Kenangan saya dan Mak

Sebenarnya tengah nak buat artikel ni, jadi fasa pertama adalah: tulis tajuk, beberapa isi dan…. reward diri sendiri —> boleh blogging. Cikgu penulisan saya ajar kita mesti raikan setiap kejayaan kecil. Iyelah maksud cikgu saya tu kalau berjaya hantar artikel ke, barulah reward. Sistem reward mikro ini tak lain tak bukan dicipta oleh saya sendiri hehe.

Sejak 2 bulan lepas, hidup saya seperti dilanda tsunami juga. Mak sakit, saya ambil alih jaga. Pelbagai perkara berlaku antara waktu itu. Kucing saya Elle mati —> saya rindu. Tapi saya selalu ingat, sepanjang saya jaga Mak, walaupun hidup saya seperti dilanda ombak, kebanyakan impian saya tercapai.

Dalam tempoh ini, saya dapat beberapa peluang. Kebanyakannya berkaitan bisnes kecil saya. Perkara-perkara yang saya teringin buat bertahun-tahun lamanya, datang di hadapan mata saya. Kadang-kadang saya tersepit juga antara tanggungjawab yang diamanahkan dan keperluan personal sendiri. Ada masanya, saya hilang dalam diri saya sendiri. Saya lepaskan ia, dan carinya semula.

Sewaktu saya jaga Mak, saya ada terfikir, kan bagus kalau saya ada photographer untuk event-event party yang saya buat? Gambarnya profesional dan cantik. Tiba-tiba, saya ada satu peluang untuk satu photoshoot diri sendiri dan berkenalan dengan photographers. Harganya affordable, tak seperti yang saya bayangkan. Tapi, kenangan untuk pergi photoshoot tu adalah sampai saya tak nak pergi sebab kena tinggalkan Mak saya sendiri. Saya hampir-hampir menangis dan cancel masa nak pergi tu sebab tak sampai hati sangat tinggalkan Mak untuk make-up dan pergi shoot lebih kurang 2-3 jam macam tu. Luckily adik saya ada dan jaga Mak sekejap. Waktu make-up saya qada’ tidur, photoshoot jalan, saya kayu sangat haha, tapi yang penting, saya kenal photographers yang baik-baik.

Banyak lagi perkara yang berlaku sewaktu Mak tinggal dengan saya. Saya selalu minta Mak doa yang spesifik. Nanti Mak tanya, Nak doa macamana tu Ana? Mak cakap macam ni tau, Ya Allah, mudahkan …. Dan tidak pernah doa Mak saya untuk saya yang tak makbul. Macam Khamis lepas saya tunggu satu parcel penting sampai, ia kena sampai Khamis sebab Jumaat Melaka cuti, kebetulan saya singgah kampung minta Mak doakan Ya Allah biarlah posmen hantar surat Dak Diana ni hari ni jugak ke ofis dia. Dan parcel saya sampai ke office pukul 4.30 petang Khamis tu juga.

Sejak Raya Haji, Mak dah balik kampung. Dah sihat dah. Ada pembantu jaga. Bilik Mak di rumah saya masih kekal sama. Ada alas plastik halang licin memenuhi lantai toilet, pemegang besi macam hospital di dinding-dinding toilet, karpet purple yang Mak suruh beli (baca ceritanya di sini), cadar yang Mak suka, rak baju Mak yang kosong.

Dan saya pula sekarang, sibuk kembali macam biasa. Mencuri masa untuk jumpa Mak saya. Biasa saya ambil cuti hari biasa untuk jumpa Mak sekejap. And this kills me inside. Saya harap saya ada lebih banyak masa.

Sebenarnya, bukan Mak yang tumpang singgah di rumah saya, tapi saya yang menumpang kasih-sayang dia yang tidak bersempadan itu.

Kalau anda ada peluang menjaga ibu ayah yang sakit, grab the chance. Tinggalkan segala perkara lain yang kurang penting. Ia memang tak mudah. Kita mungkin akan jadi zombie sedikit tapi percayalah, pintu-pintu rezeki dan kebaikan (termasuk orang baik-baik) akan datang kepada kita nanti.

Perkara-perkara yang di luar jangkauan kita, yang kita angan-angankan, akan muncul dalam hidup kita.

Insya Allah. Saya doakan ibu bapa kita semua sihat. Doa untuk mereka yang telah pergi.

Bye.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge