Run Forrest run!

Hai. Lega juga anak-anak dah habis exam ni.

Tapi masih ada banyak lagi kerja-kerja yang belum selesai, yang saya pun tak pasti bila saya akan dapat buat.

Semalam jumpa geng joging di mahkamah. Ada 3 orang geng je pun, si Zaidi ( dia ni kelakar bukanlah lembut cuma sopan-santun orangnya 🙂 ) lagi sorang Azah. Zaidi takde sebab ayah dia operate di IJN dan fyi kulit muka Zaidi ni sangatlah halus mulus ok, itu aje nak beritahu. Zaidi adalah lawak type kalau jumpa kadang-kadang saya tanya “Zaidi kenapa kita ni takde kesedaran join Jom Kurus 1 Malaysia tu?”. Dia konfiden aje jawab “Sebab kita dah kurus Akak!” —> dream on. Kalau jumpa dia kat taman memang asyik ketawa aje sambil jalan sebab dia sentiasa dengan ayat-ayat lawak dia “Kau mampu? Motip?“semua tu haha. Saya suka sebenarnya ayat muda-mudi ni semua sebab kelakar.

Azah ni pula dia akan forward semua iklan marathon dekat Melaka ni kat saya. Lepas tu dia join Jom Fit, Jom Kurus semua tu. Semalam dia tanya “Akak kenapa dah lama tak lari? Saya cakap “Oh hari tu Akak jaga mak sakit jadi memang tak sempat. Tapi sekarang dah ok”. Sewaktu Mak saya sakit tu saya quit kelas ekstra saya iaitu kelas bahasa Arab dan kelas mengaji. Sampai sekarang pun saya tak sambung lagi sebab saya rasa bila kita stop sesuatu susah sangat nak sambung semula kan. Sesiapa yang baca blog ni lama sikit mungkin tahu cerita tentang kelas bahasa Arab saya, betapa saya teringin sangat nak belajar (boleh baca ceritanya di sini dan di sini). Tapi pada masa tu kesihatan Mak saya lebih penting dari segala-galanya, jadi saya quit semuanya.

Kemudian Azah ni tanya satu soalan yang sangat penting semalam, mengejutkan saya dari lamunan yang sangat panjang.

“Akak, Akak kan suka lari???”

Ia mudah aje tapi hati saya bergetar menjawabnya. Sebenarnya saya tidaklah suka sangatttt cuma kami 3 orang selalu terserempak di taman. Bila jumpa 3 orang akan terkekeh-kekeh ketawa. Ada lawyer lain yang joging tapi tak berapa nak geng sangat. Tahu kan ada orang-orang yang satu klik dengan kita, dia suka joging/ aerobik, kita pun. Those yang ada same purpose.

Dan kerana soalan itu, petang semalam saya jogja (joging + jalan) selama 1 jam. Saya tak on Noom Apps sebab saya selalu stress bateri habis, nak on GPS semua. Saya bukan runner, saya lari atau joging kerana saya perlu berlari. Saya hampir-hampir terlupa untuk berlari.

Soalan itu sangat mengingatkan saya bahawa saya juga sangat suka menulis. Melihat nama author Nordiana Ali memberikan 1001 perasaan kepada saya.

Sesetengah orang datang dalam hidup kita mengingatkan perkara-perkara yang kita lupa.

Tq Azah for reminding.

Sometimes in life, you just have to keep running!

P_20150503_085630

2 thoughts on “Run Forrest run!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge