka dan duka. Orang lihat mungkin mudah sahaja, tetapi ia memang tak.

Oh ingat lagi saya mengelak untuk beli barang baru? Suami saya susunkan meja kopi IKEA buat seperti almari. Oklah juga kan. Jimat satu rak hehe. Memang tak muat letak semua barang jadi saya bahagikan beberapa perkara sahaja akan diletak di sini. Tak tahu lah bila nak siap susun tu -_-” .

P_20151025_182417

Oh tajuk post ini Look up at the sky sebenarnya tajuk salah-satu persembahan konvo anak saya minggu depan. Saya suka jadi saya catitkan di sini.

Look up at the sky

What do you spy?

A shining star

Twinkling afar

 

Look up at the sky

What do you spy?

A colourful rainbow

What a beautiful show

 

* Cuba lihat ke langit

Apa yang kamu cari

😉

XOXO —> bajet Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang.

2 thoughts on “Look up at the sky

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge