Tentang marah

Pernah marah orang?

Mestilah pernah kan.

Akhir-akhir ni selalu pula saya baca orang marah orang di fb, kalau tak pun berkecil hati macam tu. Itu yang kadang-kadang selalu malas ke sana.

Kalau marah itu normal tapi janganlah sehingga memutuskan silaturrahim.

Saya pernah berkecil hati dengan kawan baik saya. Saya fikir kenapalah dia buat saya begitu, saya kan kawan baik dia?

Lama-lama saya teringat dia pernah cari saya dulu sewaktu saya membawa hati (yang entah hapa-hapa ni haha). Dia sms saya dia akan ke Jepun. Saya buat apa? Saya diamkan diri sahaja.

Kerana apa? Kerana saya berkecil hati dengan dia.

Kerana saya lupakan semua kenangan kami masa tu. Bila keterasaan hati saya mengatasi segalanya.

Saya rasa nak beritahu sesiapa yang kecil hati atau marah, jangan meletak satu noktah pada satu persahabatan. Letak comma, ok. Ia mungkin bersambung semula.

Setelah beberapa tahun, saya kadang-kadang google nama dia untuk tahu dia kerja di mana sekarang. Lihat muka dia yang terbaru.

Kadang-kadang sesuatu yang kita dapat, adalah apa yang kita pernah buat pada orang lain.

Cuma letakkan satu pengakhiran yang baik.

Ingat saat-saat ketawa bersama sampai kita tersenyum sendiri.

Jangan sesekali ada benci.

One thought on “Tentang marah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge