Dalin ali, read this!

Saya suka juga baca tentang biz, walaupun asalnya memang tak minat.

Saya dulu fikir kenapalah nak untung yang sedikit bisnes-bisnes ni, penatnya bukan main.

Tiada keperluan.

Tapi, bila saya mula berbiz sendiri saya rasa macam puas hati sangat. Hasil penat-lelah kita berbayar.

Ada masa saya rugi juga, jatuh tergolek, hilang arah, tak tahu nak buat apa, tapi bangun semula.

3 tahun setengah bukan jangkamasa yang sekejap (bagi saya).

Mata pun dah macam panda, nampak tua (kau memang dah tua haha).

Bisnes mengajar saya pergantungan sepenuhnya kepada Dia. Dulu ingat bekerja bermati-matian itu formula untuk berjaya.

Rupanya tidak 🙂 . Ia hanya sebahagian daripadanya. Kata kuncinya adalah cool aje dalam perniagaan ni. Buat apa yang perlu. Belajar dari kesilapan dan jalan terus.

Kebetulan saya ada rezeki kenal dengan nama-nama besar dalam industri. Nama yang saya tak kenal dahulu. Yang bila dah berbual, saya google nama dia, lepas tu rasa nak hantuk kepala dekat meja sebab tak kenal tadi. Selalulah blur2 macam tu.

Orang-orang ini yang tidak semestinya mengajar saya tentang bisnes semata-mata, mungkin penulisan, tetapi dari mereka saya belajar banyak perkara.

Hari ini saya baca artikel ini di Tazkirah net. Lama dah tak pergi kononnya sibuk sangat.

Bagus sangat tip bisnes ni. Penulisnya memang menulis dari pengalaman dan telah melalui sepak-terajang dunia bisnes.

Tip jangan bercinta dengan biz tu betul. Sila jangan nak emosi kakak-kakak sangat Dalin Ali haha. Baiklah.

Baca-baca, sampai perenggan akhir sekali bergenang air mata.

Betul sangat.

Tak semua orang akan ada.

Remember this Dalin T_T.

Nak baca tip mula bisnes yang power dan perenggan akhir yang buat mata saya bergenang KLIK SINI!

Yang benar,

Usahawan paling amatur

3 thoughts on “Dalin ali, read this!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge