Definisi gembira

Kadang-kadang tengok blog ni, most popular post adalah Tip Jaga Kucing Selsema.

Ada satu-satu masa, ada 17 orang tengah online. Kadang-kadang bangun pukul 4-5 pagi pun, ada orang online. Adakah korang ni spammers atau robot? Yelah kalau tengok Google Analytics tu memang ada dari luar negara jadi berlaku percanggahan masa kan.

Tapi tak apalah, selagi korang bahagia datang ke sini membaca, silakan. Kadang-kadang tertanya-tanya juga siapa yang baca blog ni.

Tapi tak apalah hehe.

Sebenarnya, kucing saya dah mati ya. Ya yang saya sebut dalam post paling popular itu.

Nama dia Elle.

Elle sangat special sebab…. dia baik. Dia ada temankan saya waktu saya takde idea macam sekarang ni.

Adalah pelik kita boleh teringat dengan makhluk begini yang tak boleh bercakap.

Semalam teringat sangat kat dia. Baca post ini tentang dia.

Pagi ni di warung kegemaran lepas habis mahkamah, ada makhluk hitam ni datang terus baring di kasut saya.

P_20151022_094455_1

Baring yang betul-betul baring nak tido punya. Selesa sangat nampaknya.

Yelah tahulah kaki akak ni gemuk kan.

Lepas tu nasi lemak sampai ada ayam goreng, bagi pada dia.

Saya usap-usap dia sekejap, selalu tak pernah pun.

Rupa dia macam Elle.

Lepas makan dia terus pergi.

Rasanya dia tahu kot saya rindukan El.

Tak tengok muka dia lagipun muka kucing ada banyak beza ke -_-“.

Kadang-kadang Allah tahu kita rindu, dia singgahkan seseorang dalam hidup kita. Perasan tak?

Sebenarnya kita hidup ni menumpang sahaja. Macam saya, menumpang kasih makhluk kecil bernama Elle dan orang-orang di sekeliling saya. Kita tak ada apa-apa pun. Semuanya pinjaman sahaja.

Screenshot_2015-06-22-13-23-35_1

Cuma kita perlu buka mata dan lihat pintu yang terbuka ok.

Entahlah saya pun tak faham tetiba nak letak quote tu cuma cuba cari makna tersirat sendiri. Ini assignment eh tetiba hehe.

Elle, we miss u a lot but we’ll move on.

P_20150328_115106

P_20150328_144100

One thought on “Definisi gembira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge