If you are too busy….

Minggu ini jadualnya padat juga.

Saya ada event Sabtu jadi banyak perkara besar, kecil yang perlu diselesaikan.

Terima kasih kepada Trello, managing now seems to be a lot easier.

Aiman nak periksa, sekolah pagi dan petang, serentak next week. Ini bukan monkey business. Meskipun tugas saya periksa jadual exam dan suruh dia belajar ikut subjek, budak umur 10 tahun adalah mudah hilang fokus haha. Tapi saya senang aje ikut style Ayah saya. “Asalkan belajar, oklah tu!” Ha gitulah ayah saya cool aje kan haha. Jangan mendera anak-anak uols. Kita dulu pun malas nak tengok kartun dengan main aje kerjanya kan.

Adik pula nak konvo tadika dia bulan depan. Saya pula gatal mulut nak tempah dress untuk dia. Jadi semalam bermulalah projek mendesign dress konvo dia ni. Katanya ala-ala Elsa, tetapi menutup aurat. Masalahnya adakah Mama ni berdaya untuk menjadi pereka fesyen gitu? Dari semalam dia google, saya ajar dia sketch. Pagi ni saya buka laptop yang dah habis bateri dia guna semalam, last page dia pergi adalah page nak beli baju Elsa dekat Ebay harga kalau convert termasuk posting semua RM150 macam tu. Motif nak lakukan pembelian di Ebay di usia 6 tahun?

Selain itu saya ada kerja penulisan artikel. Saya berjanji untuk hantar 18hb, jadi saya cuba. Untuk penulisan di Tazkirah net berbeza dengan di sini. Di sini saya jadi si Dalin yang sengal haha. Saya ada baca buku tip menulis (tajuknya saya lupa, ia bagus sangat), salah satu cara tidak keputusan idea adalah mengamalkan solat dhuha. Saya selalu alami writer’s block juga. Ia menyeksakan. Tetapi jangan putus asa, teruskan menulis dan berlatih.

Saya juga ada mini office untuk biz saya sekarang. Jadi kerja bercampur-campur dengan segala di atas, office set up dan sebagainya. Ia cuma satu bilik di pejabat suami saya, tapi saya bayar sewa okeh (murah je actually hehe). Bagi saya untuk serius, tiada apa yang percuma di dunia ni. Bayaran (sewa etc) akan kekalkan momentum kita dan sebagai reminder. Office ini perlu sebab saya ada satu side projek baru dan klien selalu nak jumpa sekarang sebelum close deal. Ingatkan nak buat office di rumah tapi bila fikir saya seorang yang sangat mementingkan privacy dan risaukan keselamatan keluarga juga. Jadi, mini office adalah untuk meeting dan display, tetapi ada kerja yang saya buat di rumah sahaja. Terima kasih suami saya sebab selalu sokong saya yang huru-hara ni haha.

IMG-20150726-WA0002
Mini office saya lama dah tertangguh tapi sekarang mesti buat

Dan di sebalik semua ni, ada kerja-kerja lain di antaranya. Adik suruh buat choc cupcake sebab dia lama tak makan, dan kerja-kerja rumah dan office yang tiada penghujungnya. Ada masanya saya tutup telefon, laptop dan tidur awal like lepas Isya’ terus tidur. Lega sikit kepala.

Saya terbaca baru-baru ini di Facebook, jika kita sibuk, untuk merasa cukup dengan masa yang ada, solat awal waktu dan jangan biasakan diri keluar rumah tanpa melihat Al-Quran. Kadang-kadang bila sibuk sangat lepas solat anak berkeriau nak makan, tak baca. Takut suami baru balik belum makan, tak baca. Sibuk bagaimanapun, cuba luangkan sedikit masa baca. Baca maknanya lebih baik. Bagi saya tips ni bagus sangat. Tahu tapi selalu tak buat. Bagus ada orang remind macam ni.

Oh saya juga akan berada di seminar ini. Ini yang saya cerita pasal photoshoot hari tu. Ada cerita kelakar pasal photoshoot ni tapi lain kali saya cerita. Sesiapa yang berniaga dari rumah, ingin rebrand imej perniagaan, atau ingin tahu perniagaan pasif online yang rendah risiko, KLIK SINI!

Dan sesiapa yang ingin rasai Dessert Buffet yang sedap team saya sediakan di sana juga nanti.

Bye 😉 .

2 thoughts on “If you are too busy….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge