Sejadah lama

Assalam. Sekolah cuti 2 hari ni jadi saya pun cuti dari pekerjaan hakiki ambil anak balik sekolah.

Bila macam ni bolehlah rehat waktu lunch di pejabat.

Biasanya solat Zohor dekat rumah.

Bila di pejabat ni, selalu liat nak solat Asar cepat-cepat. Sebab bayangkan sekejap lagi nak balik. Padahal Asar pukul 4.10 macam tu kan. Malas sebenarnya. Malas nak lap eyeliner, malas nak touch up balik. Sudahnya balik pukul 5, ambil anak sekolah agama 6.15, solat Asar 6.30 yeay!

Tahu solat awal tu murah rezeki. Tahu. Tapi kenapa saya liat juga.

Dulu masa saya praktikal, saya ingat lagi Kak Su (Kak Su i know you are like OMG reading this) lawyer masa tu, dia sentiasa lari solat kejap dalam pukul 9 pagi cam tu. Bila tanya dia cakap dia solat dhuha. Walaupun solat dia tetap bling-bling omel angat dengan mekap dia tu. Dia jaga wudhuk dari pagi so mudah aje. Itu antara perkara yang kekal dalam ingatan saya tentang dia. Di saat orang semua kepoh nak order sarapan apa, or makan kat pantry, dia pergi solat dhuha.

Jadi saya cuba solat Asar di ofis semalam. Rupa-rupanya ia ambil masa 10 minit aje dari pergi ambil wudhuk sampailah pakai tudung semula. Tapi dari lepas Zohor minimizekan mekap yang memang dah minima tu sebab forever tak reti mekap. Jadi ia lebih cepat tak perlu nak cuci bagai. Asalkan klien tak ketakutan tengok muka saya pucat sangat sudahlah hehe.

Lepas tu tadi tengok sejadah pun sedih. Dahlah pakai kain pelekat Papa sebab saya ni tinggi sikit (164cm) jadi kain telekung tu selalu problem pendek. Kain pelekat adalah padanan yang baik dengan telekung saya. Dan kita pula selalu pakai pakaian yang kita comfy habis kan. Kadang-kadang saya fikir nak apa lagi saya ni, bilik dah ada, aircond, duduk sorang-sorang pula tu, kenapa malas solat dan paling teruk tak beli telekung yang cantik-cantik nak pergi dating 5 kali sehari ni. Kenapa?

Kali ni saya cuba jaga wudhuk terus dari Zohor, kan senang. Macam-macam alasanlah saya ni selama ni.

Harapan nak mewujudkan tempat solat kecil kat sini, yang lebih selesa. Benda-benda kecil begini mudah pula lupa atau buat-buat lupa. Tak tahulah nak cantik untuk siapa. Cantik di mata manusia atau Dia?

P_20151006_140637

Bilik saya di tingkat 2. Kadang-kadang duduk fikir macam-macam juga. Perkara paling best lepak-lepak lepas solat, betul tak? Macam tenang  sangat. Macam ada yang mendengar walaupun kita cakap dalam hati je.

Sebenarnya tak kiralah sejadah atau telekung lama pun, yang penting solat. Asalkan ia selesa kan.

Oh, kalau solat tu, ganti masa tu dengan balik lewat sikit. Waktu anjal katanya kan.

Okeh bye.

4 thoughts on “Sejadah lama

  1. Solat dhuha, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu memang bagus utk diamalkan. Orang kata salah satu magnet rezeki. Cubalah.. InsyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge