Setiap kali selesai buat sesuatu kerja yang menuntut kekuatan fizikal dan mental, saya selalu kata baiklah, lepas ni saya akan berhenti berehat.

Perkara ini biasanya untuk perkara-perkara yang saya suka seperti party planning dan menulis. Perkara-perkara yang saya gembira membuatnya, tanpa disuruh, dan memberikan kebahagiaan kepada saya.

Balik dari majlis hari ini saya kata baiklah saya akan berehat sehingga hujung bulan sebab banyak kerja menulis yang terbengkalai. Tup tap tadi terima satu pertanyaan untuk minggu depan surprise party klien dari KL, urmmmm, ia job yang saya tunggu-tunggu pula. Macam artis, oh ini watak yang saya tunggu-tunggu —> abaikan tengah mengantuk gila ni.

Artikel ke 11 belum siap memang tinggi peluang untuk menjadi loser hantar lambat. Balik tadi berjanji untuk tidur awal tanpa fikir apa-apa yakni mulakan kehidupan baru yang ceria esok. Sekali terlelap lepas Asar bangun minum kopi, dari lepas Isya’ tadi mengetuk-ngetuk keyboard. Kadang-kadang hati kita nak berehat tetapi otak kita dah terikat dengan rutin yang kita cipta sendiri. Rutin tak reti duduk diam haha.

Jumaat lepas saya terdengar satu lagu ni. Saya selalu gembira waktu memandu kalau ada lagu-lagu best keluar. Kadang-kadang teringat lagu sekian sekian sekali dia keluar wah happy betul. Blog ini akan sentiasa ada lagu-lagu kegemaran saya. Ia macam music box, bila saya perlu mendengarnya saya akan ke sini. Tak tahu nama lagu ni cuma saya save lirik dalam phone waktu drive “kamu ada di dalam hatiku….” Rupa-rupanya komposer dia Aizat Hamdan. Patutlah best.

Selamat mendengar.

Jadi, siapa ada di dalam hati kita?

Bye 😉

One thought on “Serik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge